CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, September 7, 2010

pabila ia muncul di bulan ramadhan

Tangan berlari-lari di dpn laptop
sibuk berbalas komen di FB.
sambil ditemani lagu trap oleh no min woo

tiba-tiba pandangan tertala ke dinding.
btol2 atas poster suju.
 'makkkkkkkkkkkkkkkk!!!'
maka, berkumandanglah jeritan batinku

LIPAS dowhhh~ ape aku nk buat.ape aku nak buat.
tidak! setelah beberapa lame x nmpk muke kau tetibe nk muncul dpn aku apehal? atas poster suju lak tu.


aku cuba belagak cool.padahal  dlm hati dh dup dap dup dap.

ishh xleh jadi ni. xtido aku mlm ni kang.
aku pon keluar bilik.
nampak mama sengih2 depan tv.
nak pangil ke x nak? ahh..pangil la!

'mama... tlg halau lipas dlm bilik'
'huh?ade lipas plak dah? ni mesti bilik sepah ni'

ah sudah..aku plak yg kena.mana ada.aku kemas bilik hari2 tau! paling2 pon baju sangkut kt rail 2 hari.heheh

tiba-tiba si ayah menyampuk
'lipas mane kira sepah x sepah.ikut suke dia jek nak dtg. dia tu nomad'

oh yeahhh..ade orang backing! 
' dah.gi ambik penyapu kat dapur tu' si mama bagi arahan.

aku berlari ke dapur.Peyapu dicapai.

'nah'
si mama pon memulakan operasi menyelamat.
dia meluru ke arah bilik aku yang cantik.*tak boleh bla

 PAP!! PAP!!
'ma, bwk dia kluar ma.bwk die kluar! jgn kasi die lari. kerjakan dia ma. ha macam tu  ma.'
 dari luar aku melompat-lompat persis menonton wrestling. memberi arahan secukupnya. mmg dendam habis la kiranya.

mama bawak keluar.dan sejurus itu, lipas tu mula menunjukkan kehandalan dia.
'mama!!!! dia tebang2..aaaaaaaaaaaaaaaaaa~ '
aku lompat naik kerusi. aku tutup telinga.*aku pon xpaham kenapa tutup telinga*
muka dah panas. mata makin berat. entah macam mana boleh terkeluar air mata.
memang tak boleh sungguh la lipas-lipas terbang ni. kalau x terbang x boleh ke?
cuba buat aksi yang sopan sikit. jalan perlahan-lahan ke. merangkak ke.
ni nak terbang-terbang pulak.hailoh2.

melihatkan keadaan aku yang seakan2 trauma kelas 1, mama suruh masuk bilik.
'dah2.xpayah jerit2.pegi masuk bilik...cot cet cot cet pot pet pot pet. Entah apa lagi si mama bebelkan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. ayat pertama je aku dengar.
aku pun berlari masuk bilik.
dalam bilik aku terus masuk bilik air.
cuci muka.stabilkan diri.hohoh.hebat penangan si L ni.

teringat masa kecik2 dulu. duduk rumah lama.
almaklumlah rumah lama memang banyak si L ni membiak.
terutama kat toilet.
kalau pergi toilet lepas pukul 12mlm tu, silalah berjaga2.
sebab waktu tu mmg geng2 L ni bermaharaja lela.
selalunya lepas pukul 12 kalau terasa nak kencing, memang aku tahan sampai pagi.
semata-mata sebab xnak jumpa si L tu.
tapi satu hari ni aku memang tak tahan gila. Aku kalih kiri kalih kanan tak boleh jugak tido.
aku pon bangun dari tiduran. cuba mengumpul semangat yang ada.
dengan segala kekuatan, aku bukak pintu toilet.
 tengok toilet bowl.-selamat
belakang pintu-selamat
tepi baldi-selamat

aku pun mula mengosongkan urinary bladder aku.
dan masa tulah si L tu muncul dari toilet bowl terus merayap keluar dari toilet bowl.
'aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!'
hohoh.tiba-tiba aku dah ada kat atas kolah. tempat paling tinggi dalam toilet rumah tu.
perghh..siot punya lipas. memang nak dekat sejam aku dok berdiri atas kolah tu je.alasan sebab si L tu x paham2 bahasa nak pergi lari. Nasib baiklah last kali dia paham jugak gelora jiwa aku yang penakut kat L.
Si L merayap jauh sikit.aku turun dari kolah..
basuh ehem2 pastu terus cabut keluar.

adoyai..nightmare sungguh la lipas ni. dalam banyak2 haiwan, dialah musuh paling ketat aku. hatta si tikus pon aku tak takut. ada orang penah cakap,
'kau ni! benda kecik yang lemah tu kau nak takut? lainla ular ke, katak ke'

laaa..mana la aku nak tau kenapa aku xboleh bestfriend dengan lipas? dah memang dia sangat annoying.
minta maaflah wahai lipas. Anda langsung tidak mengimpresskan saya walaupun anda boleh terbang, saya tak boleh.


nak cari husband yang tak takut lipas dan sanggup lindungi aku dari lipas.hahaha.
dan paling penting dia tak membebel masa tengah bunuh lipas macam si mama.. ngeheheh


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...