CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 30, 2010

today was a fairytale

Semalam aku mengalami mimpi yg pelik giler.
bukan mimpi kene kejar hantu
or  mimpi ade org nk bunuh aku
Tapi mimpi tu mmg la agak luar universe..
Aku pon  xtau la mimpi ni brape lame.
Tapi kalau ikut apa yg jadik dlm mimpi tu boleh dikatakan aku tidur seminggu kot.

PESANAN PENAJA: mimpi ni bkn rekaan semata-mata dan tidak diceritakan untuk tujuan komersial.=p


Aku sebenarnya xdela ingat sangat perjalanan mimpi ni.
bak kata dayah mimpi ni kan berterabur sane sini.
hmm betul la tu..


so ceritanya begini..
Aku pegi satu lawatan ni.. Aku pun xtau lawatan ni kat mane..
Yang aku ingat ada beberapa orang yg aku kenal dlm mimpi tu.
dan salah seorangnya ialah cik amyny aisha.
 dan  benda yang paling menjadikan mimpi ni x logik ialah sepanjang perjalanan tu kami semua naik train.
Tapi train tu atas jalan raya. ha..boleh bayang tak mcm mane train jalan atas jalan raya.
Saya ulang ye..ini hanyalah mimpi.jadi jgn peningkan kepala anda membayangkn yang bukan2.
ok sambung..


nak dijadikan cerita dalam mimpi, tiba2 datang la seorang mamat ni.
serius x penah kenal pun sape mamat ni baik dalam mimpi ataupun di luar mimpi.
tiba2 jek duduk sebelah aku.
aku pulak xcakap pape. 
oh lupa lak nak describe mamat tu.
stakat yg aku ingat, mamat tu boleh la dikatakan comel. 
dalam mimpi mcm smart jek..
Tapi mmg xpenah lagi la jumpa die ni kat luar.


Dan tiba mimpi tu jadi x tentu arah.
alih2 kami semua ada kat taman rama2.
hohoh~
bajet romantik la dgn banyak rama2 berterbangan.hinggap2 kat kepala. lol~
bagus gak mimpi ni.
Dan aku dgn mamat tadi tu mula berbalas senyum.(cheesy giler).Ntah mcm mane ntah boleh pulak main tepis2 rama yg hinggap kat kepala masing2..( ni crite hindustan ke ape?)
 Nak dipendekkan cerita, dalam lawatan yg memakan masa beberapa hari tu aku dgn mamat tu sort of boleh dikatakan rapat gila. sampaikan kwn2 yg pergi lawatan tu byk yg mengosipkan kami. chewahh~
aku nak cerita pon xreti sbb mimpi tu mcm kabur2 n samar2.
so cerita takat yg boleh di describe la eh..


ok part sebelum aku terjaga dari tidur paling aku ingat.
Time ni kami semua dalam train yg jalan atas jln raya tu.
Kira dah nak balik rumahla.
Yang paling bestnye trip ni. Pak cik yg bawak train tu hantar kami kat rumah masing2. mcm bas skolah punyer konsep la kirenye..
mamat tu tak duduk sblh aku time ni.aku duduk dgn perempuan yg aku xingat sape.
Disebabkan rumah mamat tu sebelum rumah aku, so kirenye mamat tu turun dari bas dulu la.
Once sampai kat rumah dia, bas pun stop.
dia lalu melintasi aku sbb dia duduk belakang.
tapi yg sedihnya dia xpandang aku pun. di saat aku dh mule ade feeling cintan cintun kat die die dh ignore aku.
dia lalu jek.. 
aku pulak time tu muka selamba tp dalam hati mcm "sampai hati xtgk aku".(sumpah mimpi ni cheesy giler)


tiba-tiba sebelun dia sampai kat pintu bas dia stop.
dia pusing then jalan kat aku..dia hulur satu pamplet.pamplet time g lawatan kt tmn rama2 tu.
aku macam ape hal die ni.aku pon ade pamplet tu.
 dia senyum then turun dari bas.


lepas dia turun je dari bas aku bukak pamplet tu.
muke terkejut sebab dalam pamplet tu dia tulis...


 WILL YOU MARRY ME? ;) 012*******-I'm waiting


ok.yg tu mmg part paling lawak ah..
boleh plak mimpi kene propose? what the fish?
n num phone tu mmg aku x ingt la..kalo aku ingt aku dh try call td.hahaha
tapi yg xbestnye right after bace tulisan tu aku terus terjage.
excited sgt smpai terjage pukul 6.30 pagi..xpenah dibuat aku bangun awal cmtu.
selalunye solat subuh pkul 6.45 cmtu la atleast. 
kirenya x sempatla ke babak seterusnye.hehs


Bile aku cite ky dayah mimpi aku dia just ckp 
' tu petunjuk tu syaq.. hahahha'


hmmmm~ lawak giler kot.dh la xpenah kenal sape mamat tu pun.
ok.kalau jumpe dia tgh jalan pas ni ape patut aku wat?
ckp 'awak..awak yg propose saya pakai pamplet tu an? '
LOSER gileeee...

END~
  












 notakaki: ok aku xmau yg ade jambang tu..so I'll say yes to the white prince! He looks fine from the back..=p

Sunday, June 27, 2010

It has been a while

I miss her..
SANGAT!!
Since Majlis Anugerah Cemerlang SSP  a year n few months ago, I never saw her.
Not once!
bukan xnak jumpa tapi mmg xboleh jumpa.
She's a maahad student now.
She cannot bring her handphone along.
So thats how we lost contact.


Knowing Iman Syafiqah made me realized something.
Yes..We shouldn't judge someone without knowing her/him personally.
Before we got closer to each other, I saw her as a pious n a great muslimah with her tudung labuh.
I never know that a 'tudung labuh' girl can layan korean stuff etc.
U gonna be suprised if I told ya that she was the one who introduced me to kpop(korean music).
She introduced DBSK, a popular boy band from Korea by making me watched their music video.
That was in form 4.
I'm not a 'tudung labuh' girl like her. Who says that tudung labuh girl and an ordinary girl cannot get along well?
We did!

In form 5, we became deskmates.
She was a  playful but serious.
From her, learned to be a better muslimah.
We had a great time together.
We laughed  cheerfully for no reason.
Even there were nothing to be laughed off..

After SPM, we never meet each other again.
About a few months we just texting each other just to keep in touch.
One day she texted me.

her:  sharky(she was the only person calling me this) aku nak masuk maahad. Aku tgh tnggu result

me:  seriously?? bile weyhh?

her:  InsyaAllah after raya.

me:  Ohhh..okay..

her:  aku xley bwk handphone....


aku xley bwk handphone...

the words really made me upset.
I know that we would be a part but I never imagine that we couldn't contact each other.
It was such a disappointment.
Since I was in um, we lost contact....
ipta n maahad 4 sure have a different jadual cuti kan?

Few weeks ago,
suddenly an unknown number texted me.
Her..
She said that she had moved to hulu langat.
and I'm glad to know that she is  wearing purdah know.



"Hidup ni bukan lame..ape yg kite blajar,sume akn tnggl.
masuk kubur t jwbla sndri ngn malaikat.
byk lg yg aku kne tahu.
Alhamdullilah Allah letak aku kat cni"

all the best to Iman Syafiqah.
May Allah bless you.
 







.


.

Friday, June 18, 2010

It's never to late to fall in love..=)

Alamak.
How come??
ok.ok..Aku mengaku yg aku bkn peminat fanatik En Lee Dong Hae.
Aku mmg suka semua mamat-mamat Super Junior sbb mereka ada character tersendri.
Cuma aku berat sebelah sikitla kat En Kyuhyun the hottest baby.hehs~
Tapi tanggapan aku kat En Lee Dong Hae dah berubah.
Semua gara.gara video dibawah.




Mungkin bagi anda-anda biasa sahaja.
Tapi percayalah,aku xpenah tgk En Dong Hae begini...
Mungkin sebelum ni dia underrated kot.
tak penah terfikir lagu Nobody-Wonder Girls boleh digabungkan dgn Bonamana-Super Junior.
Cik-cik dari wonder girls pun kelihatan terpesona dgn dia.
Well,its never to late to fall in love bukan?
wahahahaha~



En Lee Dong Hae, anda berjaya naik taraf seperti En Kyuhyun dalam hati saya.




PS:: Don't worry Kyuhyun.Anda masih di tangga pertama.=) (Cannot give u up!)

Thursday, June 17, 2010

Pegi cari tempat tinggal baru laaa!

 Kejadian ini berlaku semasa orang lain sedang enak tidur.




cot cot cot cot cot...*sound effect*

cot cot cot cot cot..*sound effect lagi*

Aku kalih ke kiri.
kanan..
kiri balik..
aku tarik selimut
bantal ditepuk-tepuk

Selepas 5 minit,sedang mata baru nak tutup,sedang kiraan kambing biri-biri baru sampai 20...

cot cot cot cot cot*sori post ni byk sound effect*

aku dah xtahan..
"Woi! Senyaplaaah!  bunyi kau bising tau tak!"mataku meliar ke setiap dinding dan siling mencari makhluk xreti bahasa tu. Nampaknya lepas ni aku kena belajar bahasa cicak kot.Baru dia paham.

Species inilah yang merimaskan aku setiap hari.
Ada je port dia nak membiak..Walhal ayah aku dah penat berkolobrasi dengan si kucing Boboy untuk memburu species keding yang bernama cicak ni.
Penat dia keliling satu rumah dengan getah besar kaler hijau untuk tamatkan riwayat cicak-cicak x guna tu.
Bila jatuh je cicak tu kat lantai, Boboy pulak jalankan tugas. Dia akan lambung-lambung cicak tu sampai cicak tu rasa macam  naik roller coaster 100 kali. Lepas tu dia akan tinggalkan je cicak tu bak habis madu sepah dibuang kat dalam longkang.Atau yang lebih kejam,dia akan makan je cicak tu.Itu yang terjadi jika operasi memburu cicak dilakukan sebelum makan.

Yang aku xpaham sampai sekarang apsal la rumah ni banyak cicak.
Teringat waktu mula-mula pindah setahun setahun lepas.
Masuk je bilik, bersusun taik cicak tepi dinding.
kadang2 kalau ada cicak yang advance sikit ,katil akulah yg jadi mangsa.
Mmg time tu dah kena sumpah %^$&*@#$ dgn aku.
Mau taknya.kena bukak cadar pegi basuh.
Tu ok lagi.Kalau dia berak kat comforter,separuh nyawa aku nak tanggalkan cover dia.

Nasib baiklah sekarang ni dah kurang sikit cicak-cicak tu.
Itu pun masih ada lagi yang pandai escape dari diburu.
Yang paling aku tak paham, masa aku tengah mandi pun dia nak sibuk.
Gatal sungguh nak intai aku mandi.
Mula la bunyi cot cot cot cot tu datang. Kalau aku geram aku sembur air banyak2 kat dia,pastu flush dia masuk jamban. Cool~ Rase cam pembunuh profesional.

Ada satu hari, aku tengah riang ria lipat baju. Tiba-tiba je si keding itu keluar dari poket baju ayah aku.
Nasiblah aku bukan species takut cicak. Teringat kawan aku kat sekolah dulu.
kalau nampak cicak, dia akan lari keliling kelas tak kisah la berapa kali asalkan si keding tu hilang dari pandangan. Aku paham keadaan dia sebab aku juga lakukan benda yang sama terhadap LIPAS. satu-satunya species yang menghantui aku.Ok berbalik kepada cicak keluar dari poket tadi.
mungkin cicak tu berdendam dengan ayah sebab dia kena cari tempat tinggal lain. Sebab tu la dia pilih baju ayah aku. hoho~ teori hyperbola.
Aku dgn muka speechless kibas baju ayah.
Cicak yang mungkin terkejut dgn tindakan aku terus merayap ke lantai.
Aku bukak laci tempat ayah simpan getah.
Memang ayah bagitahu semua orang tempat dia simpan getah tu supaya semua orang alert dgn cicak-cicak yang duduk rumah aku senang lenang tapi tak bayar sewa.
Oh.Aku kejut sekali boboy yang tengah enak tidur belakang sofa. Terpisat-pisat dia bangun.
Aku cari cicak tadi.nampak dia belakang pintu.
Getah hijau tadi dah kena badan cicak tu.
ekor dia putus. eleyh..trick lama..aku dah blaja la pasal ko kat sekolah. *kasi Credit  kat cikgu sains.*
dan akhirnya cicak itu ditamatkan riwayatnya oleh si kucing........

Dek kerana penangan cicak-cicak yang berpesta semalam, pukul 4 pagi baru aku boleh tidur.
Mungkin bukan salah si cicak sepenuhnya.
hakikatnya aku tidur siang lama semalam..

THE END

BFF

 Kenapa pulak ada gambar tv kat atas ni?Aku nak cerita psl hubungan baik aku dengan En TV panasonic(brand kegemaran sang ayah).Kami mmg BFF.

1996
 mase ni baru nk kenal dunia televisyen..Ape la sangat cerita yang budak 5thn tau.
Aku setakat tgk cerite Sailormoon,Dragon Ball*tringat dragon fruit dlm fridge..perghh*,Digimon, Ninja Boy.
Secara ringkasnya kartun yg budak2 slalu tgkla..Tapi dlm byk2 cite kartun,aku mmg jatuh cinta dgn Sailor Moon. Time tu tayang kt ntv7.Aku sanggup tido awl mlm ahad sbb pagi tu ade sailormoon.
Sebab utama aku suke cite ni ialah ade Mamoru-si hero yg hensem lg macho. Kdg2 berangan gak la nk jadi sailormoon sbb dpt kawen ngn Mamoru..hehs~ budak2 dh tau cintan cintun.

1998
Mase ni selera aku dh berubah sikit terhadap dunia cartoon..Aku rase tgk kartun ni utk budak2 pra sekolah jek walhal aku baru masuk skolah rendah kot time tu.Kartun yang aku follow satu-satunye ialah cardcaptor sakura..Ni pon sbb ade lee shouran-hero kartun yg paling hensem pnh aku jumpe. Aku dah mula kenal dunia drama-drama Melayu..Ade 1 drama tu yg tajuknya aku xingat dah..Tp aku ingat lg hero die Rashdan Baba dan heroinnya ialah Wan Nor Azlin. Cite ni mmg buat aku ketagih dan membuatkan aku berangan nak kawen..tinggi cita-cita. Dalam cita ni En Rashdan belakon jadi suami yg suka guna ayat2 bunga taik ayam.Mmg sastera habislah..Oh yaa..Sbb cerita ni jugalah aku dapat idea nk tulis karangan BM guna ayat bunga taik ayam seperti  En Rashdan.*satu pencapaian yg besar la bagi budak 7 tahun..ngeh3

1999
Kuch Kuch Hota Hai.. Sape yg sker cite ni sila angkat tgn.Ok cukup..turun tgn. Kalau sape xtau pasal cite ni mmg die dulu bkn penghuni bumi..Mungkin dia dulu makhluk asing yang sesat kat bumi masa melancong ke bumi. Cerita ni gila.hot.top.pop.da boom. pada zaman tu..Sape yang x penah tgk cite ni mmg sahla makhluk asing seperti yg disebut.aku kenal pak cik Shah Rock khan pon melalui cite ni..dan ini cerita hindustan pertama aku selame lebey kurang 8thn hidup.Ingat lagi time ni aku balik kg ayah kat Perlis. Kami bile balik Perlis mmg xsah kalu x singgah rumah sanak saudara xkira la raya ke x raya. Sbb kami mmg jarang/xpenah balik pon dalam setahun. Mlm tu,kami pergi rumah sorang sedare ni..Aku lupa apa hubungan dia dgn ayah aku.*kan aku dah kate jarang balik*Nasibla word Sedara ni luas..so bley gune nk decsribe sepupu.dua pupu.3pupu.etc...
Aku pakai gown merah*tu gaun favourite sbb gown tu seksi.hehs*maaflah..zaman kecil2 aku mmg seksi..belum dapat hidayah masa tu. Ok berbalik kepada si sedara. Sang Ayah dan Sang ibu bersama si sedara dan isteri mula borak2,gosip2 dgn bahase yg mmg aku  xpaham ketika itu..almaklumlah,ayah aku xpenah ajar bahase utara dulu.*mak aku xreti jugak* .Sambil itu aku dan anak perempuan si sedara dah mula menjalinkan persahabatan.Mula2 aku xtau nk kawan dgn si anak atau pon x.Kot2 kluar terma2 bahasa Perlis yg aku x phm mau aku jatuh rahang.Tapi bila dia mula bersuara,aku sedar tiada sebab untuk aku jatuh rahang. Dia guna  bahasa normal.
" awak dh tgk cerita ni? cerita ni best"Dia hulur bekas vcd gambar Pn Kajol,Cik Rani dan En SRK.

Mungkin dia bosan dengar celoteh ayah2 dan ibu2 kami sampai promote cerita hindustan yg aku dulu ingat  cerita tamil sbb aku x tahu beza hindustan dan tamil.Ingat same jek.dah nama pon duduk India.
"cerita ape ni? keling ke?" *nada innocent*
"eh xla.. ini cerita hindustan.Bahasa dia sedap x mcm yg______." mmg budak kecik main kutuk jek.maaf..
"nk tgk boleh? hehehe.."
mmg dah bosan sangat mengadap org2 tua tu berceloteh. lalu si anak sang sedara pon mula memasang cerita itu di PC. time ni org suke pasang cerita kat komputer.
Aku mula menonton.Bila sampai part En SRK bercakap,aku baru sedar ni bukan bahasa tamil. ohhhh~
Sampai ke suku cerita, 2 lembaga berdiri di belakang. Baru aku sedar yang suara perempuan bercakap dah tiada. Tinggal suara para lelaki sahaja. Nmpaknya sang ibu2*ade ke term ni?ah.bantai ah* mula menunjukkan minat. Tiba2 dah duduk atasa kerusi. Sang ayah2 yang tadinye rancak berbual terhenti. Terus menerpa ke arah PC tersebut.Si sedara mula berkata,
"ohh..cerita ni sedap ni Mann(ayah aku).Si SRK ni blakon baguih" *dgn loghat perlis la tapi*
maka sang ayah turut join sekaki. dan akhirnya, pukul 3 pagi baru kami pulang.
*pengajaran- jgn tgk hindustan kalo pegi rumah org time malam. Sbb hindustan paling kejap pon 3 jam.*
Dan dari situlah aku reti tgk cerita hindustan.Pukul 4.30 ptg hari ahad or pukul 2ptg hari sabtu wajib dpn tv.Kadang2 bila tgh mandi selamba je aku nyanyi lagu hindustan sambil menari dalam toilet. sume scene aku buat.Just part guling2 jek xboleh buat sebab toilet aku xbesar cam padang bola. Shower aku jadikan cam air hujan tgh turun. Tu untuk scene nyanyi lagu sedih.



2000
Ok thn ni legasi penyiaran aku berkembang ke arah cerita hongkong. Bukan yg ckp mandarin tu. tapi yg ckp kantonis. Kepada mereka yg tak tahu beza cantonis,mandarin sila google. masa ni TV3  tayang cerita cmni pukul 6 ptg.Semua cita cina aku suke. cite cina yang ade  mamat kepala botak separuh dgn rambut tocang belakang pon aku layan.long time favourite, cite My Fair Princess. Balik sekolah agama pukul 5.00.Naik bas kuning pendek dlm 20 minit.. sampai umah dalam 5.20 cmtu.Ni kalau pak cik bas kuning pendek xmengalami kesesakan lalu lintas. Sampai jek rumah perkara pertama aku buat ialah tanggalkn baju kurung.Baju sahaja.kain masih melekat kt badan.Oh sebelum tu bukak tudunglaa.gile pegi sekolah agama x pakai tudung? Lalu tinggallah singlet dgn kain kaler merah. Capai remote,tekan channel tv3. pastu mak ngah yg duduk sekali dgn family aku akan mula bising.
"ei,pegi mandi dulu..semayanggg!"
"ala...xperiod lagi xpayah  semayangla" *jahil sungguh anak Pak cik Osman ni*
"amboi,suker2 ati jek..Name pegi sekolah agama.Tp mcm &%$$#"
Aku mengalah..aku pon pegi amik air solat dan semayang tp xmandi sbb takut cerita cina dah start. Baru la tenang duduk bersila depan TV. Dan tabiat ini berterusan sampailah darjah 6. Tap bab semayang tu dh makin bagus la.Semua cerita pukul 6 ptg aku layan. Dan belah malam pulak channel ntv7 jadi pilihan. Pukul 9.30 mlm jek dh duduk depan tv. Mmg sang ibu mengamuk je sbb anak perempuan dia xkasi die can tgk tv.Lagi 1 sebab anak dia asyik tengok tv jek..Belajar tak nak.Tp aku berjaya buktikan kat sang ibu yang aku boleh dapat 5A upsr walaupun bersahabat baik dgn En TV panasonic.


2001-2006
Haaa..txde angin xde ribut taufan katrina tiba2 je datang pulak cerita winter sonata.Mule2 aku ingat ni cerita cina.yelah,mereka ckp mandarin tapi aku perasan mulut mereka x seiring dgn kata2. sape suruh tv3 memandai pegi alih bahasa.Kan dah ade kekeliruan di kalangan penonton. Tak lama selepas itu barulah aku tau ni cerita korea. Itu pun sebab bile lagu ost dia main,aku rase bahasa dia mcm asing.tak macam cina pulak.apsal x alih bahase skali dgn lagu2?Cerita ni mmg mcm fenomena la kat Malaysia.Mungkin rakyat Malaysia jakun kot tgk salji kat dalam cerita tu.yelah,Malaysia mana ade salji         kecuali kalau kita pergi genting. Atau mungkin juga kerana lagu2 dalam cerita ini sedap sehingga menjilat jari. Mungkinla..Aku pun terkena virus cerita ni juga.Kalau kat sekolah tu,budak2 sebaya dgn aku asyik ckp psal sang hero  Jun Sang hensemlah,sang heroin Yoojin tu lembiklaa.

Diorang ni sweetlaa..dan bermacam2 lagi komen membina .aishh..kanak2 pon terer bab2 cinta ni!. Aku leboh advance. Aku siap beli kaset ost cerita tu kat speedy blkang rumah aku dulu.Panas gakla telinga mak ngah dgr aku merengek2 sambil sebut nak keset nak kesetSampai time on the way gi speedy tu aku dok tarik tangan die suruh jalan cepat takut kaset tu habis.Macam semua orang aim kaset tu.Dapat jek beli,terus pasang kat walkman. Sebelum tidur je dengar. Sampai masuk dalam mimpi main salji ngn Junsang..Aku kira,cerita tu pengenalan aku pada dunia korea. Sementara itu,demam sepanyol juga melanda. cerita seperti Betty la fea,Rosalinda, Mis tress hermanas mula meniti di bibir rakyat malaysia.Cerita Rosalinda tu mmg superb habis bagi aku. sane sini cakap pasal rosalinda. dan aku sendiri sampai hafal lagu dia dan praktis nyanyi dalam shower. Aku penah ponteng kelas agama sebab nak tgk ending cerita Rosalinda. Puas pak cik bas kuning pendek pin pin dpn umah aku.Tp aku wat2 x dengar jek.langsir n tingkap aku tutup buat2 macam xde orang kat rumah..*aku tnggal sorang sbb semua pg kerja* dan esoknya bila aku g skolah agama, ustazah datang kat aku.Dia senyum..
"syaqila,cerita kat ustazah macam mana akhirnya cerita rosalinda tu?ustazah x tgk semalam"
Ok.pertama,mcm mane dia tau aku xdtg sbb tgk rosalinda. kedua, ustazah ni saja2 perli atau benar2 nak tau? barula aku tau die pon suke cerita tu.


 2007
Aku rase aku bukan kawan baik En TV panasonic lagi..sebab aku dah duduk asrama. mane boleh tgk tv..Jadi,selama 5 thn aku dah x tau ape dia cerita hot kat tv. dan tiba2 je siaran cerita cina pukul 6 yg wat aku ketagih tu dah xde.ganti pulak ngn cite melayu. Mulai saat inilah aku mula berjinak2 dgn internet dan mula menonton cerita online. Ini pun sbb kat sekolah ade komputer.jadi komputer tersebut dimanfaatkan utk menonton cerita korea dan taiwan. terima kasih kepada pihak sekolah. sekurang-kurangnya xdela kami ni kuno sangat pasal dunia luar. Disebabkan banyak cerita korea dan taiwan diupload di youtube dan streaming site yg lain, aku jadi hantu korea pulak. Cerita korea lebih relevan ditonton sebab x panjang berjela.Ye.Inilah minat baru. tapi kalau balik rumah, TV tetap sahabat baik.Aku akn tgk jek sume cerita yang aku rase seronok dan x bosan. Aku mula menonton CSI dan yang sewaktu dgnnya.

Kini
sebab dah jarang ada kat rumah dan sebab laptop dah tercipta,aku lebih gemar menonton cerita dalam laptop. Baik cerita korea,taiwan,jepun, melayu, atau org putih. Semuanya terima kasih kepada en external hard disk. Dah xpayah nak susah2 on tv. Tp cinta aku terhadap TV x penah berubah.. kalau aku x buka laptop, aku bukak TV. Jadi mereka saling melengkapi.Kalau dua2 xde,aku mmg mati akal.

maaf jika entry ini terlalu panjang. Ini jelas menunjukkan bahawa aku dan TV mmg BFF..Mungkin ada diluar sana x suka entry panjang2 tapi penah dgr x ungkapan 'blog aku, suka hati aku laaa!' =p




                                                                                  
                                     






Inilah En Li Shaouran ,kartun paling  kacak itu. Kacak bukan? sila angguk..

Wednesday, June 16, 2010

dilema.rockpit.lower tier.

Dah 2 minggu. dah 2 minggu aku berfikir dan berfkir mana yg terbaik.
Mungkin anda mencari apakah perkaitan gambar dgn tulisan bulat2 xberape nk phm di atas dgn dilema yg  aku hadapi.  
Oh ya..lupe nk bagitau.gambar diatas bukanlah gmbar logo ape2 persatuan atau kumpulan tetapi adalah pelan   stage konsert Super Junior 'Super Show 3' yg bakal diadakan tak lame lg.ye..aku mmg gilekan Super Junior yg mempunyai 13 org ahli itu..Sila jgn complain...Aku rase mungkin ni balasan sbb dulu aku pnah berkata pada si N
"ape bestnyer diorang ni..ala,sbb diorang ramai jek..tu yg nmpk cm talented"
                                                 
                                                    dan
"xsemak ke stage tu ramai2 cmni?"
                                                    juga
"xde keje aku nak hafal name sekor2 dlm grup uh..13 org ingt sikit?bek hafal bio!"

Tapi skrg lain pulak ceritanye..Aku sendiri x sangke aku boleh begitu gile meroyan dgn boyband yg aku kira paling ramai kot dlm dunia.*sbb aku x tau band yg ramai dr tu*
Sampaikan begitu bersemangat pegi konsert Suju Mac lepas walhal exm lg 3 minggu jek dr tarikh konsert.
Mula2 agak dilema.*mmg suju slalu la wat aku dilema kot*.Aku dilema nk pegi ke tak.
Selepas beberapa hari aku berfikir dan disebabkan ramai plak kwn2 aku yg pegi lalu menjelouskan aku yg diorang dpt tgk suju dekat2,aku pon g beli tiket kt Pekan Siswa.Nasiblah ade jual tiket kt UM.*tu lg 1 reason aku kne pg konsert tu.*
hasilnya,aku gembira.puas.excited,xley tdo pas konsert.sengih smpai telinga selama sebulan.
itulah penangan konsert mereka pada aku.
Ok berbalik kpd dilema aku skrg..
last week Super Junior mengesahkan bahawa mereka akn start super show 3 x lame lagi.
Aku yg masih xdpt melupakan kenangan super show 2 yg aku hadiri Mac lepas terus excited sambil melompat2 ala2  katak si katak lompat.
Terus aku attack si Yuhanis(peminat setia suju). Aku dah berangan nk amik rockpit sbb dkt ngn stage.bley tgk muke dekat2..parut jerawat sume nmpk! ingt senang ke nk nmpk bende2 cmtu?
Tp respon si Yuhanis sedikit mengecewakan..Die nk amik lower tier. Tp aku nk rockpit!
"aku x brape suker la ramai2 org ni..dh la rendah"
Ke'excited'tan aku tros menurun ketahap yg agak kritikal. Aku mengeluh. aku mula memikirkan kelogikan kate2 beliau. Kenapa aku amik serius? sebabnya aku pon agak rendang.Cume tinggi sikit dari si Yuhanis.*lol*
Dari sinilah dilema aku bermula...Tapi anak Pak Cik Md Noh sedikit sebanyak menghilangkn dilema yg aku tanggug.Nasib baikla aku tegur die kat YM semalam.Minah ni cam biskut..kejap hilang kejap ade.

Aku::  ko g konsert suju x?
Nad::  soklan ape tu?? of courselaaaa *yakin snggguh*
Aku:  :wey,amik rockpit nk x? tp Yu nk lower tier.huhu
Nad:: Aku nk rockpit sbbnye aku nk amek barang2 yg diorang baling kt fans!
Aku:: Nampk ke ha ko rse? dh la xberape nk tnggi
Nad:: Dude, tats y la org cipta wedges n heels!haha *angguk. ade betul gak tu.hehs*
Aku:: hmm..ko rase rockpit dkt main stage(A n B) ke kt tgh2(C n D) lg ok? *sila rujuk map di atas
Nad:: Kalo aku baik yg kt tgh..Bley tgk diorang at diff angle. kalo kt dpn xsemestinye diorng slalu kt situ.

disebabkan ayat nad yg terakhir itulah aku bertambah yakin ambik rockpit C/ D..
Dan..dilema aku pun berakhir. Tp dilema yg terbaru pulak dtg menjengah.
*mampukah aku kumpul duit cukup2 utk konsert?*
xkn nk byr dgn air liur or mcm yg Mak Ngah aku slalu ckp.'xkn nk byr ngn bulu hidung'
Skrg baru ade RM_________dlm tgn..oklah tu..Atleast pg dgn usaha sendri..hehehe.



           Heechul        Kyuhyun      Ryeowook    Sungmin


 notakaki:: Lelaki yg kedua dari kiri itu adalah pujaan saya dlm Super Junior.kepada En Hankyung,sila ketepi seketika.

Tuesday, June 15, 2010

random

Oh ya..
Boboy yg dimaksudkan dlm post sebelum ni ialah kucing saya.
tehehehehee~

roommate2 saye~


 


semua sedia maklum.*dak pasum jek*
Semua sedia maklum yg dak pasum sume ade 1 jek roommate..
Sbb kami duduk kolej 12.Dan kolej 12 hanye memuatkn 2 org 1 bilik.
mmg terbaik ah bilik die..
Tp saye ade 3 room mates..
diulang.
3 room mates.
*bangga*
why?

sebabnye,selain roomate sndri si Lyna yg lemah lembut.
Saya juga penghuni tetap C608.
kamar Amyny mek klate n Nawhen mek klate x bapo nk klate.(sbb die dok KL)
Bende ni bermula slps detik perkenalan saya dan Amyny yg memuja kim ki bum.haks~
ade beberape persamaan.
  1. kami satu sel mase orientasi.
  2. Kami same2 sukekan dunia korea
oleh sbb persamaan diataslah kami boleh menjadi geng.
Kami selalu sgt gosip2 psl korea.
Cik Amyny juga rajin singgah bilik sbb nk tgk Super Junior,2PM n family outing..ohh dan big bang juga.
Mungkin sbb inilah saye turut kerap singgah ke bilik mereka.
Ade jek cite hot nk kasi tau.
Dari situ, saya kenal nawhen.
mule2 kami xdela mesra yg amat.
Tp lame kelamaan, ntah cmne ntah kami mula rapat.
dan nawhen juga selalu meminta pandangan dn nasihat dr saya.
sy mmg bley jd kaunselor.*agak bangga di situ*

Kdg2 kalo ade tutorial yg xley wat n x phm, dak 2 ekor ni la yg jd kaunter pertanyaan.
Kenangan yg plg xleh lupe bile study week final exam.
Slalu sgt dtg bilik mereka bersama meja jepun anis/aina. *time kacih ye tuan pnye meja*
Time ni saya sgt sunyi sbb Lyna balik rumah..Saya keseorangan di bilik.
Kami belajar bersama2 smpai putus fius kt otak.
ade ke patut time tgh blaja, si myny nk amek gmbar saya dan nawhen lompat?
Lalu,kami pon lompat la cm org gile.
Bile tgk balik gmbr.
due2 mcm..
'wey sumpah cam toyol '
dan boleh pulak dak due org tu lawan sape plg cun amik gmbr.
Myny x abes2 ckp die pro amek gmbr.
Tp akhirnya mmg diakui myny terer amek gmbr sbb gmbr sy dn nawhen lompat jek lawa.
gmbr myny lompat just nmpk time kaki die cecah tanah jek.
hehs~

bile hari makin berlalu,exam pon dh memanggil2..
Kami sibuk dgn urusan masing2.

sampaila dh abes Pasum.
Saya masih sibuk.
Sebab saya ade plan ke PD ngn dak2 R3.* kami mmg kelas yg aktif*
At last,xsempat ucapkn selamat tinggal sbb bile saya balik dr PD, budak berdue tu dh xdek.I mean dh balik..
Saya ingt lg.last day saya kt kolej 12(sy balik plg lmbt) sy lalu dpn bilik budak due org uh.
Even saya tau xdek sape kt dlm bilik uh,saya tetap bukak pintu bilik diorang yg x berkunci.
Sgt berbeza.
Katil dh lipat.
Meja dah kosong.
Tp tikar tempat saya slalu lepak masih ade.
Tros bergenang air mate.
Tgk katil Myny tros teringat tgk cite korea atas katil die.
Tgk katil Nawhen tros teringat blaja fizik ngn die.
air mate mule mengalir.*mereka xtahu saya nangis*
Tp saya masih tersenyum sbb bilik tu byk bagi kenangan manis.
walaupun hanya menumpang,mereka anggap saya sebahagian daripada mereka.
Thanx koranggg~

nota kaki: si boboy xabes2 kejar tgn aku tgh menaip.menggangu konsentrasi jek!

bittersweet~

Betul la kate org..
Bile benda tu dh xde,baru la kite  nk hargai.
*mmg dh tau dr dulu*
Dulu bile tutorial berlambak2 cm everest mulela rase cm nk bunuh diri.
Mane taknye..seminggu wajib ade 5 tutorial kne siapkn.*sigh*
Kdg2 rse cm nk kluar Pasum jek..
Then dtgla exam..Exam kt Pasum ni bkn cm exam kt asasi/matrik len.
Mmg prof2 kt UM ni genius tahap giga mega sbb dpt wat soklan luar alam cmtu.
haa..Time ni la dak2 Pasum sume lembik cm jelly.
Ade la yg mule jeles ngn dak2 matrik/asasi uitm.
'Apsl ar kite ni blaja byk sgt! Dh ar cuti ciput. Dak matrik blaja ke mende2 pelik ni?'
hoho~
Aku pon penah la gak merungut..erk..mungkin selalu word paling tepat.
pejam celik pejam celik..dh kluar Pasum..
Tringat lg dulu slalu mkn nasi goreng ikn masin kt Aiman Cafe..Nk2 si Lyna merangkap room mate aku uh.
Budak Lyna ni jenis yg makan x abes..last2 akula yg kne jd tong sampah.
N tringat gak gelak cm org gile sambil menonton Family outing bersama Lyna.
Yg plg x ley bla, si Lyna ni dr xray lngsung korea,ley terkena virus aku skali.* mmg slh aku.haha*
Skali die tau psl DBSK, mmg lg giler dr aku.
Tiap2 mlm die tgk mamat2 dbsk uh menari kt lappy die.*mmg semart ye mereka nari*
Smpaikn 2PM pon die ley join skaki..Suju lg la..
Maafkan aku Lyna..x bermaksud..bwahahaha~

Kalo dok kt UM, jgn la ckp ko  xtau Mid Valley tu ape..
Mmg nk kne sekeh kpale!
Mid Valley uh dh cm port dak2 UM.
weekend jek sure ade yg g mid.
Tp aku x la..
Kdg2 jek..eycehhh~
Slalunye kluar bile ade aktiviti class R3.

Ok.I gotta stop! Saya mmg x sker post pnjg2.adios amigos~









 
 notakaki: Saya nk beli topi cam kucing kt atas ni.=)

Akhirnyaaaa

Ada satu pengakuan~.
Manusia yg dulunye penah bekata

' Cane kalau aku xrindu Pasum lgsung?'

Tp nmpknya kenyataan tersebut perlu di'edit'.
sebabnye..

Aku RINDU pasum.

skali lagi..
 Aku rindu Pasum..
hoho~
jeng jeng jeng..





Monday, June 14, 2010

Just leave us alone!!!






What??
is it wrong??
salah ke kalau ktorng sker k-pop?
ape masalah ko nk kutuk?
do respect us la~
atleast they're better than u.
ko tau ape psl k-pop?
kalo  xtau pape xyah nk kutuk.
sume org ade minat masing2 laa..
just leave us k-pop lovers alone.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...