CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 17, 2010

BFF

 Kenapa pulak ada gambar tv kat atas ni?Aku nak cerita psl hubungan baik aku dengan En TV panasonic(brand kegemaran sang ayah).Kami mmg BFF.

1996
 mase ni baru nk kenal dunia televisyen..Ape la sangat cerita yang budak 5thn tau.
Aku setakat tgk cerite Sailormoon,Dragon Ball*tringat dragon fruit dlm fridge..perghh*,Digimon, Ninja Boy.
Secara ringkasnya kartun yg budak2 slalu tgkla..Tapi dlm byk2 cite kartun,aku mmg jatuh cinta dgn Sailor Moon. Time tu tayang kt ntv7.Aku sanggup tido awl mlm ahad sbb pagi tu ade sailormoon.
Sebab utama aku suke cite ni ialah ade Mamoru-si hero yg hensem lg macho. Kdg2 berangan gak la nk jadi sailormoon sbb dpt kawen ngn Mamoru..hehs~ budak2 dh tau cintan cintun.

1998
Mase ni selera aku dh berubah sikit terhadap dunia cartoon..Aku rase tgk kartun ni utk budak2 pra sekolah jek walhal aku baru masuk skolah rendah kot time tu.Kartun yang aku follow satu-satunye ialah cardcaptor sakura..Ni pon sbb ade lee shouran-hero kartun yg paling hensem pnh aku jumpe. Aku dah mula kenal dunia drama-drama Melayu..Ade 1 drama tu yg tajuknya aku xingat dah..Tp aku ingat lg hero die Rashdan Baba dan heroinnya ialah Wan Nor Azlin. Cite ni mmg buat aku ketagih dan membuatkan aku berangan nak kawen..tinggi cita-cita. Dalam cita ni En Rashdan belakon jadi suami yg suka guna ayat2 bunga taik ayam.Mmg sastera habislah..Oh yaa..Sbb cerita ni jugalah aku dapat idea nk tulis karangan BM guna ayat bunga taik ayam seperti  En Rashdan.*satu pencapaian yg besar la bagi budak 7 tahun..ngeh3

1999
Kuch Kuch Hota Hai.. Sape yg sker cite ni sila angkat tgn.Ok cukup..turun tgn. Kalau sape xtau pasal cite ni mmg die dulu bkn penghuni bumi..Mungkin dia dulu makhluk asing yang sesat kat bumi masa melancong ke bumi. Cerita ni gila.hot.top.pop.da boom. pada zaman tu..Sape yang x penah tgk cite ni mmg sahla makhluk asing seperti yg disebut.aku kenal pak cik Shah Rock khan pon melalui cite ni..dan ini cerita hindustan pertama aku selame lebey kurang 8thn hidup.Ingat lagi time ni aku balik kg ayah kat Perlis. Kami bile balik Perlis mmg xsah kalu x singgah rumah sanak saudara xkira la raya ke x raya. Sbb kami mmg jarang/xpenah balik pon dalam setahun. Mlm tu,kami pergi rumah sorang sedare ni..Aku lupa apa hubungan dia dgn ayah aku.*kan aku dah kate jarang balik*Nasibla word Sedara ni luas..so bley gune nk decsribe sepupu.dua pupu.3pupu.etc...
Aku pakai gown merah*tu gaun favourite sbb gown tu seksi.hehs*maaflah..zaman kecil2 aku mmg seksi..belum dapat hidayah masa tu. Ok berbalik kepada si sedara. Sang Ayah dan Sang ibu bersama si sedara dan isteri mula borak2,gosip2 dgn bahase yg mmg aku  xpaham ketika itu..almaklumlah,ayah aku xpenah ajar bahase utara dulu.*mak aku xreti jugak* .Sambil itu aku dan anak perempuan si sedara dah mula menjalinkan persahabatan.Mula2 aku xtau nk kawan dgn si anak atau pon x.Kot2 kluar terma2 bahasa Perlis yg aku x phm mau aku jatuh rahang.Tapi bila dia mula bersuara,aku sedar tiada sebab untuk aku jatuh rahang. Dia guna  bahasa normal.
" awak dh tgk cerita ni? cerita ni best"Dia hulur bekas vcd gambar Pn Kajol,Cik Rani dan En SRK.

Mungkin dia bosan dengar celoteh ayah2 dan ibu2 kami sampai promote cerita hindustan yg aku dulu ingat  cerita tamil sbb aku x tahu beza hindustan dan tamil.Ingat same jek.dah nama pon duduk India.
"cerita ape ni? keling ke?" *nada innocent*
"eh xla.. ini cerita hindustan.Bahasa dia sedap x mcm yg______." mmg budak kecik main kutuk jek.maaf..
"nk tgk boleh? hehehe.."
mmg dah bosan sangat mengadap org2 tua tu berceloteh. lalu si anak sang sedara pon mula memasang cerita itu di PC. time ni org suke pasang cerita kat komputer.
Aku mula menonton.Bila sampai part En SRK bercakap,aku baru sedar ni bukan bahasa tamil. ohhhh~
Sampai ke suku cerita, 2 lembaga berdiri di belakang. Baru aku sedar yang suara perempuan bercakap dah tiada. Tinggal suara para lelaki sahaja. Nmpaknya sang ibu2*ade ke term ni?ah.bantai ah* mula menunjukkan minat. Tiba2 dah duduk atasa kerusi. Sang ayah2 yang tadinye rancak berbual terhenti. Terus menerpa ke arah PC tersebut.Si sedara mula berkata,
"ohh..cerita ni sedap ni Mann(ayah aku).Si SRK ni blakon baguih" *dgn loghat perlis la tapi*
maka sang ayah turut join sekaki. dan akhirnya, pukul 3 pagi baru kami pulang.
*pengajaran- jgn tgk hindustan kalo pegi rumah org time malam. Sbb hindustan paling kejap pon 3 jam.*
Dan dari situlah aku reti tgk cerita hindustan.Pukul 4.30 ptg hari ahad or pukul 2ptg hari sabtu wajib dpn tv.Kadang2 bila tgh mandi selamba je aku nyanyi lagu hindustan sambil menari dalam toilet. sume scene aku buat.Just part guling2 jek xboleh buat sebab toilet aku xbesar cam padang bola. Shower aku jadikan cam air hujan tgh turun. Tu untuk scene nyanyi lagu sedih.



2000
Ok thn ni legasi penyiaran aku berkembang ke arah cerita hongkong. Bukan yg ckp mandarin tu. tapi yg ckp kantonis. Kepada mereka yg tak tahu beza cantonis,mandarin sila google. masa ni TV3  tayang cerita cmni pukul 6 ptg.Semua cita cina aku suke. cite cina yang ade  mamat kepala botak separuh dgn rambut tocang belakang pon aku layan.long time favourite, cite My Fair Princess. Balik sekolah agama pukul 5.00.Naik bas kuning pendek dlm 20 minit.. sampai umah dalam 5.20 cmtu.Ni kalau pak cik bas kuning pendek xmengalami kesesakan lalu lintas. Sampai jek rumah perkara pertama aku buat ialah tanggalkn baju kurung.Baju sahaja.kain masih melekat kt badan.Oh sebelum tu bukak tudunglaa.gile pegi sekolah agama x pakai tudung? Lalu tinggallah singlet dgn kain kaler merah. Capai remote,tekan channel tv3. pastu mak ngah yg duduk sekali dgn family aku akan mula bising.
"ei,pegi mandi dulu..semayanggg!"
"ala...xperiod lagi xpayah  semayangla" *jahil sungguh anak Pak cik Osman ni*
"amboi,suker2 ati jek..Name pegi sekolah agama.Tp mcm &%$$#"
Aku mengalah..aku pon pegi amik air solat dan semayang tp xmandi sbb takut cerita cina dah start. Baru la tenang duduk bersila depan TV. Dan tabiat ini berterusan sampailah darjah 6. Tap bab semayang tu dh makin bagus la.Semua cerita pukul 6 ptg aku layan. Dan belah malam pulak channel ntv7 jadi pilihan. Pukul 9.30 mlm jek dh duduk depan tv. Mmg sang ibu mengamuk je sbb anak perempuan dia xkasi die can tgk tv.Lagi 1 sebab anak dia asyik tengok tv jek..Belajar tak nak.Tp aku berjaya buktikan kat sang ibu yang aku boleh dapat 5A upsr walaupun bersahabat baik dgn En TV panasonic.


2001-2006
Haaa..txde angin xde ribut taufan katrina tiba2 je datang pulak cerita winter sonata.Mule2 aku ingat ni cerita cina.yelah,mereka ckp mandarin tapi aku perasan mulut mereka x seiring dgn kata2. sape suruh tv3 memandai pegi alih bahasa.Kan dah ade kekeliruan di kalangan penonton. Tak lama selepas itu barulah aku tau ni cerita korea. Itu pun sebab bile lagu ost dia main,aku rase bahasa dia mcm asing.tak macam cina pulak.apsal x alih bahase skali dgn lagu2?Cerita ni mmg mcm fenomena la kat Malaysia.Mungkin rakyat Malaysia jakun kot tgk salji kat dalam cerita tu.yelah,Malaysia mana ade salji         kecuali kalau kita pergi genting. Atau mungkin juga kerana lagu2 dalam cerita ini sedap sehingga menjilat jari. Mungkinla..Aku pun terkena virus cerita ni juga.Kalau kat sekolah tu,budak2 sebaya dgn aku asyik ckp psal sang hero  Jun Sang hensemlah,sang heroin Yoojin tu lembiklaa.

Diorang ni sweetlaa..dan bermacam2 lagi komen membina .aishh..kanak2 pon terer bab2 cinta ni!. Aku leboh advance. Aku siap beli kaset ost cerita tu kat speedy blkang rumah aku dulu.Panas gakla telinga mak ngah dgr aku merengek2 sambil sebut nak keset nak kesetSampai time on the way gi speedy tu aku dok tarik tangan die suruh jalan cepat takut kaset tu habis.Macam semua orang aim kaset tu.Dapat jek beli,terus pasang kat walkman. Sebelum tidur je dengar. Sampai masuk dalam mimpi main salji ngn Junsang..Aku kira,cerita tu pengenalan aku pada dunia korea. Sementara itu,demam sepanyol juga melanda. cerita seperti Betty la fea,Rosalinda, Mis tress hermanas mula meniti di bibir rakyat malaysia.Cerita Rosalinda tu mmg superb habis bagi aku. sane sini cakap pasal rosalinda. dan aku sendiri sampai hafal lagu dia dan praktis nyanyi dalam shower. Aku penah ponteng kelas agama sebab nak tgk ending cerita Rosalinda. Puas pak cik bas kuning pendek pin pin dpn umah aku.Tp aku wat2 x dengar jek.langsir n tingkap aku tutup buat2 macam xde orang kat rumah..*aku tnggal sorang sbb semua pg kerja* dan esoknya bila aku g skolah agama, ustazah datang kat aku.Dia senyum..
"syaqila,cerita kat ustazah macam mana akhirnya cerita rosalinda tu?ustazah x tgk semalam"
Ok.pertama,mcm mane dia tau aku xdtg sbb tgk rosalinda. kedua, ustazah ni saja2 perli atau benar2 nak tau? barula aku tau die pon suke cerita tu.


 2007
Aku rase aku bukan kawan baik En TV panasonic lagi..sebab aku dah duduk asrama. mane boleh tgk tv..Jadi,selama 5 thn aku dah x tau ape dia cerita hot kat tv. dan tiba2 je siaran cerita cina pukul 6 yg wat aku ketagih tu dah xde.ganti pulak ngn cite melayu. Mulai saat inilah aku mula berjinak2 dgn internet dan mula menonton cerita online. Ini pun sbb kat sekolah ade komputer.jadi komputer tersebut dimanfaatkan utk menonton cerita korea dan taiwan. terima kasih kepada pihak sekolah. sekurang-kurangnya xdela kami ni kuno sangat pasal dunia luar. Disebabkan banyak cerita korea dan taiwan diupload di youtube dan streaming site yg lain, aku jadi hantu korea pulak. Cerita korea lebih relevan ditonton sebab x panjang berjela.Ye.Inilah minat baru. tapi kalau balik rumah, TV tetap sahabat baik.Aku akn tgk jek sume cerita yang aku rase seronok dan x bosan. Aku mula menonton CSI dan yang sewaktu dgnnya.

Kini
sebab dah jarang ada kat rumah dan sebab laptop dah tercipta,aku lebih gemar menonton cerita dalam laptop. Baik cerita korea,taiwan,jepun, melayu, atau org putih. Semuanya terima kasih kepada en external hard disk. Dah xpayah nak susah2 on tv. Tp cinta aku terhadap TV x penah berubah.. kalau aku x buka laptop, aku bukak TV. Jadi mereka saling melengkapi.Kalau dua2 xde,aku mmg mati akal.

maaf jika entry ini terlalu panjang. Ini jelas menunjukkan bahawa aku dan TV mmg BFF..Mungkin ada diluar sana x suka entry panjang2 tapi penah dgr x ungkapan 'blog aku, suka hati aku laaa!' =p




                                                                                  
                                     






Inilah En Li Shaouran ,kartun paling  kacak itu. Kacak bukan? sila angguk..

6 comments:

~kiE~ said...

sampai sekrang ak xtgk lgi winter sonata
haih =.=!!
tataw la nk tgk bile.huk3

SyaQila OsMaN said...

hahaha...xyah tgkla wey..cte tu sedih jek memanjang.tension aku

nuzurzaradeon said...

im Cik Angkuh..
i new blogger..
kindly be my follower..
tq so much..and i enjoy read your blog anyway..

nuzurzaradeon said...
This comment has been removed by the author.
SyaQila OsMaN said...

hai cik angkuh. sorry 4 da late reply..thanx neway~ =))

SyaQila OsMaN said...

hai cik angkuh. sorry 4 da late reply..thanx neway~ =))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...