CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 27, 2011

49 Days sangat wow!

Assalamualaikum semua....
Akhirnya selamat juga aku khatamkan drama 49 days ni.
Sesiapa yang follow aku kat Twitter mesti perasan aku selalu update pasal cerita ni.
Sorrylah kat mereka yang tak minat korea tu kalau aku selalu sgt cakap pasal korea kan.
kalau rasa tak suka just tekan button unfollow je ok! :)



Aku actually nak buat review sikit-skitlah pasal cerita ni.
Sebab aku tahu ramai yang minat drama Korea plus sekarang tengah cuti bagi budak degree so aku mcm baik hatilah nak kasi korang idea tengok cerita apa cuti ni kan. heheh.
aku tau korang mesti dah mati kutu dah nak buat apa kat rumah.
paling-paling pun makan tido makan tido je. :p
so apa kata korang tengok cerita yang bagi aku sangat brilliant ni.
kenapa aku ckp brilliant?nak tahu kena baca review aku seterusnya.

ok mari kita mulakan!




Kisah 49 hari. pelakon-pelakon dia memang marvelous!



















Kepada semua kipas susah mati drama-drama Korea, sesungguhnya drama ini adalah sebuah karya yang wajib anda tonton. Diulang..

W.A.J.I.B

49 Days bagi aku adalah sebuah karya yang sangat tersusun dan bijak dari segi jalan ceritanya. Ia membawa tema fantasi yang membawa kita menyelami kehidupan roh yang berada dalam keadaan koma. bunyi mcm seram kan?haha. tak seram pun cerita ni. tapi cerita ni penuh dengan rencah. sedih, happy, terharu dan mcm2 lagi. Bila aku tonton drama ni, aku boleh gelak dan nangis dalam  1 episod sahaja.

Drama ini tak mcm drama-drama Korea yang lain yang sering mengetengahkan tema cinta antara lelaki ego dan perempuan yang plain(selalu kita suka cerita mcm tu kan kan? sbb aku pun suka cerita cm tu.haha). Drama ni mengetengahkan tema kehidupan yang harus dihargai sebaik-baiknya dan hubungan sesama manusia yang sering dicalari dengan sifat tamak dan dendam.
 Drama ini lebih kepada to put everything at the right place ataupun dalam BM untuk memperbetulkan keadaan sementara masih ada peluang. (tengok ep akhir baru phm)


 49 Days ada 20 episod je and menceritakan pasal seorang perempuan yang cantik dan muda bernama Shin Ji Hyun. Dia dah tunang dan bakal berkahwin tak lama lagi. Cerita bermula apabila Ji Hyun ni terlibat dengan kemalangan dan kemalangan itu telah menyebabkan dia berada dalam keadaan koma. Dia berada dalam keadaan vegetative dimana otak dia dah mati. So memang tak ada harapanlah. Semasa dia koma, roh dia ni jumpa dengan Scheduler(konon2 mcm death angel la)  yang hensem dan sangat stylo. agagaga. sempat lagi. Ha pastu dia ni pun merayu-rayulah kat scheduler tu yang dia tak nak pergi lagi.( dalam cerita ni orang mati pergi ke alam lain guna lift kau!haha. ). Pastu Scheduler tu kasi dia peluang kedua untuk kembali hidup dengan syarat dia kena cari 3 orang yang tak ada hubungan darah dengan dia like parents,adik untuk menangis sincerely untuk dia dalam masa 49 hari. Dia kena collect 3 tears from diff person dan tears itu mestilah 100% pure! Untuk itu dia diberi peluang untuk meminjam jasad seorang perempuan yang depressed dalam hidup lepas kematian kekasih dia.Nama perempuan depressed tu Song Yi Kyung. Yi Kyung ni kerja part time waktu malam. so Ji Hyun hanya boleh pinjam body Yi Kyung sampai 12tgh malam. Tapi, kesulitannya disini ialah dia tak boleh reveal identiti dia kat sesiapa pun.  So mcm mana agaknya orang-orang sekeliling nak menangis sincerely untuk dia? mampukah dia kumpul 3 drop of tears itu?
  
Actually cerita ni bukan berkisar semata-mata pasal mcm mana si Ji Hyun ni nak dapatkan 3 tears tu. Sebab tu aku kata jalan cerita dia very brilliant dan tersusun, Penulis skrip cerita ni bijak mewujudkan konflik yang logik dan boleh membuatkan kita tak dapat nk agak apa yg sebenarnya jadi melainkan kita ikut sampai ke hujungnya. Dalam masa Ji hyun nak dptkan 3 tears tu dia discover something yang sangat mengejutkan.
Orang yang dia sangka sayang dia rupa-rupanya betray dia dari belakang dan ada plan untuk jatuhkan syarikat bapak dia. Dan bermula dari situlah Ji Hyun cuba mencari jalan untuk menghalang kejahatan dari terus berlaku. tapi persoalannya mcm mana dia nak tolong bapak dia dalam keadaan dia yang tidak boleh reveal diri sendri dan menggunakan identiti Yi Kyung? di sini aku boleh puji gaya pengolahan cerita 49 days ni dimana penulis telah meletakkan had bagi setiap episod. maksudnya pada setiap episod tu, rahsia dibongkar sedikit demi sedikit tanpa mengelirukan penonton. Tindakan yang bijak untuk membuatkan penonton tidak meninggalkan drama ini. Selain tu, cerita ini banyak bermain dengan flashback-flashback yang dikira satu elemen yang paling penting dalam drama ni. Walaupun cerita ni banyak gila flashback tapi setiap flashback itu diolah dengan begitu tersusun dan cantik. Ia langsung tidak membuatkan kita rimas malah buat kita rasa terbuai dan menghayatinya.



ok now aku nak bagitahu character description untuk setiap watak dalam ni.


 
Shin Ji Hyun


Seorang gadis yang ada segala-galanya. Manja, ceria, kaya dan sentiasa berfikiran positif. Dia sentiasa ditemani 2 org kawan baiknya dan mempunyai seorang tunang yang baginya seorang yang sangat protective. Dia tidak pernah buruk sangka kat org lain and dia anggap semua org baik. masalah dia ni ialah dia terlalu baik sehingga menjerat diri sendiri. Dia jatuh koma selepas car accident seminggu sebelum perkahwinannya. Dia kemudiannya diberi peluang untuk hidup dengan syarat 3 orang mesti menangis tangisan yang betul-betul ikhlas. Malangnya, semasa dalam tempoh 49 hari, dia discover sesuatu yang mengejutkan dan mula merasakan tiada sesiapa yang benar-benar sayangkannya selain ibu bapa dia. Mampukah dia mendapatkan 3 drop of tears itu?

Song Yi Kyung
Favourite character aku. Sebenarnya watak dia yang paling byk dalam cerita ni sebab dia belakon 2 watak sekaligus iaitu as Song Yi Kyung sendiri dan Shin Ji Hyun bila jasad dia dipinjam. Pelakon ni sangat pandai menjiwai watak. bila dia nangis aku pun rasa nak nangis bila dia ceria sebijik macam personaliti Ji Hyun. Song Yi Kyung ialah seorang girl yang depressed gila selepas kematian kekasih dia 5 tahun dahulu. Dia seorang anak yatim dan dari kecik dia hanya ada BF dia je sebab diorang sama-sama grow up kat orphanage. So bila BF dia mati, dia rasa kehilangan yang amat dan menjalani kehidupan cm zombie. murung dan tak cakap dengan sesiapa. dia keje part time dkt convenience store waktu mlm. pada waktu siang, jasad dia dipinjam oleh Ji Hyun.


Han Kang
Kawan Ji Hyun masa high school. Dia pendiam,suka memendam rasa, tapi bijak.  Dia suka kat Ji Hyun secara diam-diam sebab masa sekolah dulu ada misunderstanding antara mereka yg menyebabkan dia tidak meluahkan perasaan kat Ji Hyun. Dia ni kira baik gila ah sebab bila tau Ji Hyun dah tunang dia mmg xkacau langsung Ji Hyun walaupun tujuan asalnya balik dari US untuk cari Ji Hyun.Dianggap sebagai adik oleh tunang Ji Hyun. Dia menjadi keliru apabila dia tertarik kepada Yi Kyung kerana personaliti Yi Kyung yang sama macam Ji Hyun tanpa mengetahui bahawa soul Ji Hyun yg berada dlm badan Yi Kyung. Adakah dia akan menangis untuk Ji Hyun?


 
Kang Min Ho
Tunang Ji Hyun. Seorang yang bijak dan penuh karisma. Dia menjadi orang kepercayaan keluarga Ji Hyun kerana sering menunjukkan prestasi yang cemerlang. Mempunyai zaman kanak-kanak yang gelap, dia tekad untuk ubah nasibnya dengan apa jua cara asalkan dia berjaya capai matlamat dia.Dia sebenarnya tak cintakan  Ji Hyun tapi jatuh cinta kepada Yi Kyung tanpa menyedari dia sebenarnya jatuh cinta dengan tunang sendiri. Seorang yg licik dan penuh dengan agenda tersembunyi. Korang akan rasa nak lempang mamat ni sejuta kali. Mungkin tak dia menangis sincerely untuk Ji Hyun?

Scheduler aka Reaper
 Watak lelaki kesukaan aku! awww. Dia ni ibarat mcm death angel la. Tugas dia untuk bawak org yang mati naik elevator(konon2  medium utk ke alam lain ah) Ala korang kalau pnh tgk cite ghost whisperer bila roh tu dh tenang dia pegi kat cahaya. elevator tu cmm cahaya tu lah tp kira moden ah sbb die guna lift.haha.  Dipanggil scheduler sbb dekat phone galaxy s dia ada jadual2 org yang akan mati. dia kena ada dekat tempat org mati pada masa yg ditetapkan. yang xley bla jadual tu kena download every 1 week.kahkahkah.Dia kelakar gila, smart and suka membebel. Dia jadi Scheduler sebab dia ada benda yang nak diselesaikan sebelum dia pergi ke alam lain.  Apa benda tu kena tgk ah!Aku suka betul dengan watak ni sebab aku dok bayangkan yang reaper konon2 pakai ala2 darkness je. pastu mata menakutkan ke kan. tapi scheduler ni hensem gilossss. dia suka music rock and pakai Ipad yaww.  Personaliti dia kelakar tapi sebenarnya ada side yang sedih dalam diri dia. Bila dia buat kelakar, aku gelak mcm org gila tapi bila dia sedih, ak pun nak nangis sama!


Shin In Jung
Dia ni mcm Ice city girl. Dia kawan baik Ji Hyun dan dianggap mcm family sendiri oleh family Ji Hyun. Dia miskin pada asalnya tapi atas budi baik family Ji Hyun, dia dibawa tinggal bersama Ji Hyun. Dilihat sebagai kawan yang sangat baik oleh Ji Hyun namun disebalik itu dia betray kawan baik dia sendiri kerana suatu misi.  Adakah dia akan tolong Ji Hyun dengan mengeluarkan air mata sejati?(errr ada ke air mata sejati?)


Sebab aku rasa 49 Days ni drama yang best gila and patut korang tengok
  1. Jalan cerita yang sangat tak dapat dijangka. Cerita dia bukan sekadar mcm mana Ji Hyun tu cari jalan nak dapatkan 3 drop of tears tu je.
  2. Perkembangan cerita yang seimbang dan logik walaupun tema dia tak logik.  Korang akan tertarik dengan bagaimana 6 watak utama ni dikaitkan. Setiap watak ada kisah hidup tersendiri dan saling berkait antara satu sama lain.
  3. Setiap pelakon memainkan peranan masing2 dgn sangat berkesan. Bila babak sedih je mesti korang pun akan nangis. paling koman pun bergenang gak ah air mata.  Lee Yo Won yg melakonkan watak Yi Kyung/ Ji Hyun mmg menjadi. Bila dia nanges, kita boleh rasa betapa terseksanya dia sebab dia xdapat revealkan sape diri dia sebenarnya.
  4. Aku tertarik dengan idea dia kena cari 3 drop of tears dengan menggunakan identiti orang lain. Aku tak dapat nak agak mcm mana dia nak pergi suruh org nangis utk Ji Hyun dlm identiti Yi Kyung tu.
  5. Ada scheduler yang hensem and smart. Everytime dia appear, baju dia mesti vouge2  dgn bawak motor and suka main gitar. Mana nak cari reaper yg pergi clubbing, ajar pompuan sexy berenang and guna samsung galaxy s + ipad/galaxy tab? Dia suka membebel and buat mimik muka yang aku rasa nak gelak. tapi bila dia nangis, aku pun sedih sama!
  6. Cerita ni banyak pengajaran. Dia ajar kita supaya lebih menghargai kehidupan. aku ingat satu quote dari cite ni ' Live as if u only have 49 days'  Dari interpretasi aku, kelebihan 49 days yang Ji Hyun dapat tu bkn semata-mata untuk dia cari 3 tears tu. Tapi dalam tempoh tu, dia banyak belajar mcm mana untuk betulkan keadaan and put everything at the right place again. Dia belajar mcm mana jadi berdikari dengan cari duit sendiri tanpa mintak tolong kat famili dia. Dia gak belajar betapa bukan semua org tu boleh dipercayai. Bila korang tgk cerita ni baru korang phm.
  7. Cerita ni dapat jadi contoh yang baik kat org yang ada intention nak bunuh diri. Sebab dalam cerita ni kita bley tgk betapa Ji Hyun tu desperate sgt nak hidup and betapa Yi Kyung tu desperate nak mati. Bila Yi Kyung dirasuk Ji Hyun, dia mula rasa mati bukan jalannya. 
  8. Banyak tunjuk smart phone lawa-lawa. hahaha
 Aku rasa dah panjang sgt kot aku review cerita ni kan. Mula-mula aku nak review dari ep 1 sampai 20 tapi pk2 balik, nnt x thrill la kan korang nk tgk. Cerita ni tak  ah sweet gila mcm Secret Garden tu sbb fokus dia lebih kepada nk dapatkan 3 tears tu tapi aku sure kalau korang suka Secret Garden, mesti korang suka 49 Days. Korang tengok dulu episod 1. aku confirm korang akan tertarik nk tgk lagi. every scene tu disusun cantik even scene accident pun dah mantap. tak macam accident biasa tu. tgk sendri baru tahu.hehe.Ok sebelum mengundur diri, aku sajikan korang dengan gambar2 scheduler yg hensem tu.wahaha.


Scheduler! Dia suka buat muka cute!
Scheduler dgn Ji Hyun. Ji Hyun selalu kena marah dgn Scheduler.
Scheduler membebel
dengan headphone n helmet. kan aku kata dia stylo!



And this is the unoffical trailer by dramafever. tapi hanya penduduk US je bley tgk kt sini tau.




oh kalau nak tgk cerita ni online korang boleh tgk kat sini  
or kalau rajin gila nak download bley pg dekat sini
Happy watching!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...