Assalamualaikum semua~
berita hot kepada semua peminat KPOP seluruh Malaysia. hahaha.
hamboi lebih-lebih kau.
ok kita narrow down sket skop diatas. berita hot kpd semua peminat KPOP sekitar UM. hehe.
Khas kepada semua yang gila atau sawan atau tangkap cintan dengan K-POP SAHAJA!
sapa yang tak suka atau tak gemar atau suka mengutuk kpop tu silalah main jauh-jauh. :p
bersempena dengan hari keusahawanan UM esok dan lusa, kumpulan aku bukak satu gerai yang bernama KPOP SHABANG SHABANG. ape kejadahlah kau pilih nama tu kan? haha.
actually siapa yang suka korea mungkin ada yg tahu kot maksud shabang2 tu apa.
menurut google translate, shabang-shabang bermaksud shining-shining dalam bahasa inggeris ataupun bersinar-sinar dlm bahasa melayu.ado paham ? heeee.. kiranya nk ckp gerai ktorang nanti bersinar2 lah.lebih kurang gitulah ye. yelah. mesti kena ada ayat masuk bakul angkat sendiri beb nak bisnes!
so aku selaku salah seorang ahli kumpulan shabang2 ingin menyeru semua geng2 kpop yg dok dekat2 UM ni dtg ke gerai kami esok dan lusa. best woo~ mcm2 ada..
ada button badge comel2, acrylic keychain ,HP pouch, Mug, T-shirt.
Button Badge 58mm diameter. 2PM bebeh! ada banyak lagi idols. jgn risau kalau tak minat 2PM.hehe |
Pastu ada special pre-order pillow cushion jugak! pillow cushion ni sumpah sangat cantik! serius gila.tak tipu.haha. bolehlah dibawa tidur bersama-sama sambil dok berangan masuk dlm mimpi skali kan. :D
haa.cun tak cun tak? kekeke.. nak tgk sample dtg la esk ye. weee |
nak bergambar bersama idol2 kesayangan anda seperti super junior pon boleh. hiew hiew hiew..
kalau hampa nak discount pon cheq bleh kasi.. ada pelbagai jenis package ditawarkan
semuanya berbaloi-baloi.
takdenya harga sampai beratus-ratus mcm yg hampa dok beli barang2 official dari korea tu.
hari-hari bolehlah dok tatap gambar Kyuhyun ke Nichkhun ke kan.haha. ok ape kes ckp utara?
merepek sudah.
hah conclusionnya silalah berkunjung ke gerai no 2 di KPS parking lot esok dan lusa je. pas ni dah takde dah tawaran hebat ini ye!
jangan dok nyesal lak tak datang tgk barang2 hot ni.hehehehe..
ok guys! hope to see u all yang tengah baca post ni dkt gerai kpop shabang2 ye.
anyong! saranghae~ (alang-alang bukak kedai korea ni ckp la korea sket an.haha)
tak paham ke? ala, google kan ada? lemak ah nak bagitau semua.haha
notakaki: perasan tak ada watermark kat each picture tu tulis 'akamika gift'? actually tulah nama tempat kitorang order benda2 alah ni. bkn kitorang dok curi gambar2 akamikagift ni pastu sesedap rasa je dok tepek sini.haha. akamikagift ni very exclusive la bagi kitorang. senang gila nak berurusan dengan tuan punya akamikagift. thumbs up!
1 comment:
hi , bole saya tau dkt mane awk buat acrylic keychain tue ..?
sya pun nk buat jugak ..
thanks in advance ~
Post a Comment