CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 10, 2011

Kenapa Ana Raffali menang AJL?

Assalamualaikum..

Semalam memang kebanyakan org tgk AJL kan kan?
tp aku tak tengok pun sebab malas nak tunggu buffering 
and malas nak sentap kalau result tak macam yg aku sangka.
ngahahaha~

actually aku nak cakap pasal pemenang AJL semalam.
Ana Raffali menang beb! korang kenal tak Cik Ana ni?
dia ni nak kata famous gile macam Siti xdelah sangat.
tapi die ni kire macam goreng pisang gak la skrg.
meningkat naik..
kenal tak dia ni?

Dah macam Lisa Surihani pulak aku tgk minah ni
























perghhh..saat aku mengetahui result tu apabila  ada hamba Allah ni post kat FB,
aku macam 'huh??? apekah benar atau hanya ilusi?'
bukan aku rasa dia tak layak atau takde bakat.
cuma aku rasa lagu dia 'Tolong ingatkan aku' tu macam taklah sehebat lagu-lagu si Pejal Tahir or MUH ke Yuna ke.. 
Lagu tu aku just dengar-dengar macam tu je kat radio.
tak pernahlah masuk senarai antara lagu terhot yang paling aku suka.
bukan tak sedap. ntah.aku pun tak tahu kenapa aku tak rasa lagu tu best.
uhukuhukhuk~

aku ingat aku sorang terkejut, rupenya ramai lagi orang yang wat status kt FB kononnya orang lain lebih layak menang.
aku nak pertikaikan keputusan juri pun tak boleh. diorang lebih tahu menilai sesebuah lagu.
giler nak pertikai? M.Nasir, Amy Search tu sume hebat-hebat dah bertaraf legend.
Kau ade?

Oleh kerana aku sangat curious akan kehebatan lagu ni aku pun pergi la google lirik dia.
hahahah.semangat kau!
Tapi weyh serius tak tipu aku ternganga macam nampak Kyuhyun Super Junior bila tgk lirik dia.
perghhh..sampai jatuh rahang beb.
ni macam kena masuk kelas sastera dulu baru paham bait-bait lirik dia.
puitis tahap macam korang belajar Komsas kat sekolah menengah dulu.
ala-ala A Samad Said pun ade kaw!
cuba korang usha lirik dia.

 Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita





haaaa...
betul tak aku kata lirik dia puitis mcm komsas??
yang aku paling blur part yang 'mari padamkan buku tiga lima'
ape tuuu?
so aku rasa sebab tu ah Ana Raffali menang.
kerana liriknya yang sangat puitis dan menusuk ke kalbu.
lagipun AJL kan pertandingan lagu tu.
bukan vocal artis tu ke persembahan dia ke.
diorang hanya nilai kualiti lagu macam arrangement,komposisi dia sesuai tak dengan lirik, keindahan lirik tu dan sejauh mana dia mampu menyerap ke dalam jiwa pendengar.
eyceyhh.pandai-pandai aku je la kan?
tapi yelaa.. mcm tu la mengikut apa yang aku baca kat mana ntah lupa dah.


jadi kepada Ana Raffali, tahniah la ye.
dah rezeki dia untuk menang.
tapi aku still rasa muka dia macam Lisa weyhh.
dan dan aku rasa Lisa pun rasa macam tu.  apsl tunggang langgang sgt ayat bm aku ni?



Kalau anda rasa rabun sila besarkan dengan usaha sendiri. :)







Lisa cakap congratz kat kembar dia tau.haha.
alamak. sorry kak Lisa sebab stalked twitter anda. 
muahahahaha.




Love alwayz,

4 comments:

~kiE~ said...

ahahah.pandai awak
padan la ana rafali menang..ohoo~

SyaQila OsMaN said...
This comment has been removed by the author.
SyaQila OsMaN said...

betul tu aina.
hahaha..aku pun mengakuinya

bintang timur said...

dah agak dah menang..lagu nyer..lagu laen mcm sket kt part lirik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...