CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, April 19, 2011

semua serba tidak kena

Assalamualaikum~

lagi beberapa hari nak exam..
tapi semakin nak final semakin banyak pulak dugaan aku dapat.
aku dah tak larat. 
Tapi Allah ada. Alhamdulillah.
seberat mana dugaan pun Allah ada dengan aku.
keranaNya aku masih bertahan. Terima kasih Ya Allah.

tahukah anda bahawasanya dugaan emosi itu lebih berat ditanggung?
Kalau korang rapat dengan aku, korang tahu aku mcm mana.
Aku sentiasa gelak, senyum,sengih, buat lawak bodoh.
hahaha. kadang2 diorang kata aku tension sangat sebab tu jadi gitu.
dalam hati "ya. aku tension"
tapi aku pilih untuk gelak dari bermuram durja.
sekurang-kurangnya gelak itu dapat menghilangkan stress.
walhal dalam hati, Allah je tahu bagaimana aku berperang dengan perasaan.

Ya berperang dengan perasaan.
dari kecik sampai lah dah besar gedabak ni aku selalu berperang dengan perasaan.
Aku bersyukur kerana hidup aku senang. Aku cukup makan, aku cukup segalanya.
Apa yang aku nak, InsyaAllah aku dapat.
Tapi aku selalu terluka.
aku terluka dengan sikap manusia.
Mungkin aku terlalu sensitif. orang tak tahu yang dalam diri syaqila osman, ada sifat sensitif itu.
sebab aku sentiasa ceria kat depan diorang.
so diorang fikir hati aku keras mcm konkrit. kena baling batu pun tak runtuh.
tapi,aku pun seorang perempuan. 
perempuan itu sensitif jiwanya.

Kadang-kadang aku juga tak sedar yang perbuatan aku meyinggung perasaan orang.
Aku rasa aku dah cukup menjaga hati orang.
setiap kali ada masalah, aku tak lari mendiamkan diri.
aku selalu jernihkan balik salah paham tu.
setiap kali memang begitu.
walaupun ada ketikanya bukan salah aku.
aku yang ambik 1st move.
kadang2 pernah gak terpikir kenapa mesti aku jelaskan sedangkan bukan salah aku?
baik dari segi persahabatan dan lain2, benda ni selalu jadi.
Tapi aku berpegang kepada konsep 'biar orang buat kita,jangan kita buat orang. biar kita minta maaf jangan kita balas dendam' 

kadang-kadang rasa macam pelik dengan diri sendiri.
tak boleh ke sekali sekala kau jadi ego sikit? 
asyik nak mengalah je pehal?
tapi aku nak buat mcm mana dah aku mmg xsuka buat pasal dengan org.
sebab tu aku sangat sedih kalau orang tersinggung dengan aku.
sebab tu aku akan terangkan selagi yang mampu yang itu bukan niat aku pun.
manusia selalu buat silap walaupun sekecil2 zarah. dan aku termasuk dalam golongan itu.
kadang-kadang aku buat benda yang orang tak suka.
walhal aku buat bersebab. aku bukan jenis yang pentingkan diri sendiri.
tapi orang tak paham. sebab orang ingat apa yang aku buat tu menyebabkan diorang rasa annoying sangat.
sebab diorang pun ada sebab kenapa diorang nak annoying sangat dekat aku.
tapi mcm mana aku nak tahu kalau korang tak cakap kat aku? tak jelaskan kat aku?alasannya, bukan masalah aku.aku tak layak lagi untuk tahu.
so salah aku ke? 
sorry. aku tak marah. aku cuma tertekan.
aku tertekan sebab aku selalu jadi mangsa benda2 mcm ni.
mangsa emosi. bukan sorang bukan dua org. banyak.
Tapi, Alhamdulillah. aku masih waras.
seteruk-teruk mana sekalipun emosi aku didera, aku takkan berpaling dariNya.
jauh sekali ambik keputusan yang paling bodoh dalam dunia. if u know what I mean.

semua orang nampak hidup aku sempurna.
boleh dikatakan ada benda yang orang lain tak dapat, aku dapat.
Tapi korang salah. sebab Allah tu adil. Allah hadiahkan aku dgn pelbagai nikmat tapi dalam masa yang sama, Allah kasi dugaan dekat aku. dugaan emosi yang aku dapat dari kecik sampai sekarang.
dan yang lebih berat dugaan itu  selalu datang bila aku nak exam.
Apa yg boleh aku buat? senyum dan hanya berdoa.
Aku yakin Allah tahu apa yg terbaik untuk aku.




Aku dah tak reti jaga perasaan semua orang. aku dah penat. serius.
Aku dah cuba tapi orang tak pernah peduli perasaan aku. some people I mean.
tapi selagi mampu, aku akn cuba jaga hati semua orang.
walaupun kdg2 aku yang terluka..
aku mintak maaf dekat semua orang. 
aku tak tahu kalau2 aku ada sakitkan hati siapa2 tanpa sedar.
so aku mintak maaf setulus hati aku.
mungkin esok lusa aku dah tak ada kat dunia ni atleast blog ni masih wujud untuk korang baca. kalau ada yg baca.
so dengan apa yang aku bagitahu kat blog ni, aku harap cukup untuk korang maafkan apa je yang korang terasa hati dengan aku. 
lagipun kita tak tahu bila kita akan mati. muda bukan jaminan panjang umur.
itu terbukti. mungkin ak ditakdirkan pergi dulu. siapa tahu. Wallah'huallam.

aku tulis entri ni pun sbb aku dah tak tahu nak luahkan kat sapa.
aku memang selalu jadi pendengar masalah orang tapi aku sendiri tak ada pendengar masalah aku sendiri.
blog ni je yang selalu dengar aku merepek ke meroyan ke. hehehe.
aku rasa stress sket sebab nak exam kan. so aku perlukan ruang untuk aku luahkan perasaan aku.
so that aku kurang tertekan.
Thanks kpd sesiapa yang sudi baca entry luahan perasaan ni.
Doakan exam aku ye. InsyaAllah aku cuba yang terbaik.
Doakan aku tenang sepanjang minggu exam.

Aku harap aku akan kuat~




4 comments:

dib dib dibo said...

syaq. aku sgt paham ape kau rase n aku rase kau pun paham ape yg aku rase smnjak sbulan lebih yg lepas kan. mmg. mmg susah nk puaskan ati org. kekdg kite wat bnda yg slh di mata org tu bsbb. cume org je taw. tape syaq. janji allah taw ape niat kite n mcm mane kite sbb Dia pencipta kita. kau kuatkan hati. aku taw kau kuat syaq.kalau aku bole cope, kau pun bole. =)

Norsazlina said...

ALL THE BEST SYAQILA!!
bersama kita berjuang!!!
Any problemmas,jgn segan nak story kat aku ehhh.xmo simpn dalam bebss. nnti ko tertekan jiwa raga.
Xpon ko boleh cter dekat boboy kau.hahahhaha.aku slalu buat dekat cici aku.huyeeehh.

SyaQila OsMaN said...

diba: thanx weyhh. InsyaAllah..aku dh lali dah wey. aku pun mls nk pikir byk. just go with the flow je. yg penting aku ikhlas n Allah tahu apa yg aku buat.

lyna: hehe. cte kat boboy dia tau meow je kat aku. haha. thanx weyh. rindu nk borak dgn kau. InsyaAlah pas final ade rezeki kte jumpe k. :)

dib dib dibo said...

bgs bgs. sbb aku pun da lali. n da ta kesah da. bkn kite ta cuba yg terbaik kan. kite je taw cmne usaha kite n ape kite wat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...