CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 9, 2010

Boboy jumpa doktor

Semalam bawak boboy(kucing aku) pegi jumpe veterinarian.
boboy ni tiap 3 bulan sekali pegi jumpe vet untuk injection vitamin, cacing bla bla bla~
yang aku peliknye dia sangatlah cuak bila aku masukkan dia dlm travel cage pastu bawak masuk dalam keta.
padahal hari2 dia suka tido dalam tu.
mungkin sebab dia dah tau dia nak gi jumpa vet, dia dok guling2 dalam travel cage tu sambil berusaha keras nak bukak pintu dia.sampai terkangkang-kangkang
hahahha.

sampai je kat klinik veterinar tu, ramai giler tgh tunggu turn jumpe vet. mama kate before ni xdela ramai mcm nie.
mcm2 kucing aku jumpe. ade kucing demam xlalu makan pun tuan die bawak jumpe doc.
samapi mcm tu sekali sayang die kt kucing. terharu owhh kalau jadi kucing tu.
tuan dia siap balut dia dengan selimut macam balut baby tu ha. tgk muke dia pun sedey jek.
mmg mcm demam panas.

ntah kenapa aku pun xtau si boboy ni bila sampai je kat situ, dia dok mengiau tak berhenti.
malu gila aku kat sume org.
mana taknye, kucing2 lain sume dok senyap jek.
semua muka sabar menunggu kena examine dengan vet.hahaha
tapi boboy dok ngiau2 kesian.
ayah aku sampai cakap' boboy x suke ke jumpe kawan2 boboy? tgk diorang sume senyap.boboy je bising'
hahaha. pastu boboy cakap ' boboy tak nak kena inject!'
hahahaha.gila ah.kalau boboy cakap macam tu aku pengsan dulu.
disebabkan kebisingan boboy tu,ramai org2 kat situ pegi kat dia. sentuh2 dia.
ada budak2 yang nk pegang boboy. diorang kata boboy ni comel sangat! hahaha.bangge tuan dia jap.
xpasal2 boboy jadi famous kt situ.

ayah aku kunun2 nak kurangkan kenervousan si boboy dia gi ngadapkan travel cage boboy dgn sangkar yg ade 4 ekor kucing.  boboy terus terbeliak mata nampak kucing betina cantik.
lagilah dia nak keluar!hhahaha.
pastu xley bla ade sekor kucing jantan dalam sangkar yg sama pandang boboy mcm nk makan.
aku rase tu suami kucing betina tu.muahahaha.sker2 aku jek.
terus si boboy tu megiau suara jantan.ayokkk!

aku pun alihkn la dia dari situ,aku letak jauh2 sket. sampai je turn boboy jumpe vet, kitorang pun bawak masuk dia kat dalam.
tapi agak pelik la sebab masuk2 je dalam tu boboy senyap.
pastu bila vet tu datang, dia xde plak la nk jerit2 ke nak lari2 ke.
padahal boboy ni jenis takut kat orang.lagi2 yang die tak kenal.
pastu mama kata vet tu orang yang sama treat boboy sejak dia lahir.
owhhh..patutla tak takut.
abang vet tu check mata boboy,usap2 dia. dia kenal boboy tau! dia cakap
 'hai boboy! makan ok tak?'
pastu aku mcm, erk dia ni tanya boboy ke tanya aku?hahahaha.
'makan ok. xde problem' aku jawab pendek
'ok. erm, so hari ni dtg nk buat ape?
'nak wat injection yg 3 bulan sekali tu la..'
 'b4 ni pernah amik vaccination tak? yg setahun sekali?'
'huh? yang 3 bulan sekali tu lain ke?' mama jawab pelik
' yg tu vitamin dgn cacing. yg setahun sekali tu vaccination for viruses.so xpernah amik lagi la kn?'
'haah. belum2.'

pastu dia pun inject la boboy 2 kali. boboy selamba je. tak de plak mengerang sakit kena inject.
'good boy!' kena puji dgn vet.suke la dia.haha
pastu vet tu kasi kad klinik kat boboy.
 before ni tak dapat kad pun sebab tak amik lagi vaccination yang sekali setahun tu.
 dia catat tarikh boboy kena inject untuk vaccination lagi. iaitu pada 8/12/2011.
so next time pegi amik vaccination kena bawak kad tu.
yang aku rasa nak gelak kad tu siap suruh letak nama pet, species,breed, tarikh lahir bagai.
hhahaha.dah la aku xingat tarikh lahir dia.yg kitorang tau dia lahir bulan 10  tahun 2009. kitorang pon bantai je letak tarikh lahir dia 10/10/2009. ngahahaha

on the way balik rumah, aku rase kesian pulak tengok dia terkurung dalam cage tu.
aku pun bawak keluar. dia bukan main suke dan teruja sampai jenguk2 kepala kat tingkap.
suka dia tengok view kat luar.
memang jakun habis. sampai umah je dia tidur.huahuahua

seronok gak weyh gi klinik veterinar. bleh jumpa kucing pelik2.
ade kucing tu muka besar giler. bulu tebal sampai mata pun tak nampak.
ade gak yang badan mcm biasa.tapi ekor tiba2 kembang gila.

so kepada yang ada bela kucing kat luar tu,kita bukannye bela kucing setakat nak main dengan dia n bagi makan je tau!
 bawak la kucing pergi jumpe vet sekali sekala. dia pun macam kita.kalau tak jaga kesihatan dia mcm2 penyakit bleh dapat. silap2 jangkit kat kita.
dapatkan vaccination so that dia tak kan kena penyakit berjangkit ke apa.
permakanan dia tempat tinggal dia kita kena jaga elok2.
 akhir kata sayangilah kucing anda macam keluarga sendiri.
peace no war~

Meet Boboy the handsome cat!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...