negara kedua dia tu ialah tempat budak tu belajar.
Tak tahulah kenapa cuti semester dia lain macam sikit dari yang lain.
disebabkan 'ketidak kena time' minah sorang ni aku dgn dua kwn yang baik hati lagi bertimbang rasa terpaksa balik rumah dari universiti masing-masing kecuali sorang mamat tu sebab dia sekolah lagi katanya. *nak muda punya pasal*
nak dijadikan cerita bukan fiksyen,
aku, Danial, Mell dan budak baru balik Indon tu.eh lupa bagitau nama dia Nad.
ok sambung balik. haa so kitorang berempat pun plan untuk berjalan-jalan sekitar Putrajaya tadi.
tapi disebabkan ada komitmen lain, Mell terpaksa join ktorang a bit later.
Nasib baiklah ada En Driver si Danial Azahan yang sudi kasi
keta apa xnak gtau tp memang hebat ah sampai aku tak reti bukak pintu keta dia tu. huahuahua
lepas dia amik aku dekat Kajang kitorang pun gerak terus ke Putrajaya untuk jemput budak baru balik Indon tu..
ok aku admit aku memang fail bab ingat jalan!
Even dah banyak kali pergi umah Nad aka budak baru balik Indon tu aku still TAK INGAT jalan!
buat bazir minyak kereta hebat Dan je kan.hahaha.
Lepas berapa ribu kali pusing ntah barulah nampak Nad tgh tunggu depan umah dia.
ingat dah boley gerak tapi sebab pintu keta tu kan canggih sangat so agak lama gak ah aku dgn Nad dok blur2 ayam masa nak kasi Nad masuk keta. choy!
destinasi seterusnya ialah UKM bangi sebab nak jumpa Yuhanis.
Nad nak jumpa Yu tapi sebab dia busy jd ajk karnival kolej dia xboleh join outing best ni.
so kitorang pun pergi UKM jumpa Yu. nasib baik ada En Driver kann..
FYI, aku kenal dgn Nad, Dan dgn Yuhanis semua dkt English class UIA waktu konon2 nak mengisi masa terluang jadi penggangur lepas SPM dulu. :p
Lepas sesat tak terkira kali dah kat UKM kirorang jumpa Yu.
lepas borak-borak sket, jejak kasih dgn kwn lama sikit, berangan ada Ferrari dekat pameran keta, kami tiga orang terus pergi Alamanda untuk melantak. perghh lapar giler kot!
kitorang makan kat Resepi Rahsia..
Secret Recipelah! :p
yang paling best dan buat aku makin sayang kat Nad adalah sebab dia belanja aku dgn Dan makan.
bukan kat mamak ke stall tepi jalan ke. Tapi kat Resepi Rahsia. eh kalau dlm bm tak rasa cam mahal plak.
tukar2.. aaaa Secret Recipe. ngahaha.
lepas makan barulah Mell join ktorang.
plan konon-konon nak g karaoke tapi segan sebab Danial ada..uhuuu
pastu ktorang pun decide pergi pameran batu pelik-pelik kat Presint 15.
kitorang sampai lebih kurang kol 4.45 ptg.
muka masing-masing punya ah excited giler nak tengok taik bintang la konon.
tetiba tengok signboad, pameran sampai pukul 5 petang je!
sentap ah camni an!
rasa macam taik bintang jatuh atas kepala pun ada. choy!
oleh kerana macam dah kuciwa giler sebab tak boleh tengok batu pelik-pelik kitorang decide pegi Tasik Pullman.
Dan plak kasi idea baik punya untuk picnic kat situ.
kitorang pun pergi ah 7 eleven beli Jajan,roti,tuna dan air untuk rasa suasan picnic.hahah
sampai-sampai je aku terpegun-terkesima semua ada.
perghhh..cantik giler!
aku tak pernah sampai kat Pullman ni even pernah duduk Putrajaya before pindah Seremban.
nampak plak pantai buatan yang siap dengan pasir dgn pokok Kelapa skali kau!
memang masing-masing muka excited mcm tak pernah nampak beach. hailoh2.
kalau sesiapa yang suka berphotoshoot bolehlah datang sini. :)
memang banyak sudut-sudut menarik kat sini.
rumput hijau,pantai,pokok kelapa, tasik dan mcm-mcm lagi ah.
ok sambung cerita.
kitorang pun pergi cari tempat yang sesuai untuk picnic.
jumpa 1 dekat sebelah artificial beach tu.
dengan penuh semangat aku buatkan roti tuna untuk semua.
kitorang pun makan-makan dan makan.
lepas perut dah kata kenyang kitorang pun nak bajet gak berphotoshoot dekat situ.
dah alang-alang Nad bawak DSLR,ape lagi gunalah peluang depan mata.
pokok kelapa dah ada, pantai dah ada,rumput hijau dah ada.
memang semua sudut dimanfaatkan.
tak pasal-pasal Mell jadi photographer yang tak bertauliah hari ni.
Sampai baring-baring tuuu.
Mell discover new talent hari ni iaitu menangkap gambar dengan cantik.
Bravo2!
macam-macam aksi kitorang buat.
dari lompat mcm toyol kepada gambar ala-ala dramatik untuk poster filerm. eyceyhh.
semua sudut kat situ kalau boleh kitorang nak bergambar.
Lepas puas bersuka suki di Pullman, pukul 7 malam seruan untuk pulang memanggil-manggil.
Aku sampai rumah dekat pukul 8.45 malam.
Awal la jugak kan? semua thanx to Inche Danial sebab sudi hantar aku kat stesen.
orang nak kasi duit minyak tak mau. aku plak rasa tak sedap.
jadi begitulah berakhirnya outing kami.
even nampak macam tak delah wow sangat outing ni tapi aku rasa inilah outing paling best sebab kitorang buat benda-benda yang tak pernah kitorang buat and it's very fun! * bukan benda haram eh*
actually aku nak upload pictures je tak nak buat entry panjang-panjang.
tapi sebab gambar-gambar tu Nad tak send lagi aku decide buat 1 entry pasal ni.
the pictures will be updated later laa. InsyaAllah.
tgh tunggu budak dari indo tu send those pictures kat aku,
so sorry if the entry sangat panjang.
disebabkan mata aku dah ngantuk ibarat layu ditasik madu masa tulis post ni, korang layan jelah merepek meraban aku. huahuahua
Love awayz
3 comments:
HAHAHAHA :P
cube lah teka siapa saya?
erm erm erm artis?hahahha
siapa anda wahai anonymous?
Hey, possibly this post is not on topic but in any event, I have been browsing about your site and it looks really neat. It is easy to see I am creating a new blog and I am struggling to make it look great, and supply excellent subject matter. I have learned a lot here and I look forward to additional updates and will be returning.
Post a Comment