HAHAHAHA.. scary je baca tajuk post aku kali ni kan.
kalau nk tahu aku mengalami syndrom org stress berganda-ganda!
Stress stress dan stress.
sebenarnya tak ada apa sangat pun yg nak distresskan.
biasalah...kalau dah nama pelajar tu mmg tak lari la dgn perkataan stress.
eh jangan2!jgn turn around dulu. baca sampai habis dulu baru blah.=p |
minggu ni aku mmg teramatlah busy dengan pelbagai jadah kerja lapangan hatta assingment dan juga menguruskan dinner kolej 11.MAndeta yaw! eh Anwar Hadi(kalau xknl rujuk post before ni) baru kasi nasihat hari tu suruh elakkan guna bahasa eewww.. :p
ok aku dah ngantuk tahap everest.(sila maafkan sebarang ayat yg berunsur mamai)
rasa nak kiss bantal sekarang jugak. haha
roomate semua dah tidur. aku takut plak nk g toilet.kekekkeke.
oklah sebagai rumusan tentang apa bendalah yg aku busy semedang minggu ni kan. ohh actually 2 minggu ni.
dan mungkin smpai bulan 3 kot baru cool down sikit.
# pergi shah alam juma supplier utk tempah barang2 yg perlu dijual utk apk. 2 kali kot ulang alik! tau tak betapa penatnya aku? dgn tak pernah2 jejak shah alam(ok aku xtipu serius) tetibe je mencemar duli ke shah alam.
# bertugas jadi biro pendaftaran utk MAndeta'11 yakni dinner college. sungguhlah lepas ni aku tak mau dah pegang pendaftaran.banyak sungguh songeh berurusan dengan manusia ni. Maaf. aku tak marah penghuni kolej 11. tapi rasa penat wey bila mana borang yg dah terang tang tang aku tulis benda2 yg perlu dilengkapkan tapi akhirnya diabaikan juga. Yg mana lengkap tu mmg aku rasa nk g bilik dia ckp terima kasih belanja teh tarik sekali.haaaa..boleh bygkan tak berapa kerat je yg begitu memahami dan bertoleransi? pinjam jap kata2 coursemate aku, "Bila anda berharap kpd makhluk,anda pasti gagal" pelik ayat ni tapi aku suka sebab aku tgh mengalami situasi yg sama. HAHAHA . (ini baru pendaftaran pertama belum lagi masa nk dekat dinner. habislah otak aku hancur mcm ice blended..)
# Kerja lapangan ke Beryl's chocolate kingdom untuk TITAS. ni tak penat sgt la.. sebab kejap je dlm 2 jam cmtu. yg penatnya masa nk buat assignment dia tu. aku dgn kwn aku atul kena buat hasil kajian. Masalah kami ialah dua2 sibuk mcm PM. sorang dgn MAndeta, sorang lagi tak abis2 dgn uruskan aktivti panjat gunung.
#preparation untuk test next week. ok sangat cuakkkk! next week hari rabu test biochem dan aku masih terkapai-kapai.uwaaaaaa... kenapalah aku takde otak mcm albert einstein ke Ibnu Sina ke. memang masa utk study limited. aku takut gila kalau tak sempat. aishhh.. lepas biochem menyusul plak test parasitology. hailoh2. Semoga Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi minggu-minggu disaster ni. Allah takkan bagi ujian kalau kita tak mampu menghadapinya kan?
wish me luck guys!
ok lah. aku rasa mata mcm kena sepit dengan penyepit baju dah.
baik aku lompat katil sekarang. eh lupa nk g toilet dulu.heheh.
tata