CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 9, 2010

raya itu sangat indah



Doom doom! KEBABOOMMMM!
perghhh.. budak-budak ni memang dah semangat nak raya. puasa cukupkah adik2?
dari tadi lagi sudah terdengar bunyi segala macam atuk mercun,nenek mercun, mak mercun dan segala suku sakat dalam family tree mercun serta bunga api. kalau orang main mercun tandanya apa??
anda boleh jawab sendiri.. ya.betul tu.tepat sekali. 10 markah.

Keindahan bulan Syawal ni memang sangat istimewa. Tak ada bulan-bulan lain sama macam bulan Syawal. Kalau dah kata hari raya, mesti ada benda yang kita boleh dapat masa musim raya sahaja. ataupun mesti ade perkara yang dah sinonim dengan perkataan RAYA tu sendiri.

Kad raya

Haa.. siapa  kat sini tak pernah dapat kad raya sila angkat tangan. ok turunkan tangan anda. ada ke yang tak pernah dapat kad raya? memang sangat tipulah kalau ada yang tak pernah dapat kad raya melainkan anda tinggal kat outerspace, menyebabkan pak cik posmen tak boleh nak hantar kad raya.Lainlah kalau Sheikh Muszhaphar apply kerja jadi posmen.Bolehla dia tolong hantar surat guna soyuz dia. ok cukup merepek. kalau zaman hingusan dulu, teringat lagi.setiap kali raya je, suruh mak beli kat raya. kalau mak tak nak belikan, kita akan nangis mintak simpati. "alaa.. orang nak bagi kawan2 orang..diorang suma ada kad raya"
time tu, kalau tgk kawan2 ada kad raya kita pun rasa tercabar. macam2 jenis kad raya dijual. dari yang bentuk skema2 yg depan dia ada gambar ketupatlah, pelitalah, masjidlah, sampailah yang gambar kartun siap dengan dialog2 macam dalam komik ujang tu. kalau nak bagi kat awek ke balak ke, mesti kasi yang ade muzik selamat hari raya..nampaklah mahal sket an.kira tanda cinta sucilah. ngeheheh.
Kad raya skema
                                                     Kad raya tak skema.


'Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas'

haa..ayat ni wajib ada dalam setiap kad raya. memang banyak betul kaca dengan gelas yang pecah.
masa zaman2 baru nak menulis kad raya dulu memang aku dok tulis jek ayat ni kad akhir ucapan dalam kad tu. Sampai lama-lama aku rasa bosan dah. Takde menda lain ke? aku pun buat ayat baru.

'Makan semperit sampai sawan,
kau tak balas, takmau kawan.'

dulu memang banyak sangat koleksi kad raya aku dapat. sampai boleh hias dekat dinding rumah. Perasan tak kalau korang pegi raya mana-mana ade je rumah yang buat macam tu? pastu tambah sikit dengan hiasan ketupat. Tapi sejak dua menjak ni, aku dah tak penah dapat kad raya. Sedih gilaaa..Salahkan facebook! hahaha. tahun ni lagilah. satu kad raya pun tak ada sampai rumah. Semua pakat kasi kad raya online kat fb tu ha. paling koman pun cakap selamat hari raya kat wall. jimat memang jimat, tapi nostalgia tu dah takde. nak jugak rasa dapat kad raya kartun2 yang ade byk dialog tu sekarang. Tapi nak buat macam mana. Dunia dah maju. 

Kuih raya

ni lagi satu kemestian. kalau dulu masa kecik-kecik pagi-pagi lepas sahur tu dah dengar buni tung tang tung tang kat dapur. ha.time tu taulah yang mak tengah buat kuih raya.  Dalam family aku, kuih pertama yang dia akan buat ialah tart nenas yang versi gulung tu. aku pun tak tahu kenapa setiap tahun tart nenas gak la yang dia nak wat dulu. Sampai aku dah jadi hantu tart nenas. dah tu sampai sekarang aku ketagih tart nenas. dalam banyak-banyak kuih, aku capai balang tart nenas dulu. takde tart nenas, tak mau makan.huahuahua.  kadang2 aku suka mengacau mak aku kat dapur. masa mula-mula belajar puasa, aku suka curi-curi makan tepung kuih raya sebelum dibakar. Bila mak aku pergi amik kuning telur kat dapur, aku colek sikit tepung tu masuk dalam mulut. perghh..sedap gila wa cakap! walaupun belum masak. heheh. tu zaman jahiliah lagi la.. belum peot.heheh. Mak aku memang jenis yang tak suka beli kuih tunjuk(kuih yang kita beli kat kedai). Dia lebih suka buat sendiri sebab save budget.kah3..sekarang macam2 kuih raya ade kat pasaran. nama pelik-pelik je. Green Love Tuscany, Crystal Ball, pastu ade plak Cornflakes Ferrero Rocher. Nanti nak wat nama conflakes sambal ikan bilis laks.. sure famous.=)

Main Mercun dan Bunga Api

haa.. Ni sangat best! benda yang paling best masa nak raya bila main  bunga api ngan cousin2. selalunya sepupu aku anak paklang lah yang selalu bawak bekalan bunga api dengan mercun. macam-macam jenis mercun dia ada. Ada yang aku tak penah dengar pun ada. yang aku biasa dengar, mercun roket, mercun bola. tapi secara jujurnya aku mengaku aku tak reti main mercun.heheh. Aku memang anti dengan benda2 meletup ni. nenek aku lagi terer main mercun. tu pun sebab dia selalu curi cousin aku punya mercun bola untuk halau kera kat belakang rumah dia.Nenek aku main kalah kitorang yang muda mudi ni. Dulu-dulu kat kampung, aku suka main bunga api panjang2 tu.yang pemegang dia macam besi tu. Ade satu kali tu aku dgn cousin2 aku main dekat tangga rumah uwan(nenek aku). Kawasan tangga tu kira dalam rumah lagi jugak sebab ade pintu lagi untuk keluar. mak ngah dah pesan kalau nak main dalam tu, make sure jangan buang merata-rata. kami pun dengan yakinnya, berikrar akan menjaga kebersihan. Tapi manusia mudah lupa. Bila tengah syok main tu, tak sedar batang besi tu kitorang dok baling merata-rata. Esok paginya, kena sound dengan uwan. 
' ayo~ ni yang den pantang ni ha.. habih ghumah den ponoh bungo api! '
disertai dengan bebelan susulan. lepas tu dh tak berani main dalam rumah. hohoh.

Kemas-kemas rumah.

kalau ade masa dimana semua orang semangat kemas rumah, rayalah masanya. semangat raya punya pasal, semua bahagian dalam rumah kalau boleh dengan peti surat sekali nak lap sampai berkilat. Time nila nak tukar langsir baru,pinggan mangkuk baru, perabut baru. perghh..cuba bayangkan kalau every year tukar perabot, mane nak letak perabot-perabot yang lama-lama tu? kitar semula kot. kalau cuci lantai tu, selagi tak sparkling lantai selagi tu la dok tonyoh2 lantai tu..segan la kalau orang datang rumah tgk lantai kotor jek.bila dah nampak muka sendiri dekat lantai tu, baru puas hati..bila pikir-pikir balik bagus jugak. tak dela pagi raya tu, susah2 nak cari cermin. almaklumlah time-time pagi raya, cermin tu mmg dah macam artis popular. semua kalau boleh nak conquer cermin sorang2. semua nak nampak paling cun dan handsome masa raya. sekurang-kurangnya takde la buruk benar family photo nanti. aku kalau bab mengemas rumah ni, aku paling tak nak tugas mengelap barang-barang hiasan yang mak aku kumpul. kalau 5-6 xpe jugak. kalau dah 2 alamari? lagi-lagi hiasan-hiasan yang berlekuk-lekuk berbucu-bucu yang kena guna tenaga extra nak lap. yang mama pun satu.. asal ada orang kahwin je, nak kumpul jugak hiasan-hiasan tu.. kalau pergi wedding anak-anak dato tu, ade la teko hiasan yang macam-macam bentuk dia kasi. mau sebulan baru habis aku lap. jadi aku lagi suka kalau kena pasang langsir ke, mop lantai ke, cuci rumah ke. 





                    mcm ni hah bentuk hiasan yang aku kena lap. tak ke complicated?nak kena lap bhg dalam lagi.


Tapi yang bagusnya,bila raya nilah satu family nak bekerjasama. gotong royong sama-sama. Kalau nak tunggu hari biasa, alamat berjanggutlah.


Juadah raya

yeay! makan! ni antara yang best bila raya. Macam2 ada.. time nilah nak makan benda yang jarang korang makan.kalau bukan raya, ada korang jumpa lemang ke ketupat ke diorang jual mana-mana? ade? paling-paling pun ketupat segera yang ada kat market tu mmglah hari-hari boleh jumpa. Time raya la baru ada semua benda ni. yang original ok. Nenek aku la paling semangat buat lemang. Kalau orang negeri sembilan, ketupat tak penting sangat. asal ada nasi himpit dah cukup. tapi kalau tak ada lemang, memang kira korang bukan org noghori la. Dulu masa kecik-kecik aku selalu tolong Uwan masukkan beras dalam buluh. satu hari aku penah tanya kat nenek aku

"uwan, kenapa kita mesti taruk beras dalam buluh? wat susah jek nak ambik parang bukak lemang ni. baru bleh makan.lkan bahaye kalau budak2 nak bukak lemang." time tu dah penat masuk2 beras.tu keluar soklan luar syllibus tu.

" habih tu, xdapek la bentuk macam lomang"

" ala..kita buat jela bulat.mcm uli buah melaka tu ke. pastu balut macam lemang tu ha"

" habis tu ekau tak tanyo pulak apo sobab e ketupat tu kono anyam2 macam tikar" laa..aku tanya pasal lemang..ni bila masuk pasal ketupat pulak ni? sure takde modal nak jawab dh ni.heheh

" ketupat xyah bukak guna parang.. pastu dia cantik macam tikar.heheh"

raya2 ni memang la seronok makan.. ada tu sampai tak ingat dunia. dan aku penah macam tu. ada sekali raya aku makan dan makan dan makan.semua aku nak rasa. bukan rasa.melantak. dan malam itu aku tak boleh tido. berlari cari toilet. cirit birit! nasiblah time tu uwan dah buat toilet dalam rumah. kalaulah toilet kat luar, mau seram aku nak gi melabur kat luar tu. Jadi kepada semua, makan tu biarlah berpada-pada.

Dapat duit raya

oh yeahh! the best part ialah dapat duit raya. duit raya memang  benda yang paling ditunggu-tunggu oleh budak-budak seusia aku. eycehh..dulu2la.. sekarang rasa macam tak nak mengharap lagi.huahuahua. dulu tak kisahlah datang rumah orang ke, atau orang datang rumah, tgk muka comel ni diroang sure huluir duit raya. memang kaya raya la dulu. Lepas dah habis beraya tu, biasanya aku akan kira duit raya dengan sepupu aku. Ada sekali dapat lebih RM500. masyuk seyhhh. dan bila sampai je dekat pengetahuan mama, ayat yang saban dia cakap every year 
" bagi mama. biar mama masuk dalam bank"
time tu mana tau pape. rasa macam rezeki disekat jek. padahal tu simpanan untk masa depan.
 mula la,curik2 simpan separuh. konon nak beli mainan balik nanti.hahaha. korang ingat tak masa korang baru nak belajar puasa, mak ayah selalu kata,
"tahun ni kalau Joyah puasa penuh, abah kasi duit raya lebih" 
ni sebab nak pancing anak2 supaya puasa la kan. aku pun macam tu jugak. tapi aku lagi bijak untuk kanak-kanak seusia aku. bukan dekat mak ayah jek, dekat pak cik mak cik aku pun aku mintak.
"tahun ni kalo adik puasa penuh, mak ngah kasi adik duit raya lebih eh. "
"ok.. RM1 sehari boleh?"
"alaa... RM2 laaa.. mama dah kasi RM1 sehari" heheh..pandai aku buat duit.



Bermaaf-maafan di pagi raya

yang ni syahdu sikit. Benda ni memang dah sinonim masa pagi raya. Masa ni mak ayah kita akan duduk dekat kusyen. pastu anak2 akan beratur sorang-sorang ikut umur untuk minta maaf. masa nilah terkeluar semua kesalahan baik yang kecik atau yang besar. 

" papa, Joe mintak maaf dulu penah curi2 bawak keta papa pegi dating dengan girlfriend Joe"
" patutla berlekuk kereta BMW papa tu.. "

 "Abang, ampunkah Bedah bang. Dulu Bedah penah cakap fesyen  rambut abang tak up-to-date."
"yelah bedah. Abang pun minta maaf sebab tak bagitau Bedah Abang kahwin dengan Jah yang jual kuih kat hujung kampung tu."

lagi satu korang perasan tak kalau tgk tv, bila ada scene sesi bermaaf-maafan ni, mesti ade backround takbir raya? haa.. aku penah terbayang kalaulah masa kita bermaafan tu, siap ada takbir raya jadi backround sure syahdu gila.. memang mencurah-curahlah air mata. mesti lagi bermakna. tapi macam imposible jugak nak wat mcm tu. lainlah kalau rumah betul-betul dekat dengan masjid. 



banyak lagi benda-benda yang sinonim dengan hari raya.  walau apapun, di musim perayaan ni, kita tak seharusnya terlalu excited sampai terlupa tujuan sebenar kita beraya. Kita kena bersyukur sebab kita masih berpeluang beraya bersama-sama keluarga tercinta. bagi sesiapa yang nak pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Jangan excited sangat teringat lemang, ketupat, sampai tak nampak lori kat depan mata. Akhir kata,


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...