Kejadian ini berlaku semasa orang lain sedang enak tidur.
cot cot cot cot cot...*sound effect*
cot cot cot cot cot..*sound effect lagi*
Aku kalih ke kiri.
kanan..
kiri balik..
aku tarik selimut
bantal ditepuk-tepuk
Selepas 5 minit,sedang mata baru nak tutup,sedang kiraan kambing biri-biri baru sampai 20...
cot cot cot cot cot*sori post ni byk sound effect*
aku dah xtahan..
"Woi! Senyaplaaah! bunyi kau bising tau tak!"mataku meliar ke setiap dinding dan siling mencari makhluk xreti bahasa tu. Nampaknya lepas ni aku kena belajar bahasa cicak kot.Baru dia paham.
Species inilah yang merimaskan aku setiap hari.
Ada je port dia nak membiak..Walhal ayah aku dah penat berkolobrasi dengan si kucing Boboy untuk memburu species keding yang bernama cicak ni.
Penat dia keliling satu rumah dengan getah besar kaler hijau untuk tamatkan riwayat cicak-cicak x guna tu.
Bila jatuh je cicak tu kat lantai, Boboy pulak jalankan tugas. Dia akan lambung-lambung cicak tu sampai cicak tu rasa macam naik roller coaster 100 kali. Lepas tu dia akan tinggalkan je cicak tu bak habis madu sepah dibuang kat dalam longkang.Atau yang lebih kejam,dia akan makan je cicak tu.Itu yang terjadi jika operasi memburu cicak dilakukan sebelum makan.
Yang aku xpaham sampai sekarang apsal la rumah ni banyak cicak.
Teringat waktu mula-mula pindah setahun setahun lepas.
Masuk je bilik, bersusun taik cicak tepi dinding.
kadang2 kalau ada cicak yang advance sikit ,katil akulah yg jadi mangsa.
Mmg time tu dah kena sumpah %^$&*@#$ dgn aku.
Mau taknya.kena bukak cadar pegi basuh.
Tu ok lagi.Kalau dia berak kat comforter,separuh nyawa aku nak tanggalkan cover dia.
Nasib baiklah sekarang ni dah kurang sikit cicak-cicak tu.
Itu pun masih ada lagi yang pandai escape dari diburu.
Yang paling aku tak paham, masa aku tengah mandi pun dia nak sibuk.
Gatal sungguh nak intai aku mandi.
Mula la bunyi cot cot cot cot tu datang. Kalau aku geram aku sembur air banyak2 kat dia,pastu flush dia masuk jamban. Cool~ Rase cam pembunuh profesional.
Ada satu hari, aku tengah riang ria lipat baju. Tiba-tiba je si keding itu keluar dari poket baju ayah aku.
Nasiblah aku bukan species takut cicak. Teringat kawan aku kat sekolah dulu.
kalau nampak cicak, dia akan lari keliling kelas tak kisah la berapa kali asalkan si keding tu hilang dari pandangan. Aku paham keadaan dia sebab aku juga lakukan benda yang sama terhadap LIPAS. satu-satunya species yang menghantui aku.Ok berbalik kepada cicak keluar dari poket tadi.
mungkin cicak tu berdendam dengan ayah sebab dia kena cari tempat tinggal lain. Sebab tu la dia pilih baju ayah aku. hoho~ teori hyperbola.
Aku dgn muka speechless kibas baju ayah.
Cicak yang mungkin terkejut dgn tindakan aku terus merayap ke lantai.
Aku bukak laci tempat ayah simpan getah.
Memang ayah bagitahu semua orang tempat dia simpan getah tu supaya semua orang alert dgn cicak-cicak yang duduk rumah aku senang lenang tapi tak bayar sewa.
Oh.Aku kejut sekali boboy yang tengah enak tidur belakang sofa. Terpisat-pisat dia bangun.
Aku cari cicak tadi.nampak dia belakang pintu.
Getah hijau tadi dah kena badan cicak tu.
ekor dia putus. eleyh..trick lama..aku dah blaja la pasal ko kat sekolah. *kasi Credit kat cikgu sains.*
dan akhirnya cicak itu ditamatkan riwayatnya oleh si kucing........
Dek kerana penangan cicak-cicak yang berpesta semalam, pukul 4 pagi baru aku boleh tidur.
Mungkin bukan salah si cicak sepenuhnya.
hakikatnya aku tidur siang lama semalam..
THE END
1 comment:
ahahaha bengong pembunuh cicak
ahahaha
Post a Comment