CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, April 3, 2011

Erul AF9- Alahai kesian . kerana sebutan ANYONGHASEYO kena kutuk

korang kenal ke budak ni?
aku pun baru je kenal malam ni.haha


Assalamualaikum! :)

Tadi masa aku tengah busy2 facebooking, aku ternampak 1 status coursemate aku.
dia wish good luck kat junior dia yang masuk AF.
laaaa.. gila kentang aku baru tahu bahawasanya AF start malam ni. 
aku pun jd kepochi lah kejap kan dok komen2 kat status dia.
junior dia tu nama Erul and dia minat K-POP katanya.
Sebagai seorang K-Popper, aku memang sukalah sebab ada pulak budak suka kpop masuk AF.
yang mana aku tak pernah lagi jumpa dalam sejarah AF.

Disebabkan budak Erul ni suka KPOP aku pun tergerak nak tgk AF malam ni.
bukan apa. nak juga tengok kot2 ada dia bawak lagu korea ke kan. huahuahua
BTW, aku dah lama tak layan AF. 
seingat aku last aku layan AF masa musim Zahid jd juara.
lepas tu aku dah bosan dengan gimik2 AF musim2 yg seterusnya.
Malam ni kebetulan aku balik rumah, aku tengoklah  AF9 yang orang dok kata musim terakhir.
sebab aznil pengacara happening sket AF kali ni.

Apa yang aku nak ceritakan dekat sini  ialah tentang kritikan yang diterima si Erul ni selepas dia performed.
masalahnya kritikan ini bukan dilemparkan oleh pengkritik2 AF.
tapi oleh penonton biasa yang u know, biasalah suka je nk kritik2 kan.
Erul dikritik teruk oleh seorang blogger gosip tempatan kerana sebutan ANYONGHASEYO dia yang tak berapa nak betul. click sini
Tak cukup di blog, dekat Twitter pon blogger ni melepaskan geramnya dengan menggunakan ayat yang agak keterlaluan la jugak untuk diperkatakan. aku dahlah pantang orang guna perkataan B*NG**T ni.
kata beliau, beliau sakit telinga sebab beliau pernah belajar dekat korea jadi beliau sangat paham dengan bahasa korea. apabila seorang peminat K-POP mengaku dirinya sebagai peminat K-POP, sangat tidak berasas sekiranya tidak tahu sebutan basic perkataan ANYONGHASEYO itu. beliau juga rasa sebutan bahasa korea Erul ketika menyanyikan lagu I'll be back- 2PM sangat tak betul. So abang blogger ni pun katalah yang dia ni propa je suka KPOP sbb nak pancing undi. hmmmmm

KOMEN AKU TENTANG ERUL
Dak Erul ni suara sedap. takdelah ke laut performance dia.
not bad la.ada package.
dan pasal bahasa korea dia yang salah tu pulak, 
aku sendiri actually agak tak berapa nak paham bila Dak Erul ni sebut perkataan ANYONG-HA-SEYO.
aku ingat dia ckp perkataan korea yang aku tak tahu. Almaklumlah,aku manalah belajar bahasa korea.
setakat sebut saranghae, chowahae, anyonghaseyo tu tahulah aku.
Lepas tu bila paknil tanya apa maksud perkataan korea tu? dan dia jawab maksdnya helo, baru aku sedar yang dak Erul ni dah salah sebut perkataan anyonghaseyo tu. aisey dik. mcm mana boleh salah ni?
and bila dia nyanyi lagu I'll be back tu, aku pun perasan yang pronunciation dia agak larilah.
tapi aku tak amik port sgt lah pasal tu. 
yelah. takkan kau nak expect dia nyanyi sebijik bunyik macam orang korea tulen.
agak2 la der. even Nichkhun 2PM yang asal Thailand tapi dah lama duduk Korea pun ckp korea ada bunyi pelik sket. Inikan pulak budak melayu duduk Malaysia yang baru sehari nyanyi lagu Korea live.


KOMEN AKU TENTANG KRITIKAN TERHADAP ERUL
Hmmm. bagi aku memang tak salahlah abang blogger ni nak komen pasal sebutan Erul ni.
setiap orang ada pandangan masing-masing dan aku faham sangat kalau abang blogger ni berapi dengan dak Erul ni.
aku pun setuju dengan dia kalaulah dia ni betul2 minat KPOP apesal perkataan basic mcm tu pun dia tak tahu.
kalau korang suka KPOP mesti korang paham maksud aku kan. :)
tapi perlu diingat, ada sesetengah orang yang suka KPOP pun tak reti sebut anyonghaseyo betul-betul.
rata-rata tahu maksud anyonghaseyo tapi sebutannya belum tentu lagi betul.
aku ada ramai kawan2 yang suka kpop dan ada antara mereka tak reti sebut anyonghaseyo dengan tepat.
Memang betul apa yang ditegur itu. 
Cuma cara teguran abang blogger ni je yang kurang aku berkenan.
Menurut tagline blog dia. 'bergossip secara berhemah', tapi aku tak nampak kehemahan cara dia kritik dak Erul ni. 
Lagi-lagi pasal komen dia dekat twitter tu. hmm.agak kasarlah.
mungkin dia marah sangat sebab dia memang pandai cakap korea jadi dia paham satu-satu bait ucapan dak Erul ni.
aku pun tak tahu apa tujuan sebenar dak Erul ni.
Sama ada dia benar2 suka KPOP ataupun dia hanya mahu memancing undi peminat2 KPOP.
Wallahualam~ hanya dia dan Allah je yang tahu kebenaran.
siapalah kita nak menghakimi dia kan.
aku pun bukan minat budak ni.
Aku cuma tengok dia as a KPOP fan je.
Aku tengok rata-rata orang  komen dekat blog abang blogger tu menunjukkan ketidakpuasan hati mereka terhadap ketajaman kritikan beliau.
nak komen ada caranya bro.
mana tahu kot2 budak ni terlebih nervous. bersangka baik~
mungkinlah body dia terlebih secrete adrenalin time tu sampai tunggang langgang sebutannya.
Aku bukan nak mengajar dia  cara nak kritik orang.  
Tapi as a human being,aku kesian dengan si Erul ni kena tempelak sedemikian rupa.
kesalahan dia bukan besar mana pun.
Lainlah kalau dia salah sebut perkataan bahasa melayu yang sememangnya bahasa sendiri.
Aku bukan nak backing dak Erul cuma aku harap lepas ni kalau kita nak tegur sesama manusia ni biarlah dengan cara yang betul.  :)



Hopefully dak Erul ni tak patah semangatlah bila kena kritik sedemikian rupa.
Seeloknya dia betulkan sebutan anyonghaseyo tu kasi sedap sket bunyinya.
baru tak ada orang kutuk. 
nak belajar sebut dengan aku pun boleh. tapi sebut anyonghaseyo je ah.
nak suruh aku translate lagu I'll be back macam haram la kan.
aku bukan faham bahasa korea. haha.
oklah. setakat ini je post kali ini.
mata dah layu di tasik madu.
selamat tinggal! Jal-ja yo! (selamat mlm)
ehehehehe...

notakaki: entri ini merupakan pandangan ikhlas dari saya. saya tidak berniat untuk menjatuhkan sesiapa. Wallahualam~

3 comments:

aisyah razali said...

mmg pelik pon sebutan die.
ak yg minat kpop tahap suam2 kuku ni pon xphm.. haha ..

Muhammad Hanif said...

x pe la..Erul ni pon baru je dlm AF ni..kata AF tmpt nk blaja nyanyi..tapi baru ni dia ada bawak lagu jepun..bgos la,,dia cuba belajar sebutan yg betul..lambat laun ada la improvement..

SyaQila OsMaN said...

Hanif: btol2.kasilah peluang kan. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...