CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 1, 2010

Era tunjuk taring

Nampak gayanya Radio Era Fm kini dah mula guna taktik baru utk menarik pendengar.
Sekarang ni Era dah mula mainkan lagu2 dari Korea Selatan.
Kalau dulu xpenah2 aku dengar lagu korea kat era.
Kalau ade pun lagu2 korea yg dah dimelayukan.
maksud aku mcm lagu sonata musim salju(winter sonata) n lagu kembali senyum(full house).

Tetibe jek ari tu time aku tengah dok jemur kain kat luar ade pulak lagu cabi yg 2PM nyanyi ngn SNSD tu.
Aku terkejut-gerun-seram sejuk. Bukan ape.time aku jemur kain tu dah pukul 12.30 mlm.
ok..aku tau la korang akn ckp ape kes aku g jemur kain tgh2 malam an?
bkn aku saja jek nak jadi heroin cerite seram nk rse cabaran jemur kain tgh mlm tp hakikatnya ialah aku lupa aku basuh baju dlm mesin basuh ptg tu. Pkul 12 tgh mlm baru aku ingat..nasibla x kepam.terima kasih downy kerana memberi keharuman sepajang hari.hehs~

Ok berbalik kepade part terkejut-gerun-seram sejuk.
Bukan ke tadi aku bukak radio era?
Aku tgk handset aku..mmg skrin tgh tunjuk ERA FM..
Kecuakan melanda sbb mmg xley caye era pasang lagu cabi.
Ade beberape sebab kenape aku xpercaye.
1. Lagu yg diputarkan iaitu cabi song ialah lagu korea
2. Lagu tu bkn dari album sbb tu lagu dari iklan cabi theme park kat korea tu.
3. Aku rase radio melayu xkan nk putar lagu korea kot?

Tapi lepas abis jek lagu tu dimainkan. DJ tu ckp 'ya..itu dia cabi dari 2PM dan girls generation'
haa...sahlah era dh mula pasang lagu korea kan.
So thumbs up gak la kat era sbb memulakan usaha murni ni.haha
Kira era ni prihatin la gak kepade selera pendengar2 kita yg dilanda 'korean wave'.
Mmg xdinafikan lagu2 korea ni mmg dah lama mendapat tempat di Malaysia.
Tetapi dalam pada pendengar2 memuji langkah Era memutarkan lagu2 kpop, ade juga yg masih xpuas hati.
Alasannya sbb era asyik dok main lagu2 korea yg sama dan agak lama. Contohnya lagu Sorry sorry dan nobody. Bagi peminat K-pop lagu2 tersebut boleh dikatakan lama sebab skrg ni dah banyak lagu2 korea baru yang best2. Ramai yg cadangkan lagu2 yg lebih baru mcm lagu Oh! dan BONAMANA.
Kalau tgk kat fanpage era di facebook pon byk yg request lagu2 terbaru dari 2PM,suju,snsd dan lain2.

Bagi aku pulak, ini hanyalah permulaan bagi Era.
barangkali mereka ni pun xberapa mengenali dunia k-pop.
Baru nk bertatih. Langkah mereka pasang lagu sorry2 tu dah dikira bagus sebagai permulaan.
dari masa ke semasa, Era mungkin akan lebih up-to-date dgn dunia kpop.
Cuma mereka harus membuat research bagaimana nk terus pikat fans kpop ni.
Aku setuju Era haruslah lebih bijak dgn memutarkn lagu2 kpop yg lebih baru dari sorry2 dan nobody.
hakikat yg harus mereka tahu,lagu2 sorry2 tu dah biasa sgt didengar oleh peminat muzik kpop.
untuk permulaan memainkan lagu sorry2 ialah satu percaturan yg baik utk menarik peminat kpop tetapi mereka harus ingat peminat kpop kebanyakannya sudah advance dan mereka tidak lagi bersandarkan kepada 1 atau 2 lagu korea jek.Masakan tidak, lagu yang baru dikeluarkan 1 hari di korea pun sudah menjadi begitu popular di kalangan peminat kpop di malaysia.
Ditambah lagi dgn kewujudan channel KBS world di Astro yg sentiasa updated dgn lagu2 terbaru menjadikan fans kpop lebih advance.
Jadi adalah lebih baik jika Era juga menjadi se'updated' fans kpop kerana aku yakin kalaulah era berani mainkan lagu2 yg mengikut peredaran masa mcm  tu, mmg semua peminat kpop akan tabik spring! Tapi jgnlah sampai lagu2 melayu pulak diabaikan.



2 comments:

nabilahidayah said...

BUAT RADIO KPOP PULAAKK! HAHAHAA. besst dohwww

Syaqila Osman said...

kalau malaysia wat radio kpop mau ayah aku ngamok sakan sbb dlm keta pon pasang radio kpop..lol

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...