CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, March 29, 2011

peminat KPOP wajib baca!



Assalamualaikum semua~

berita hot kepada semua peminat KPOP seluruh Malaysia. hahaha.
hamboi lebih-lebih kau. 
ok kita narrow down sket skop diatas. berita hot kpd semua peminat KPOP sekitar UM. hehe.

Khas kepada semua yang gila atau sawan atau tangkap cintan dengan K-POP SAHAJA!
sapa yang tak suka atau tak gemar atau suka mengutuk kpop tu silalah main jauh-jauh. :p
bersempena dengan hari keusahawanan UM esok dan lusa, kumpulan aku bukak satu gerai yang bernama KPOP SHABANG SHABANG. ape kejadahlah kau pilih nama tu kan? haha.
actually siapa yang suka korea mungkin ada yg tahu kot  maksud shabang2 tu apa. 
menurut google translate, shabang-shabang bermaksud shining-shining dalam bahasa inggeris ataupun bersinar-sinar dlm bahasa melayu.ado paham ? heeee.. kiranya nk ckp gerai ktorang nanti bersinar2 lah.lebih kurang gitulah ye. yelah. mesti kena ada ayat masuk bakul angkat sendiri beb nak bisnes!


so aku selaku salah seorang ahli kumpulan shabang2 ingin menyeru semua geng2 kpop yg dok dekat2 UM ni dtg ke gerai kami esok dan lusa. best woo~ mcm2 ada..
ada button badge comel2, acrylic keychain ,HP pouch, Mug, T-shirt.

Button Badge 58mm diameter. 2PM bebeh! ada banyak lagi idols.
 jgn risau kalau tak minat 2PM.hehe

nilah acrylic keychain!  mula2 bila supplier bgtau pasal mende alah ni aku blur gila.
ntah apekebendalah acrylic ni kan? dh tgk baru phm. cun woo. mcm transparent gitu .
 ishh.tak tahu nk habaq lagu mana aih. hampa pi tgk sndri lah. haha


 Pastu ada special pre-order pillow cushion jugak! pillow cushion ni sumpah sangat cantik! serius gila.tak tipu.haha. bolehlah dibawa tidur bersama-sama sambil dok berangan masuk dlm mimpi skali kan. :D

haa.cun tak cun tak? kekeke..
nak tgk sample dtg la esk ye. weee



nak bergambar bersama idol2 kesayangan anda seperti super junior pon boleh. hiew hiew hiew..
kalau hampa nak discount pon cheq bleh kasi.. ada pelbagai jenis package ditawarkan
semuanya berbaloi-baloi.
takdenya harga sampai beratus-ratus mcm yg hampa dok beli barang2 official dari korea tu.
hari-hari bolehlah dok tatap gambar Kyuhyun ke Nichkhun ke kan.haha. ok ape kes ckp utara?
merepek sudah.
hah conclusionnya silalah berkunjung ke gerai no 2 di KPS parking lot esok dan lusa je. pas ni dah takde dah tawaran hebat ini ye!
jangan dok nyesal lak tak datang tgk barang2 hot ni.hehehehe.. 
ok guys! hope to see u all yang tengah baca post ni dkt gerai kpop shabang2 ye. 
anyong! saranghae~ (alang-alang bukak kedai korea ni ckp la korea sket an.haha)
tak paham ke? ala, google kan ada? lemak ah nak bagitau semua.haha 

notakaki: perasan tak ada watermark kat each picture tu tulis 'akamika gift'? actually tulah nama tempat kitorang order benda2 alah ni. bkn kitorang dok curi gambar2 akamikagift ni pastu sesedap rasa je dok tepek sini.haha. akamikagift ni very exclusive la bagi kitorang. senang gila nak berurusan dengan tuan punya akamikagift. thumbs up!

Thursday, March 24, 2011

entry curik2 taip masa rehearsal

Assalamualaikum

ok ini entry sementara menunggu rehearsal dinner MAndeta start.
firstly sorry gila kat semua sbb aku rasa blog ni mcm dianak-tirikan seketika.
haishh.. blog awk xmerajuk dgn saya kan? *sambil usap2 screen laptop
oklah.aku nk cepat. so terima seadanya entry aku yg tak seberapa ni ye.
aku masih teruja dengan super show 3. super show 3 tu ape adik2?
super show 3 tu konsert super junior ye syg2 sekalian.
ye aku pegi.hahaha. later aku akn update review konsert suju tu okep!
peminat2 suju sila bersabar esp yg tak dapat pegi tu. :(
selain teruja dgn konsert suju, sepanjang 2 minggu ini aku bz dgn preparation MAndeta '11 yg akan berlangsung sabtu ni dekat Hotel Istana Kuda Emas. ngeh3.
dengan report biochemistry yang saban hari dok menggaru kepala memikir mcm mana nk menyiapkannya, selain assignment lain yang dtg cmm ribut. nak bernafas pun tak sempat.
fuhh! busy dehhh!
tp sempat lagilah aku dok teruja melayan video2 fancam super show ari tu. muahaha..
ape jenis busy mcm tu ye?
oklah. dh kene rehearsal. tata. <3



Tuesday, March 8, 2011

kitnee door kitnee pass

Assalamualaikum..

Hari ahad lepas aku tertengok satu cerita hindustan dekat Zee channel.
apa apa?? tak caya jugak ke aku layan hindustan? dah tutup mulut tu. masuk lalat kang. =p
Tajuk dia Kitne Door Kitne Pass.. cerita ni dah lama dah tahun 2002. ;)

hero dia fardeen khan heroin dia amrita arora.
omjayyy.. aku kenal kot.hahaha


 cerita ni best giler okayyyy! aku lagi suka cerita zaman aku kanak-kanak dulu berbanding zaman skrg.
Zaman skrg dah hilang nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan. 
dok pakat tayang body je lebih.. sangat tak cool okayyyyyy~
mcm cerita ni masih menonjolkan nilai-nilai kekeluargaan masyarakat kat india.
ok aku bkn nak cerita pasal sinopsis cerita ni actually.haha.
kalau nak tau pegilah google sinopsis dia. HAHAHA.
don't expect me to spoon feed u. LOL

nak dijadikan kisah benar, tadi bertweet dengan idayah kapi di twitter. ( I dah terer main twitter skrg u~hahaha)
memandangkan minah ni belajar kat India dan telah belajar sikit-sikitlah bahasa org sana, aku saja lah kan nak test kehebatan beliau berbahasa hindi. tahap karma ke idak.

berkut merupakan siri perbualan kami-

 "wey, ape maksud kitnee door kitnee pass??" 

"owhh tuu.. KATNER PINTU KATNER TINGKAP" budak terer bahasa hindi tu jawab

 "kitnee door kitnee pass mksud dia katner pintu katner tingkap ehh.. owwwwwww" aku konon2 setuju

"terror an aku? kau ingt aku dok sini saje2 ke. aku blaja tau! akaka. ohh yg aku paling hebat, kitna=berapa. heeeee." 


HAHAHAHAHAHAAH.. terer sunguhlah bahasa hindi kau weyhh!
sumpah aku rasa bangga dengan kau doe. LOL
balik mesia nnt ajar aku ok dayah?? HAHAHA

actually aku dah tau dah maksud dia. saje jeeeee.agagagaga
so rakan-rakan, sapa tahu  maksud kitnee door kitnee pass?
ngeh3






Monday, March 7, 2011

30 fakta yang korang mungkin tak tahu pasal aku. :)

Assalamualaikum..

pernah tak kadang2 korang rasa macam dah kenal kwn korang betul2 tapi sebenarnya korang taklah kenal mana pun?
rasa mcm dah masak gilalah dengan perangai dia sampai feveret deodorant dia pon korang tau.
aku tiba-tiba rasa mcm nak wat fakta pasal diri sendiri. 
nak sharelah sikit2 pasal diri aku yang tak seberapa nak tinggi ni kan. ehem..
kalau rasa nak kenal aku dengan lebih mendalam rajin-rajinkanlah mata itu untuk membaca ya. ;)

1) Aku ada 2 org adik beradik je.Ramai yang tak tau nama aku sangat pendek berbanding nama kakak aku.(patutlah aku pendekk)  Nama aku Nur Syaqila  manakala kakak aku pulak bernama Intan Noor Zuhaila. Aku pernah tanya mak aku " Mama,apsl nama adik pendek je?mana aci! sob3" pastu dia jawab " Paksu yang letak sebab dia suka lagu Misteri Mimpi Syakilla" aku pun "ooooo" haish.nasib baik masa tahun 1991 tu xkluar lagi lagu  Sofia Jane yg si Black nyanyi tu.. kalau x lek lek nama aku mcm minah salleh skrg ni. geli siot! muka      melayu kulit golap tiba-tiba Sofia what?? muntah.haha

2) Dulu masa kecik-kecik aku suka lap hingus dengan tudung skolah agama aku. aku pun tak paham kenapa  aku selalu selesema. aku selalu lupa bawak tisu pegi skolah. so balik2 skolah agama je aku tengok tudung  aku dah penuh dengan cecair kaler kuning dgn hijau. ewwwww.. tak sangka aku begitu dulu. sungguh annoying sekali. patutlah makngah selalu membebel kat aku. takpelah. zmn kanak2 rebena. 

3) aku suka makan tomyam ayam dengan daging masak merah kalau makan dekat kedai. tapi kalau aku mkn sendiri2 tanpa famili aku suka order nasi goreng je sebab tomyam plus daging masak merah dah berapa dah harga dia oi! pokai cheq naaa.. tp aku tak suka makan dekat mamak sebab kat mamak semua ni tak sedap. tomyam dia rasa mcm kari. choy! 

4) aku lebih suka makan dekat gerai-gerai berbanding restoran-restoran mcm kenny rogers ke, resepi rahsia ke... aku lebih prefer yg gerai-gerai yg masak makanan thai. asalkan tempat bersih aku no hal! 

5) aku sangat benci dan berdendam dengan lipas. aku tak tahu apa salah dia kat aku. tapi aku memang tak bokeh tgk lipas. lipas ialah haiwan yg paling aku tak boleh jumpa. kalau aku jumpa lipas, korang akan lihat kemachoan dan keayuan aku hilang serta merta. aku pernah nangis sebab lipas terbang dekat aku. pergh ngeri dow! dan skrg baru aku tahu lipas boleh hidu hormon yang kita lepaskan apabila takut membuatkan dia lebih tertarik. sejak itu aku cuba bertenang dan melemparkan senyuman kepada lipas kalau terserempak kat mana-mana. padahal heart rate lari mcm kuda !

6) Aku jugak layan cite melayu. hah ni selalu org salah paham. selalu org ingt aku tengok cite korea je memanjang. hello! aku suka gak tgk cite melayu ok. aku suka tengok cite Asmara yang Shahz jaszle blakon tu.hahaha.. aku pun tak tahu ape specialnya cite ni tapi aku memang suka. tp aku selalu frust dengan ending cite melayu. selalu buat ending yg tak menepati cita rasa aku. contohnya kasi heroin mati.tak pon hero tu kawin dgn org lain.haishh.. menci2!

7) maybe ramai yang tahu aku sangat suka Super Junior. tapi ramai tak tahu dulu aku anti giler dan tak suka mereka. hahaha.. terkejut tak? aku selalu rasa yang kumpulan ni macam ramai sangat dan buat menyemak stage je. kutuk habis habisan.tapi sekarang???? sanggup aku kumpul duit nak pegi konsert diorang.hohoh.. betul org kata jangan benci sesuatu nanti yg tu gak yg kita suka.kekeke

8) aku hanya akan kapel bila aku betul2 yakin aku suka seseorang itu. Aku tak suka kapel sebab nak rasa experience hidup berkapel.konon nak kumpul ilmu didada. aku lebih suka kalau tak kapel lama-lama. kawen je terus, syokkk.haha

9) aku sangat tak boleh tgk warga tua yang bekerja sebagai tukang sapu dibawah panas terik especially.aku juga tak boleh tengok org tua lapkan meja masa aku nak makan kat gerai or mana-manalah. aku cepat kesian kat orang. sedih wooo..

10) aku tak suka org panas baran dan lepas cakap tanpa memikirkan perasaan org lain. semua dia je yg betul. panas!

11) aku suka berkawan dengan ramai org. aku cepat mesra dengan org dengan syarat org tu reti bermesra dengan aku. maksud aku org tu tak annoying, n buat aku selesa. 

12) org nampak aku mula-mula mcm budak skema.peeps, don't judge a book by its cover bebeh. aku sangat gila dan tak betul. tak caya tanya org yg rapat dengan akju.

13) kalau aku tengah buat kerja lepas tu aku nyanyi dengab penuh perasaan dan tidak menghiraukan alam sekitar, itu bermaksud aku tengah tension dengan kerja itu. 

14) aku suka nyanyi sorang-sorang bila org takde depan aku.heheh. aku suka karaoke sebenarnya tapi takde org nak ajak aku. :(

15) aku sangat suka kucing. kdg2 bila aku jalan-jalan aku suka tegur kucing yg sedang bersiar-siar di jalanan. aku juga akan menjadi amat marah dan geram jika kucing itu tidak menghiraukan aku dan bersikap sombong tanpa membalas teguran aku. kwn2 yg selalu jalan dengan aku akan mcm " ok aku tak kenal minah ni." haha


16) Aku suka kanak-kanak sebab aku takde adik. so aku suka gila layan diorang. tapi bila sampai part tgk tv aku jadi gelabah sebab diorng akan bukak kartun yg aku rase mcm "ekeleh.budak2 gilerlah tgk cite ni!" aku terlepas tgk cerita kegemaran aku yg ala-ala dewasa sket.

17) aku suka gila teh ais! kalau kat rumah mak aku buat air teh tak buatkan utk aku sekali aku akan muncungkan bibir tanda sedih tahap 10. 

18) aku tak suka org cakap perkataan yg tidak sopan terutamanya B*Bi. aku rasa itu sangat tak patut.

19) aku sangat takut bunyi guruh dengan kilat. Aku akan nyorok dalam selimut kalau perlu.heheh

20) aku tak reti luahkan perasaan sayang aku kat org. even dengan family sendiri pun aku jarang luahkan depan2. padahal kalau jauh dengan diorang aku selalu nangis sorang2 sebab rindu.

21) masa kecik-kecik aku sangat nakal dan jahat. aku pernah baling batu kat lembu masa kat kg nenek aku dan akhirnya dikejar lembu itu dengan muka yg marah sekali. aku pernah gak curik anak ayam nenek aku pastu kena kejar dgn ibu ayam tu sbb curi anak dia. kaki aku kena patuk dgn dia. smpai sekarang aku tak ley lupa ibu ayam tu. ngeri!

22) aku lebih suka duduk rumah dari keluar melepak ke shopping mall. aku keluar bila aku rasa aku dh mcm katak bwh tempurung or bila aku rasa nak release tension. 

23) aku jenis yg memilih kalau mkn sayur. aku suka sayur bayam, kangkung dan kacang pajang je. yg lain ikut mood aku. Aku anti Sawi sebab dia pahit .aku jugak anti tomato sbb aku pernah muntah makan tomato. tapi aku suka keropok perisa tomato.haha

24) Ramai kata aku pelik sebab aku makan karipap dengan membuang tepi-tepinya yang ranggup itu. aku pun tak tahu kenapa tabiat aku pelik.

25) aku tak suka langsung tgk cerita hantu sbb imaginasi aku tnggi jadi aku akn membayangkan yg bukan2. huhu.dlu pernah aku tgk cerita hantu dan tak boleh tidur 3 hari berturut2. sebab tu kalau nak tgk cerita hantu jgn ajak aku. tapi yg peliknya dalam famili aku, aku yg paling berani. contohnya aku tak kisah basuh pinggan sorang-sorang kat luar rumah(aku ada 1 dapur basah kat luar rumah ) walaupun belakang rumah aku tu hutan la jugak. mak aku kalau nak masak dia akan suruh org tmn dia.( aku pun tk paham kenapa dia suka masak kt dapur luar tu. ) kalau takde org tmn kucing akulah jadi mangsa. nasib baiklah si boboy tu jenis yg suka mengadap mak aku masak.

26) aku tak suka cerita hantu tapi aku sangat suka cerita psiko or bunuh2. contoh mcm cerita I know what u did last summer, Glass House, case 39, Orphan..

27) aku seorang yg gila-gila, suka gelak, suka happy2 tapi sebenarnya jauh disudut hati (ecehhhh) aku seorang yg agak sensitip. kdg2 aku senang tacing walaupun org tu just bergurau je. tapi tak selalu aku tacing. bila aku tgh ehem2 tu selalu lah.hehehe.

28) aku seorang yg observant.. kdg2 aku boleh tahu personaliti seseorang tu melihat kepada cara dia je. haha.terer tak aku? takde lah hebat gitu. tapi aku boleh teka lah korang jenis org bagaimana.

29) aku pernah jatuh tergolek-golek dari atas bas ke jalan raya. haaaa.. dengar mcm seram gile kan. masa tu aku tadika. tapi aku pandai sorok kecederaan aku dari pengetahuan family sebab takut. bila aku dah darjah 5 barulah aku bagitau diorang. heheh

30) aku seorang yg suka dengar masalah kawan-kawan aku. aku suka meringankan beban kat kepala diorang walaupun aku tak membantu menyelesaikan masalah diorang. bagi aku being a good listener is important. menunjukkan yg korang care dengan dia walaupun korang takleh tolong dia.


Fuhh! penat dow jari aku menaip.. begitulah sedikit sebanyak tentang diri aku. aku tak tahu nak tulis apa actually so aku wat menda ni.haha.
oklah adios amigos!

Friday, March 4, 2011

Can u feel my HEARTBEAT? Mari join HEARTBEAT(sape nak earn duit banyak sila baca) :))

Assalamualikum.
ellow peeps!
pernah dengar pasal Heartbeat?
Eh eh bukan lagu heartbeat yg 2PM nyanyi tu.. ni Heartbeat yang jual personalized gifts mcm Mug, Pillow Cushion, photo card, Crystal, dan mcm2 lagi barang2 best! mmg santik2 okayyyy. sapa yang terasa mcm nak mengabadikan diri sndri dalam photocard ala-ala artis fofular tu pon bley wat kat sini. hasilnya amatlah menakjubkan bebeh! 
kalau nk tau lebih lanjut meh click gambar bwh ni.


tadi bukan aku ade kata pasal earn duit banyak ke?? hehehe
oklah.meh sini nak cite. actually  earnings dia   masyuk gak ah kalau join Heartbeat ni.
macam Nuffnang orang kata tak cepat naik earnings dia. tapi Heartbeat ni mmg cepat lah naik earnings dia.
Aku pun baru je join heartbeat ni lepas blogwalking kat blog Cik Epal yang famous amos tu. tenkiu cik epal 4 sharing! hehe..

so amacam berminatkah anda??? nak join tak.
oklah meh sini cheq tunjuk sket mcm mana nk join.

1) Mula-mula, korang kena click iklan kat bawah ni. hah tunggu pe lagi click la cepat! haha





2) ok pastu korang akan nampak kat tepi uh heartbeat.my. CLICK situ.













3)Then korang click dekat CREATE ACCOUNT










4) dah click?haaa.. pastu ape lagi. silah isi segala kejadah yang dia mintak lepas tu click CONTINUE

















5) ok lepas tu korang dah ready dengan account dia. tibalah masa untuk join HB Affiliate plak. Nampak tak ada tulis JOIN HB! AFFILIATE? Sila click kat situ









6) Selepas itu korang akn nmpk syarat-syarat utk join Affiliate, then korang click pulak dekat ONLINE APPLICATION

7) Isi semua maklumat yang dia mintak. untuk PAYMENT INFORMATION, korang bley pilih nak dia bayar guna cheque or nak terus masuk dalam account korang. ikut koranglah mana senang. dah selesai isi click CONTINUE

8) Kalau dah settle dengan semua kat atas ni, maka selesailah segala urusan pendaftaran korang. Now adalah masa untuk promote Heartbeat ni kat orang. yelah.apa guna join kalau tak letak banner kat website korang kan. click GET A CODE



















9)pastekan code yang sesuai dekat blog korang.

10) YEY! dah siap. sekarang korang boleh bersedia untuk menerima duit.heheh. dont worry Heartbeat ni bukan saingan kepada Nuffnang mcm Adverlets. So korang bley senang hati letak iklan Nuffnang skali kt blog. Untuk check earnings korang CLICK  My HB! Affiliate mcm kat bawah ni. :))







Ok aku harap aku dapatlah tolong sket2 utk sape2 yg berminat nk join walaupun tak seberapa.
So apa tunggu lagi? marilah joinnnnnn~ Bak kata Cik Epal, join heartbeat ni dalam seminggu je boleh dapat earnings dah sebab earnings dia cepat naik. ;))




Tata semua!!!! :D

di rumah sudahhhhh

Assalamualaikum..

Setelah berjaya mencipta rekod 3 minggu xbalik rumah, akhirnya rekod tersebut terpaksa aku pecahkan.
disebabkan kerinduan yang membuak2 kepada keluarga, rumah dan boboy si kucing hensem, aku gagahkan jua diri ini melangkah ke dalam perut KTM untuk pulang ke soghomban. (agak2 kalau aku masuk pertandingan tulis esei bley mng x?ngeh3)
disebabkan aku sendiri terasa annoyed dengan bahasa putis diri sendiri yg xberapa nak sodap tu lebih baik aku tamatkannya disini. HAHA..

Ari ni hari jumaat paling seronok dalam 3 minggu ni.
Selalunya kalau kat kolej, aku akn tidur sepanjang petang dalam bilik smpailah aku rasa lapar baru aku bangun.
tapi kali ini aku kt rumah dah beb! 
so aku tak lagi berhibernasi. best dow balik. baru aku tahu nikmat dah lama tak balik rumah.haha
mesti ada org ckp " ek elehh minah ni. mcm xpernah balik setahun. baru 3 minggu dah kecoh!"
haaa..kalau kau tgh baca blog aku n ckp mcm ni kat aku aku nk ckp something yg sweettt sgt.
 NYAH KAU DARI SINI!
sampailah hati kau.sob3! ok maaf teremo.
memang ah aku baru xbalik 3 minggu jer tapi sebab dulu aku sgt selalu balik. 
definisi selalu tu bagi aku ialah  setiap minggu kau tak kan nampaklah muka aku kat kolej ungku aziz UM tu.
haaaa..walaupun kau seru nama aku guna bomoh sekalipun aku tak akan muncul dkt kolej tu dlm 2 saat sekali pon. 
agak2 ah weyy.. Seremban -KL bkn mcm jarak toilet-bilik korang. ape ingat aku  ade pintu doraemon ke.
pastuh kau akn terkejut tiba-tiba minggu tu aku tak balik sehinggalah ada yg rasa dia berhalusinasi sbb nampak aku tengah jemur kain dekat luar pada hari sabtu..
haaaa paham tak sekarang mcm mana peliknya aku kalau tak balik rumah weekends?
that's whylah bila aku tak balik walaupun baru tiga minggu aku dah rasa macam kena hantar dekat afrika 10 bulan.

Alhamdulillahlah aku sempat sampai rumah wey..
KTM hari ni sungguh baik.
dan aku rasa sayang gila kat dia sebab aku siap boleh baring lagi dlm tu kalau nak.
punyalah lenggang orang sebab aku balik pagi2 lagi. pukul 8 dah bertolak.
Sampai2 je rumah kucing aku yg hensem Boboy menyambut aku dengan penuh girang. eyceyhhh..
"wah rindunya dgn kakak cantik ni" kata Boboy.. mcm mana aku tak sayang wey? :p

plan aku apa kat rumah?
aku kalau balik aku lebih suka menghabiskan masa kat rumah.
tapi esok kena gak keluar sebab aku tak beli lagi baju dinner kolej.
adeyhh.. tak tau lah nk pakai apa.. tgklah jap g aku try call Rizalman ke, Michael Ong ke kot-kot sudi nak sponsor aku. muahahaha~
ok la geng! aku nak belajar. sementara mood masih tingi untuk belajar marilah kita belajar life cycle cacing bersama-sama.
pesanan khas dari aku: hati-hati dengan cacing dekat bilik air korang dan kalau ada nyamuk nk gigit korang tengok dulu sama ada dia pregnant ke idak.. hahahha..semua gara-gara belajar parasitology. aisehhh.




footnote: aku belajar pasal Malaria n nyamuk pregnant ni berupaya sebarkan virus! .tak semua. yang ada kuman malaria parasite je.so tak payahlah terlalu prejudis keatas nyamuk mengandung ye kawan2. kekekeke



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...