Assalamualaikum..
pernah tak kadang2 korang rasa macam dah kenal kwn korang betul2 tapi sebenarnya korang taklah kenal mana pun?
rasa mcm dah masak gilalah dengan perangai dia sampai feveret deodorant dia pon korang tau.
aku tiba-tiba rasa mcm nak wat fakta pasal diri sendiri.
nak sharelah sikit2 pasal diri aku yang tak seberapa nak tinggi ni kan. ehem..
kalau rasa nak kenal aku dengan lebih mendalam rajin-rajinkanlah mata itu untuk membaca ya. ;)
1) Aku ada 2 org adik beradik je.Ramai yang tak tau nama aku sangat pendek berbanding nama kakak aku.(patutlah aku pendekk) Nama aku Nur Syaqila manakala kakak aku pulak bernama Intan Noor Zuhaila. Aku pernah tanya mak aku " Mama,apsl nama adik pendek je?mana aci! sob3" pastu dia jawab " Paksu yang letak sebab dia suka lagu Misteri Mimpi Syakilla" aku pun "ooooo" haish.nasib baik masa tahun 1991 tu xkluar lagi lagu Sofia Jane yg si Black nyanyi tu.. kalau x lek lek nama aku mcm minah salleh skrg ni. geli siot! muka melayu kulit golap tiba-tiba Sofia what?? muntah.haha
2) Dulu masa kecik-kecik aku suka lap hingus dengan tudung skolah agama aku. aku pun tak paham kenapa aku selalu selesema. aku selalu lupa bawak tisu pegi skolah. so balik2 skolah agama je aku tengok tudung aku dah penuh dengan cecair kaler kuning dgn hijau. ewwwww.. tak sangka aku begitu dulu. sungguh annoying sekali. patutlah makngah selalu membebel kat aku. takpelah. zmn kanak2 rebena.
3) aku suka makan tomyam ayam dengan daging masak merah kalau makan dekat kedai. tapi kalau aku mkn sendiri2 tanpa famili aku suka order nasi goreng je sebab tomyam plus daging masak merah dah berapa dah harga dia oi! pokai cheq naaa.. tp aku tak suka makan dekat mamak sebab kat mamak semua ni tak sedap. tomyam dia rasa mcm kari. choy!
4) aku lebih suka makan dekat gerai-gerai berbanding restoran-restoran mcm kenny rogers ke, resepi rahsia ke... aku lebih prefer yg gerai-gerai yg masak makanan thai. asalkan tempat bersih aku no hal!
5) aku sangat benci dan berdendam dengan lipas. aku tak tahu apa salah dia kat aku. tapi aku memang tak bokeh tgk lipas. lipas ialah haiwan yg paling aku tak boleh jumpa. kalau aku jumpa lipas, korang akan lihat kemachoan dan keayuan aku hilang serta merta. aku pernah nangis sebab lipas terbang dekat aku. pergh ngeri dow! dan skrg baru aku tahu lipas boleh hidu hormon yang kita lepaskan apabila takut membuatkan dia lebih tertarik. sejak itu aku cuba bertenang dan melemparkan senyuman kepada lipas kalau terserempak kat mana-mana. padahal heart rate lari mcm kuda !
6) Aku jugak layan cite melayu. hah ni selalu org salah paham. selalu org ingt aku tengok cite korea je memanjang. hello! aku suka gak tgk cite melayu ok. aku suka tengok cite Asmara yang Shahz jaszle blakon tu.hahaha.. aku pun tak tahu ape specialnya cite ni tapi aku memang suka. tp aku selalu frust dengan ending cite melayu. selalu buat ending yg tak menepati cita rasa aku. contohnya kasi heroin mati.tak pon hero tu kawin dgn org lain.haishh.. menci2!
7) maybe ramai yang tahu aku sangat suka Super Junior. tapi ramai tak tahu dulu aku anti giler dan tak suka mereka. hahaha.. terkejut tak? aku selalu rasa yang kumpulan ni macam ramai sangat dan buat menyemak stage je. kutuk habis habisan.tapi sekarang???? sanggup aku kumpul duit nak pegi konsert diorang.hohoh.. betul org kata jangan benci sesuatu nanti yg tu gak yg kita suka.kekeke
8) aku hanya akan kapel bila aku betul2 yakin aku suka seseorang itu. Aku tak suka kapel sebab nak rasa experience hidup berkapel.konon nak kumpul ilmu didada. aku lebih suka kalau tak kapel lama-lama. kawen je terus, syokkk.haha
9) aku sangat tak boleh tgk warga tua yang bekerja sebagai tukang sapu dibawah panas terik especially.aku juga tak boleh tengok org tua lapkan meja masa aku nak makan kat gerai or mana-manalah. aku cepat kesian kat orang. sedih wooo..
10) aku tak suka org panas baran dan lepas cakap tanpa memikirkan perasaan org lain. semua dia je yg betul. panas!
11) aku suka berkawan dengan ramai org. aku cepat mesra dengan org dengan syarat org tu reti bermesra dengan aku. maksud aku org tu tak annoying, n buat aku selesa.
12) org nampak aku mula-mula mcm budak skema.peeps, don't judge a book by its cover bebeh. aku sangat gila dan tak betul. tak caya tanya org yg rapat dengan akju.
13) kalau aku tengah buat kerja lepas tu aku nyanyi dengab penuh perasaan dan tidak menghiraukan alam sekitar, itu bermaksud aku tengah tension dengan kerja itu.
14) aku suka nyanyi sorang-sorang bila org takde depan aku.heheh. aku suka karaoke sebenarnya tapi takde org nak ajak aku. :(
15) aku sangat suka kucing. kdg2 bila aku jalan-jalan aku suka tegur kucing yg sedang bersiar-siar di jalanan. aku juga akan menjadi amat marah dan geram jika kucing itu tidak menghiraukan aku dan bersikap sombong tanpa membalas teguran aku. kwn2 yg selalu jalan dengan aku akan mcm " ok aku tak kenal minah ni." haha
16) Aku suka kanak-kanak sebab aku takde adik. so aku suka gila layan diorang. tapi bila sampai part tgk tv aku jadi gelabah sebab diorng akan bukak kartun yg aku rase mcm "ekeleh.budak2 gilerlah tgk cite ni!" aku terlepas tgk cerita kegemaran aku yg ala-ala dewasa sket.
17) aku suka gila teh ais! kalau kat rumah mak aku buat air teh tak buatkan utk aku sekali aku akan muncungkan bibir tanda sedih tahap 10.
18) aku tak suka org cakap perkataan yg tidak sopan terutamanya B*Bi. aku rasa itu sangat tak patut.
19) aku sangat takut bunyi guruh dengan kilat. Aku akan nyorok dalam selimut kalau perlu.heheh
20) aku tak reti luahkan perasaan sayang aku kat org. even dengan family sendiri pun aku jarang luahkan depan2. padahal kalau jauh dengan diorang aku selalu nangis sorang2 sebab rindu.
21) masa kecik-kecik aku sangat nakal dan jahat. aku pernah baling batu kat lembu masa kat kg nenek aku dan akhirnya dikejar lembu itu dengan muka yg marah sekali. aku pernah gak curik anak ayam nenek aku pastu kena kejar dgn ibu ayam tu sbb curi anak dia. kaki aku kena patuk dgn dia. smpai sekarang aku tak ley lupa ibu ayam tu. ngeri!
22) aku lebih suka duduk rumah dari keluar melepak ke shopping mall. aku keluar bila aku rasa aku dh mcm katak bwh tempurung or bila aku rasa nak release tension.
23) aku jenis yg memilih kalau mkn sayur. aku suka sayur bayam, kangkung dan kacang pajang je. yg lain ikut mood aku. Aku anti Sawi sebab dia pahit .aku jugak anti tomato sbb aku pernah muntah makan tomato. tapi aku suka keropok perisa tomato.haha
24) Ramai kata aku pelik sebab aku makan karipap dengan membuang tepi-tepinya yang ranggup itu. aku pun tak tahu kenapa tabiat aku pelik.
25) aku tak suka langsung tgk cerita hantu sbb imaginasi aku tnggi jadi aku akn membayangkan yg bukan2. huhu.dlu pernah aku tgk cerita hantu dan tak boleh tidur 3 hari berturut2. sebab tu kalau nak tgk cerita hantu jgn ajak aku. tapi yg peliknya dalam famili aku, aku yg paling berani. contohnya aku tak kisah basuh pinggan sorang-sorang kat luar rumah(aku ada 1 dapur basah kat luar rumah ) walaupun belakang rumah aku tu hutan la jugak. mak aku kalau nak masak dia akan suruh org tmn dia.( aku pun tk paham kenapa dia suka masak kt dapur luar tu. ) kalau takde org tmn kucing akulah jadi mangsa. nasib baiklah si boboy tu jenis yg suka mengadap mak aku masak.
26) aku tak suka cerita hantu tapi aku sangat suka cerita psiko or bunuh2. contoh mcm cerita I know what u did last summer, Glass House, case 39, Orphan..
27) aku seorang yg gila-gila, suka gelak, suka happy2 tapi sebenarnya jauh disudut hati (ecehhhh) aku seorang yg agak sensitip. kdg2 aku senang tacing walaupun org tu just bergurau je. tapi tak selalu aku tacing. bila aku tgh ehem2 tu selalu lah.hehehe.
28) aku seorang yg observant.. kdg2 aku boleh tahu personaliti seseorang tu melihat kepada cara dia je. haha.terer tak aku? takde lah hebat gitu. tapi aku boleh teka lah korang jenis org bagaimana.
29) aku pernah jatuh tergolek-golek dari atas bas ke jalan raya. haaaa.. dengar mcm seram gile kan. masa tu aku tadika. tapi aku pandai sorok kecederaan aku dari pengetahuan family sebab takut. bila aku dah darjah 5 barulah aku bagitau diorang. heheh
30) aku seorang yg suka dengar masalah kawan-kawan aku. aku suka meringankan beban kat kepala diorang walaupun aku tak membantu menyelesaikan masalah diorang. bagi aku being a good listener is important. menunjukkan yg korang care dengan dia walaupun korang takleh tolong dia.
Fuhh! penat dow jari aku menaip.. begitulah sedikit sebanyak tentang diri aku. aku tak tahu nak tulis apa actually so aku wat menda ni.haha.
oklah adios amigos!
4 comments:
syaq.jom karok..aku ajak ko nie..
Jom yaya!! belanja ah aku.haha
wow
no 15 setuju :p
eh? kucing? ahahah
la. baru aku taw kau ske karok syaq. pasni kite karok ok.! n karipap uh kau bg aku mkn tepi2 tu ek.hoho
Post a Comment