CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 6, 2010

Jumaat yang style part 2

ok seperti yang telah dijanjikan..
I'm back with part 2.haha
oh ye.. aku dah tgk harry potter!yeahaaa~
superb ah. baru la puas nengok bila dia buat part by part. tersusun rapi bagaikan susun silang kata.kahkahkah~
so far Emma Watson was great!  memang a good actress dan aku rasa dia better dari kristen stewart.
huahuahua.. sorry berbakul2 pada sape yang minat kat awek Edward Cullen tu ye.
Bella so kayu kot! ohoh. Sekali lagi sorry berbakul2.ngeheheh


dan boleh tak kalau aku nak dalam cite tu Harry kawen dengan Hermione?
Ron kawen la dengan Luna ke sape2 la.hahaha. suka suki jek kan nak buat ending sendiri. xperlu bajet JK Rowling ye Syaq. 




ok cukuplah dengan En Harry Potter kita punye story.kita teruskan lagi dengan agenda kita seterusnya.
 Aku masih dalam mood abes exam.hahaha
jadi nak cerita sikit mcm mana aku mengaharungi  kesusahan dan kepayahan detik2 pertama kali exam sebagai mahasiswa.


ok kepada sape2 yang tak tau course yang aku amik ni (biomedic) mmg memerlukan banyak hafalan.
sebagai seorang insan biasa, aku bukanlah jenis yang cepat ingat sesuatu ilmu. eycehhh.starting pon dah syahdu mahdu. aku memang memerlukan pengulangan demi pengulangan untuk berjaya menghafal sesuatu topik. cikgu nasir, betul ke ayat BM saya ni? ngeee~


beberapa hari sebelum exam memang dah meremang dah bulu roma aku.
semua benda yang aku buat semua macam orang kena sindrom angau.
tidur tak lena(sampai mimpi kena kejar dengan kertas soalan pon ade),
makan tak lalu( sampai sanggup makan sekali sehari.satu pencapaian yang luar biasa buat Nur Syaqila Osman.clap clap! haha)
mandi lupa nak sabun..haha.. xdek xdek.dusta belaka itu statement.
senang cita kehidupan sepanjang 3 minggu lepas ni macam fasa kecut perut la kan.lompat lompat lompat kecut perut.(selingan senam tari masa orientation week)kekekeke.


lepas habis satu demi satu paper rasa macam hati makin tenang dan gembira.
senyuman makin melebar
selera makan makin bertambah
tidur makin lena.last paper tidur paling awal dan bangun paling lambat.gila!


ok.meh sini  I nak story sikit pasal semua subject punya exam.


1) Hubungah Etnik
haa,sape kate subject universiti senang?silalah buang dan campak pandangan anda dalam dumping ground ye.
sangatlah salah. saya akui hubungan etnik memang hebat!soalan die perghhh.sehingga menjilat jari.( ni mesti kes dah tak tau nak jawab ape lagi sampai jilat2 jari je mampu)hahah. aku hanya baca soalan2 spot je untuk hubungan etnik. maafkan saya prof!  Nasib baikla keluar jugak soalan2 tu. aku memang kantoi tahap tera giga mega la bila dia tanya pasal tarikh2. kalau tanya tarikh kemerdekaan memang la aku bley jawab. soalan dia walaupun MCQ tp memang confusing weyyyhh. tahap yang kau kena perhatikan satu persatu perkataan yang digunakan dalam buku tu untuk cemerlang terbilang dalam exam dia. ya.begitu caranya ye.haha


2) Anatomy
 haa.Inilah yang wat aku tension dok kena mengahafal nama2 tulang kejadah,muscle2 yang bukan 3 atau 4 ye kawan2. kalau setakat kau tau perkataan BONE tu memang kau xleh la nak jawab menda dalam exam. kalau setakat tau 'perghh mamat tu ade six pack abs dowh! cantik ah muscle dia' kau memang patut tutup kertas soalan anatomy dan keluar exam hall serta merta. berdoalah lecturer tetap kasi kau markah kesian 1/2 markah.tu pun sebab masih mengagahkan diri masuk dewan exam.kahkahkah. soalan anatomy bagi aku ade jugakla yang susah.tu sebab aku tak ingat! gila geram weyhh.ade jugak soalan yang tak expect keluar.nasib baik la ade terbaca sekali imbas. Overall ok kot. tp xtau la nak cakap bab histology. sebab aku sendiri pun confius dengan apa yang aku nampak dalam microcope nikon tu.eycehh..nk gtau gak brand die.haha
untuk pengetahuan saudara saudari sekalian histology ni macam kita study  microscopic structure of animal or plant tissues. 


3) Cell Biology
yang ni plak aku mmg kantoi sket bab genetic. gile soalan petala kelapan ratus punya pelik. selalunya kalau die nak suruh buat crossing dia akan bagi la hint2 mcm 'homozigous dominant ke heterozygous dominant ke kan. tapi yang ni mmg die kasi clue mcm kita kena work out sendri la ape benda alleles dia. mana tak aku stare jek kat soalan tu mcm jatuh cinta pandang pertama.pastu aku pun wat la teory sendri.agak2 boleh pakai tak? boleh la boleh la..hahaha. nasib baikla part cell bio tu dapat buat la jugak.kalau tak mau aku menangis berlagu2 rock R&B ballad sume ah mase jawab soalan tu.


4) Physiology
Amaran keras: SUBJECT PALING BERHANTU!
ohohohoh.. tanya la kat semua dak2 biomed ke farmasi ke rata2 gerun dengan ini subject. memang dah kalau name pun nak dekat2 psikologi tu memang psiko giler la kan. rata-rata orang cakap,
'fisio tak susah kalau kita paham' tapi macam mana kalau kita dah paham benda tu tapi kita still tak dapat kaitkan dengan soalan yang ditanya? kadang2 kita kena pandai cari kaitan soalan yang ditanya dengan apa yang kita belajar. kalau kita paham konsep, bolehla dikaitkan.Itupun belum tentu betul.kena tgk gak cara kita explain. ni lah yang kitorang takut sangat dgn fisio ni. soalan dia memang application punya type. nasib baiklah soalan final ari tu xteruk macam masa conass. mase conass aku dapat result best giler.hahaha.tak pernah2 dalam sejarah aku dari tadika ampai la sekarang ni dapat result best giler mcm tu.


5) Medical Microbiology
Microbiology ni subject paling hot! haha.subject pun ada yang hot ok~
kenapa dia hot ye? sebab dia best. sebab saya suka.kahkahkah
ni lah subject kegemaran daku! aku memang sukakanya.dan microb pun sukakan aku.ok rasa nak lari pegi toilet sbb nak muntah.exam dia oklah. boleh buat dengan penuh ketenangan abadi.HAHAHA


6) Laboratory Maths
subject yang paling paling lepak sekali. saya rasa bahagia study lab maths walaupun hakikatnya saya memang benci maths. mengapa boleh saya jatuh cinta pandang pertama dengan lab math? haaaa~ntah.aku pun xtau. maybe sebab subject2 yang lain aku kena banyak ingat dan hafal.tapi yang ni mcm lepak jek. paling2 pun hafal formula. dia tak kan keluar la soalan macam algebra ke kan.tu memang aku angkat bendera putih awal2.soalan dia based on lab work.mcm basic chemistry camtula. kira2 molarity sume tu.yang paling bahagianya ialah lab math paper last sekali. so memang mcm tak sabar jumpa bakal suami punye kes.lol


itulah dia serba sedikit(sedikit la sangat kannn) tentang exam.haha
jadi sebagai penutup nak tepek sikit la beberapa keping gambar howt yang aku ambik lepas lab maths punye exam.(kalu tak hot pun buat2 hot jela ye)






Itu dia sengihan gumbira abes exam.

'Make sure aku cun dalam gambar ok' kate dayah.

'awww..soalan tadi senang sangat nyah oiii!

yeahh!aku dah boley marathon cite korea banyak2.haha

dan akhir sekali pahlawan 5 bersaudara!kekeke.lihatlah muke masing2 bersinar  lepas bertempur di medan perang.








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...