Suatu hari di bulan Mei. Tahun dirahsiakan...
A : wey wey twitter best sangat ke hah?
B : best kowt!!!! aku suka gila. syiokkk dari facebook.
A: ye ke? ok nk buat la twiterr. heeeeeeeeeee * sengih bersama-sama azam yg tegar*
2 minggu kemudian....
A : wey, tak bestla twitter. bosan ah
B : ntah. aku rasa best je. ala baru2 mmg la cmtu
A : tak reti aku main. ntah pape. ape la yg kau kate best sangat. grrrr
B: errrrrrrr.........*speechless*
hmpphh. apa yang seronok sangat main twitter ni?
Ramai orang tanya aku soalan ni..
Aku pun tak tahu nak jawab mcm mana.
Sebab actually benda ni berdasarkan pengalaman masing-masing as in macam mana korang guna twitter tu sendiri.
Burung2 pastinya berasa bangga kerana mereka jadi icon twitter. cis! |
Q:Kenapa kau bukak akaun Twitter?
Aku dah lama tau twitter ni. tapi aku tak pernah teringin nak bukak akaun twitter sebab aku rasa Facebook is enough for me. just enough. aku malas nak involve dgn byk2 sgt social network sebab its too time consuming and for sure aku akan mengadap internet 24jam. abes bila masa nak study? ok tu pandangan 'TAK KENAL MAKA AKU PUN TAK HINGIN NAK CINTA' hehehe.
ok aku rasa korang ramai kot yang tahu aku mmg peminat tegar Super Junior. eh ape kaitan? sabaq naa. cheq baru nak story. hmphh
ha pastuh satu hari aku dpt tahu dari facebook(yg aku confirm majority manusia ada) yg Super Junior ada akaun twitter.Aku pun mcm aishh... tak boleh jadi ni. aku kena buat gak 1 ni! mana tahu aku dpt bermesra-mesra berborak dengan Kyuhyun aku kat Twitter.aku pun excited kebebeh la sebab alaaa kat facebook tu ramai lak manusia dok mengaku dia Cho Kyuhyun la, Choi Siwon la.. too many fakers and so annoying ok.
So sejak itu aku bukak akaun twitter dgn harapan dpt follow Super Junior. padahal.... mamat-mamat tu update pakai bahasa korea. errrrrrr
Q:Adakah kau suka twitter?
Sejujurnya! pada mulanya aku TIDAK SUKA langsung.
aku selalu menggumam,
"apakah ini? mcm main tag2 je. kat facebook pun boleh. ekelehhh"
" mcm mana nak main ni. kena follow org ke baru boleh bermesra2?"
" alaa. sape je nak follow aku. mcm tak de function jek?"
"ape kebende ah RT(retweet) ni? ishh tak pahammm tak pahammm"
dan mcm2 lagilah timbul dibenak fikiranku yg kolot ini.
So aku dh malas nk main. aku tinggalkan twitter tanpa belas kasihan.
Pastu sampailah masa aku mula-mula masuk UM to pursue degree, ntah mimpi apa yg dtg kat aku,
aku log in balik twitter. Aku terus terkejut tgk jumlah followers aku. dari tak ada org sudi follow aku dah nk dekat 20 org follow aku. padahal tak update tweet pun.
aku tak paham kenapa diorang nak follow aku.
rupa-rupanya diorang tu peminat Super Junior ataupun ELF.
kan aku follow suju, so peminat2 diorang tu randomly follow la siapa2 yang ada kat senarai "followers" tu.
Sejak itu, semakin ramai pulak kenalan aku ada twitter. so makin aku rasa seronok la.
Aku pun banyak follow twitter fanbase2 super junior so setiap kali aku log in twitter, ada je update terbaru pasal Super Junior kerana mereka ini stalker yg hebat dan pantas menyampaikan maklumat.
Lama kelamaan, aku sudah semakin mahir dengan twitter. aku install tweetdeck atas saranan nabilah hidayah so that aku boleh update twitter dan facebook silmutaneously. tak payah bukak byk2 tab. So jawapnnya, YES! Aku suka twitter.
Q:Best ke Twitter?
Haa.. soklan ni susah bonar den nak jawab.
sebab actually it depends on u. mcm aku kata, depends on utk apa n mcm mana kau guna twitter tu.
kalau aku rasa twitter best, tak semestinya bagi semua org sama.
Actually twitter ni sosial network yg biasa saja. mcm facebook cuma sedikit berlainan.
facebook byk sgt function dia. boleh buat album gambar, notes, chat etc..
Tapi Twitter lebih simple function dia. digunakan untuk tweet(macam update status kat facebook) apa2 je korang suka and kalau sekiranya ada org follow kau, kau tak semestinya follow dia balik. kalau mcm facebook, bila org add kau ( esp yg tak knl) , kau accept, and automatically korang jd kwn each other. terpaksalah ngadap status2 pelik dia everyday. Tapi kalau kat Twitter, kalau dia follow kau, dia bleh nampa tweet2 kau tapi kau tak nampak apa yg dia tweet sbb kau xfollow dia. hahahaha..
bagi aku, aku rasa twitter ni best sebab:
- Aku tak perlu follow org2 yg aku tak kenal kalau dia follow aku sekalipun. so timeline aku tak dipenuhi dgn tweet2 yg unnecessary.
- Aku boleh dapat update dgn pantas dan cepat melibatkan hal2 yg aku suka terutamanya pasal Super Junior. kalau dulu aku kolot pegi follow Super Junior tapi tak paham apekebende yg diorang dok tweet2 dlm bahasa korea. skrg since aku follow fanbase punye twitter, every tweet from Suju akn ditranslate dgn begitu pantas. *24jam mengadap and stalk twitter suju kot depa ni*
- Aku boleh merepek sesuka hati aku kat twitter. nak emo pun boleh. sebab twitter guna concept 'timeline'. tweet korang hanya akan appear kat timeline org yg follow korang bila dia pun tgh online. Contohnya la, Minah follow twitter Kasim. Satu hari Kasim online twitter tapi minah tak online sbb dia tengah bersalin.Pastu kassim ni tweet dan tweet dan tweet sesuka hatinya tapi minah tak nampak tweet tu sebab dia kan tengah bersalin masa kasim tweet. Disebabkan Minah follow beratus2 manusia yang suka tweet2, by the time minah online keesokannya, tweet Kassim tu xakan appear kat timeline dia sbb tweets yang recent je akan appear kat timeline. So that, kalau korang nk emo2 ke meroyan ke, tweet korang tu hanya appear kat timeline followers masa tu je. esok2 dah xde dah. kalau facebook, korang nk emo2 lebih esok2 dia still kuar gak kt news feed kan kan? so mcm menyemak je status korang tu lama-lama. paham dok? aish susah benor nak menerangnya... paham2 sudehhhh.
- Ramai artis guna twitter. dan twitter mmg susah nak ada fakers. selalunya artis2 yg ada twitter adalah mereka sendiri. Sebab? diorang kan guna smartphone. and siapa ada smartphone korang akan perasan diorang ni lah manusia2 yg paling byk berkicau kat twitter.hehe. So aku senanglah nak tahu gosip2 terkini ataupun skandal2 artis. since diorang tweet each other. mcm contohnya shah jaszle clash dgn maria farida. aku tahu kat twitter je. (aku follow asmara ok.haha) seminggu pastu baru kuar kat paper. tak ke bangga org len tau kt paper, aku 10 minit pas diorng clash dah tahu daaa. *angkat kening*
Q: Aku tak up to date ke kalau tak ada twitter?
Alahai! sama je twitter ke facebook ke. tak mati pun kalau tak ada twitter.
Tak ada twitter tak semestinya korang kuno. cuma korang tidak mengikut trend.
macam fesyen. skrg kan popular fesyen shawl2 ni. ramai gadis2 yg berasakan ia comel, tampil bershawl.
tapi adakah kalau korang pakai tudung bawal biasa sahaja dianggap kuno? tidak bukan?
Aku pun bukannya suka benar twitter ni. maybe sebab aku mmg bergantung kepada update2 terkini so aku suka twitter. tapi kdg2 twitter ni bkn betul sgt. org yg dok tweet news2 tu kdg2 saja propa. mcm ada sekali tu depa kata jackie chan mati. padahal tak pun. cehh. aku punye ah sedih tiba2 tipu jek. ==" so korang jgn ingat twitter ni sahih je news dia. kdg2 saja gempak je. hehe.
Q: Kenapa aku tak rasa twitter ni best pun?
Sebab korang tak reti guna. KAHKAHKAH
eh betul la. alaa normal la awal2 korang rasa bosan.
sebab korang baru belajar guna twitter. and korang tak byk followers lagi plus korang malas follow org.
kalau ada twitter tak follow org serupa mcm berada didalam kotak. timeline korang tak ada apa2 tweet pun kecuali tweet korang<---- tu pun kalau korang tweet.kalau tak nan hadoo!
so advice aku,(eycehhh mcm penting bonar twitter ni) jika anda ada twitter dan berhajat menjadi active user,
- rajin2lah follow org and tweet org tu( as in tag kalau kat facebook). akan menjadi lagi best kalau kwn2 korang ada twitter. so boleh la berborak2 kt situ tanpa rasa segan.
- rajin2lah tweet. kalau org follow kau, tp kau tak tweet pun, sama cm menghabih bogheh jo. buat apa buat twitter kalau tak tweet
- slowly blaja mengendalikan twitter. sebab bila korang dah mahir, korang akan merasai nikmat twitter.lol
- dan percayalah, semakin lama anda bertwitter, semakin ramai followers anda maka semakin sukalah anda dgn twitter.kekekekee.
maaflah kalau entri ini agak panjang.
disebabkan ramai bertanya pasal kemantapan dan ke'HOT'an twitter ni, maka aku rasa perlu utk aku huraikan sikit pasal twitter ni. heheheehe.
dengan username @QilaKyra. Kalau sudilah. tak sudi xpe. *berpaling pergi* |
ok babai!
;))
1 comment:
Twitter ni kalau pagi macam makan cekodok time breakfast.
Kalau tengahari macam makan nasik ayam.
Kalau malam macam makan chicken chop.
Senang cerita, twitter skrg ni dah macam keperluan. dh jadi trend, haha :P
Post a Comment