CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 30, 2010

Suzuki cup dan Khairul Fahmi

Mula-mula aku nak cakap congrats lapanpuluhlapan ribu kali kat Malaysian Football team!
Suzuki Cup is now in our hand yawww!
Malam ni je name mamat ni jadi famous giler!!
Aku rasa lepas ni kalau dia lepak kedai mamak pun orang beratur mintak autograf.

kacang je jd goal keeper ni!

sepanjang aku hidup sembilan belas tahun ni tak pernah lagi aku tgk goal keeper Malaysia hebat cmni.(ade kot yg hebat aku je x perasan.hehs)
Dari masa n9 vs kelantan hari tu aku ngn family dah dok usha mamat ni.
macam dah bley agak mamat ni sure boleh naik punya.
cool-tenang-tangkas-cekap.
patutlah susah N9 nak melepasi gawang kelantan.

"perghhh.. Terer dowh mamat ni tangkap bola!"

" handome gak dia ni.sape name?"

" kenapalah dia x main untuk N9?"

"laaa..baru 21 tahun mamat ni?? perghh.hebat!"

dan dari situlah aku kenal dengan mamat yang orang panggil dia Apex ni. hamboi ayat mcm kau kenal dia personally plak kan.
masa tu mcm tak famous lagilah.
tiba-tiba je lately name mamat ni jadi sebutan.
semua gara-gara Suzuki Cup!
Bersusah payah dia dok tempis bola dari masuk gawang kita.
sampai terbaring-baring macam superman jatuh dari langit.
hilang kehenseman gara-gara nak selamatkan bola punya pasal.
hahaha. 



dan mamat ni berjaya mengfamouskan dirinya di Twitter sehingga ramai orang kt overseas  tanya "who is Khairul Fahmi?"\
Ni semua sebab dia jd trending topic kat Twitter.
Semua orang sibuk bercakap pasal mamat ni.
Awek-awek pun aku rasa dah macm angau dgn mamat ni.
Muda-hebat-good looking! sape tak cair babe?


banyak  dah giler kat mamat chinese look ni.













Bukan takat awek-awek Malaysia je hokayy.. Awek-awek Indon pun dok penasaran seyhh..











haa..ni sebahagian je tau.dan hasilnya?












Khairul Fahmi trends worldwide bebeyh!
perghh hebat la kau Fahmi! kau sudah digilai seluruh dunia!
ahaha..over kau!
tapi sorry la kat awek-awek di luar sana.
Khairul Fahmi is taken!
aku harap korang tak pergi telan dynamo ke hape.
walaupun aku baru je plan nk ngorat dia,aku redha.
hahaha~

semalam usha blog awek dia.
Awek dia cun gak laa.
jenis yang macam always sokong si Apex ni.
memahami gituu.
kenal dgn Apex ni pun before dia famous.
oklaaa..aik?apsal macam berbaur jeles ni?haha

awek dia! Gigit jarilah korang!haha. (credit to her blog)


























Rio Ferdinand tgk kot game tadi. Dia siap cakap Congrats kat Malaysia.
Manalah tau kot kot dia pergi bgtau Ferguson soh amik si Apex ni main tok Man U.
kan kan?hahaha.



notakaki: tadi cm usha gak Irfan player Indon tu. lek lek nampak byk tatoo kat tangan.aiseyy.

Wednesday, December 29, 2010

Laser ultraman!

laser sana laser sini..
aku rasa memang dah femes habis dah laser-laser ni.
hari-hari org dok sebut nama dia.
padahal dulu-dulu nama dia tenggelam timbul jek.

aku rasa sape2 yang mengikuti perkembangan semasa mesti tau isu laser ni kan.
Kalau tak tahu maybe korang bercuti kat outer space kot time tu.
Isu laser nilah yang dijadikan sebab kekalahan pasukan lawan kepada Malaysia masa pusingan pertama final Suzuki Cup hari Ahad lepas.
kononnye diorang kalah disebabkan konsentrasi terganggu akibat pancaran laser.

Ok fine.Aku tak menidakkan ada penyokong kita yang main laser tu.
tapi aku marah ah kalau diorang dok kata 'Malaysia main curanggggg'
apekah??
salah permain ke penyokong main laser?kenapa nak salahkan pemain plak?
Even jurulatih mereka si Alfred Riedl sendiri mengakui kekalahan mereka bukan disebabkan pancaran laser.


lepas habis je game malam tu, serangan bertalu-talu dilemparkan ke Malaysia.
Sampai aku dah tak sanggup nak bukak Twitter.
panas dowh twitter malam tu!
macam-macam jenis ayat mencarut keluar dari diorang.
siap jadi trending topic tuuuu...

perghhh..memang famous ah Malaysia pas ni.
DBSK yang popular tu pun dpt 2nd.
sian  dekat cassie(fanclub dbsk) dorang nk buat 7years anniversary dbsk as trending topic tetiba dicantas oleh Malaysia. eh termasuk korea plak.haha
terima kasihlah kepada anda semua wahai Indonesia kerana berjaya mengfamouskan Malaysia.
aku betul-betul tak paham dengan mentaliti diorang ni.
kot yer pon tak boleh terima kekalahan, tak perlulah nak canang satu dunia dek oiii. ayam-ayam nenek aku kt kampung pun tahu tau!


sebab dah terbukti yang bukan sahaja penyokong Malaysia yang main laser ni,
penyokong negara lawan tu pun sama juga.Malah mereka yang mulakan dahulu. mari tengok bukti ini.
Ni masa malaysia vs Indonesia di Indonesia dimana kita kalah 5-1


hah amik kau! canang lagi satu dunia.. korang ingat tak de bukti ke korang x main laser??
tapi kitorang takde pulak nak serang korang bertalu-talu sampai canag satu dunia.
lagi teruk kalah kot time tu. 5-1 tuuuu..
kesian dorang main penat punya hebat korang kata Malaysia menang sebab menipu?
sentap ah camnie..
Hailoh2. please laaa..
jangan nak panjangkan cerita.
aku tahu diorang ni bukan marah pasal benda ni je.
dari dulu lagi banyak isu yang diorang pertikaikan berkaitan Malaysia.
tapi tak perlu nak jadikan alasan kami menang sebab menipu yee..
Sebab aku sendiri menyaksikan game tu. dan aku sendiri tengok Malaysia main penuh bergaya.

Lagipun kan, pancaran laser dari jarak jauh tidak akan menjejaskan langsung penglihatan ya.
itu fakta dan tak boleh diubah. tak caye?tengok sini
lainlah kalau aku pergi kat tiang gol tu,pastuh berdiri depan si Markus tu pancarkan kat mata dia dalam jarak 2cm.


malam ni akan menjadi penentuan sapa yang bawak balik piala suzuki tu.
harap-karap tak kiralah siapa yang menang, keputusan tu takkan jadi kontoversi macam hari tu lagi.
sudah-sudahlah dengan menyalahkan orang lain.
Main bola pun nak perang ke??
mana semangat kesukanan babe???
haaa lagi satu,,
dengar cerita si Julia Perez artis Indonesia nak pakai baju khas sempena perlawanan malam ni.
Katenye baju tu boleh memancarkan laser untuk mengalih tumpuan pemain.
uiyooo.tak boleh belah kau! aku rasa kalau tak pakai baju lagi best.
bukan takat pemain kita, pemain diorang pun boleh terdistract.
hahaha.sungguh lah kau ni lawak Julia oiii. pergi audition raja lawak sure dpt punye kau.\

kepada penyokong Malaysia, aku harap kalau nasib tidak menyebelahi kita malam ni,janganlah kita nak kutuk-kutuk negara lawan. Diam itu lebih baik. Tak baik kita keluarkan kata-kata kesat.
Kalau menang jangan pula kita bermegah-megah. Bersyukur kepada Allah.

agak-agak ramai tak ultraman malam ni?laser ultraman power kottt.
Rasakan pancaran laser bertubi-tubi dariku!
mana-mana pasukan pun aku tak kasi gol.muahahahahaah

Harimau Malaya gud luck!

Mula-mula jom ikut aku nyanyi!


Maju terusssss...
Malaysiakuu!!!!


Perghhh semangat x aku?
aku xreti main bola tp aku suke tgk bola.
ok pe??
bwahaha~

Malam ni pusingan kedua final Suzuki Cup.
Aku harap pasukan Malaysia tak gentar beraksi di gelanggang lawan.
Semoga mereka tenang menghadapi tekanan dari pihak lawan terutama dari para penyokongnya yang selalu tak puas hati tu.hohoh.

So Malaysia! Good luck!
Sila main dengan hebat.
Khairul Fahmi,jage gol baik2 eh~haha
tak de pluang nak ngorat dia coz he's TAKEN.
kuikuikui~




Aummmmmmm!

Eh.. kau mengaum ke kau jelir lidah kat aku eh rimau? aku pun confius.



Friday, December 24, 2010

abang angsa dan adik angsa

Walaupun aku tahu akan ada manusia yang cakap "blog minah ni dah macam blog animal planet."sebab kerap post pasal haiwan,aku nak jugak cerita.
 eh mana ade banyak pon. aku baru cerita pasal kucing je haritu kan.

ok cerita ni bukan cerita kelakar.
ini adalah sebuah cerita sedih.
dan ianya benar bukan fiksyen
aku tengok ni dalam rancangan 'tv animal farm' yang nengetengahkan perilaku haiwan-haiwan yang unik.


kisah ni berlaku dekat sebuah kawasan kampung di korea.
ada seorang nenek ni dia ada bela 2 ekor angsa.
Angsa-angsa tu adik beradik.
abang nama Ruru dan adik dia nama Juju.
diorang ni memang sangat rapat.

ni bukan Ruru dgn Juju tau! konon2 jela.


Satu hari, Ruru dan Juju jalan-jalan kat kawasan rumah diorang.rumah nenek tulah..
Masa ni diorang ni kecik lagi.
tiba-tiba, Juju jatuh dan leher dia terseliuh.
Sejak dari hari tu, leher Juju jadi teleng.
Dia dah tak boleh nak jalan sebab tak stabil.
Sayap dia pun kecik je.tak panjang macam angsa lain.
Setiap kali dia jalan dia akan jatuh terlentang dan Ruru hanya boleh menjerit meminta tolong untuk Juju.

Sejak kejadian tu, Ruru tak pernah tinggalkan Juju sorang2.
Ruru akan tidur dalam bakul sekali dengan Juju untuk panaskan badan dia.
Dia jaga Juju sampai kadang-kadang tak tido dan makan.
Bila tuan dia kasi makan, Ruru tak akan makan selagi Juju tak makan.
Juju pulak memang kurang makan sejak peristiwa tu.
Juju selalu kena buli dengan ayam-ayam nenek tu.
Ruru yang selalu back up Juju.
Bila ada haiwan lain macam ayam dgn kucing  datang dekat Juju,Ruru akan halau.
Dia takut Juju dibuli. Sebab Juju ni memang lemah sangat.

Satu hari tu,tiba-tiba je Juju boleh jalan tapi terhuyung hayang.
yang aku kagumnya, Ruru ni memang nampak sangat sayang adik dia.
Dia biar Juju jalan depan supaya dia boleh perhatikan Juju.
Bila nak lintas longkang,dia tengok Juju lintas dulu,then baru dia akan lintas.
terharu betul aku tengok.
Diorang pun jalan-jalan sampai kat semak.

Tiba-tiba, Juju tersangkut dekat pokok dalam semak-samun tu.
dahlah hujan masa tu.
Juju menjerit kesakitan.Ruru pulak tak mampu nak buat apa-apa.
Dia nak tolong tapi ape je kan dia boleh buat.
Dia hanya mampu jerit.
Nasib baik krew program yang tengah shoot dekat situ nampak.
Krew tu tolong keluarkan Juju. kesian dia basah kuyup.
krew tu lap badan dia dengan towel.

Bila tuan dia balik, tuan dia rendam Juju dalam air suam bersabun.
Dia bersihkan badan Juju.
Keesokan harinya, tuan dia nak bawa Juju pergi jumpa doktor haiwan.
Masa dia nak masukkan Juju dalam kereta, Ruru menjerit-jerit nak ikut Juju.
Dia jadi tak tentu arah bila Juju takde depan mata dia.
Sampai tuan dia terpaksa suruh anak dia pegang Ruru.
Sampai je dekat hospital haiwan, doktor x-tray tulang leher Juju.
Memang rosak teruk dan kena bedah.
tapi dia tak boleh dibedah dulu sebab kurang darah.
doktor suruh Juju makan makanan berkhasiat dan bila dah sihat baru boleh bedah.

Bila sampai rumah, Ruru pun meluru dekat Juju bila nampak Juju.
Tuan dia buat satu kawasan yang agak besar untuk Juju dengan Ruru so that Juju tak merayau jauh-jauh dan jatuh lagi.



Serius bila aku tengok bond antara angsa-angsa tu aku rasa terharu sangat.
Even haiwan pun tahu sayang adik beradik.
Tapi manusia ada juga yang bertelingkah antara adik-beradik.
Ada juga manusia yang tak sanggup nak jaga adik beradik yang sakit macam Ruru.
Ruru ni bagi aku boleh jadi contoh yang baik.
Haiwan pun ada perasaan kasih sayang.

jadi kawan-kawan, adik-beradik ni bukan setakat share hubungan darah je tau.
kalau dia susah kita kena tolong.
walaupun kadang-kadang adik-beradik suka bergaduh.
mcm aku kan dulu selalu gaduh berebut peha ayam dengan kakak aku.
ada jugak gaduh rebut remote control  sebab nak tengok cerita favourite masing2.hahaha.
tapi gaduh macam mana sekalipun jangan sampai berdendam.
sebab kalau dendam tu dah menguasai diri, adik-beradik boleh jadi musuh.



Thursday, December 23, 2010

saya sibuk!

Sepanjang minggu ni aku sangat busy.
Busy sampai xde mase nak makan,mandi,tido.
haahaha..keterlaluan sungguh statement kau syaq.
takde mananya kau sanggup xmakan kan syaq kan?
haha~


tak tak.kuliah belum start lagi.
masih berbaki cuti seminggu lebih2 sket.
adala lagi beratus jam. kalau kira jam boleh nampak macam banyak sikit kot kan?
aku busy marathon macam2 drama dan variety show.
aku juga busy jadi tutor sorang budak yang segan silu nak cakap dia minat SUPER JUNIOR.
hahaha~ sampaikan rupanya ada lagi variety show suju yang aku belum tgk tp dia dah tgk.
kalah sifu tau!
dan dia sendiri rambang mata nak pilih yang mata satu. xpela ____.kau xpayah pilih.sebab sampai bila2 pun kau takkan mampu pilih.haha
disebabkan itu aku tak update blog beberapa hari.
sorry blogku terabai seketika.
aku pasti bila start kuliah nanti sure akan lebih terabai.
maaf ye blog!




Friday, December 17, 2010

Gelong sudah!

lawak je bila peminat setia korea berbalas komen dekat status.
walhal status tersebut tidak berkaitan langsung dengan korea.







betulah kata orang.kalau dah minat tu,semua benda nak dikaitkan.



no title


What EVERY girl wishes for in a guy!



sweet kan??hahaha.
hujan-hujan begini membuatkan aku jiwang seketika.
lol
I like everything especially 'Kiss her in the rain'
ok I should stop! =p

17122010






Wednesday, December 15, 2010

Kucing betina mengorat kucing jantan siri 2

Inilah yang akan terjadi kalau sibuk berdating dalam semak samun atas bukit selepas kena ngorat dengan kucing betina. sila klik sini untuk cerita lanjut.






pukul 1 pagi baru balik rumah.
itupun lepas aku halau kucing betina tu balik rumah dia.
ish3~
kucing kalau angau bercinta lagi teruk dari manusia.
sungguh aku tak paham!




Tuesday, December 14, 2010

Kucing betina mengorat kucing jantan

petang tadi aku sedang enak menjamah sebiji karipap. 
tiba-tiba terdengar suara nenek aku berteriak

 "Adik!! tgk ni. Boboy dah kono gigit dengan kucing lain"

" Huh?mana? apsl boboy x lawan balik?" aku geram dengan sikap pengecut  kucing sendiri.haha

 "tu ha. atas bukit tu!  bosar pulak kucing tu. kucing jantan mano tu dik?"

kepala dijenguk ke atas bukit belakang rumah aku.(sila bayangkan bukit yang rendah2 yang korang boleh naik dalam 2 minit je ke puncak ye)

"uwan,(panggilan kepada nenek) tu kucing betina la! bukan jantan. hahahahaha"


aku sangat confused! setahu aku, kucing jantan yang selalu duduk atas kucing betina then dia akan gigit tengkuk kcuing betina tu kan?
tapi apa yang aku lihat sungguh berlainan.

aku memang kenal kucing betina tu. 
1. besar
2.kaler hitam coklat
3. ekor panjang dan kembang

sangat beza dengan kucing aku yang
1. saiz sederhana dan pendek
2, sangat putih
3. ekor kontot

kucing betina tu memang selalu datang rumah ni. aku selalu nampak dia usha boboy.
tapi boboy buat bodoh je. haha
pastu mak aku selalu marah kucing betina tu sebab suka curi makanan boboy.

dan tadi aku menyaksikan satu kejadian yang aneh.
boboy digigit di tengkuk dan boboy dikejar kucing betina tu sampai ke atas bukit.
dan yang paling tak boleh blah, dia duduk mengusha boboy yang tengah make-up bulu2nya yang putih tu disebalik semak samun atas bukit tu.

sungguh aku tidak mengerti! 
nampaknya kucing betina sudah semakin agresif!
mungkin lepas ni aku kena kurung boboy dalam rumah.
dan ini respon nenek aku,
"ayoo..kalau dio dah suko samo suko buek apo nak dihalang?"
hohoh.ape nenek aku ingat diorang tu nak kawen ke?
aku bukan apa. aku tak boleh terima kucing aku dikejar.bukan dia yang mengejar.
hahaha.


dan kalau nak tahu, sampai saat aku tulis post ni boboy tak balik-balik lagi. 
kata ayah,
" dia seronok tu duduk dua-dua dekat dalam semak atas bukit tu. lapar pun tak kesah.'
pastu aku macam seronok wat apa tuuu?
ngahahaha. 



aku rasa kan kucing betina tu nak anak-anak dia nanti ada kaler putih sikit kot. tak mau hitam legam macam dia. 
KAHKAHKAH~


notakaki: aku baru perasan yang kucng aku je satu-satunya kucing jantan  kaler putih kat kawasan ni.

Monday, December 13, 2010

Kena tagged pulak!

Aku kena tagged  dengan  Muhaimin si-kawan-lama..
tak pasal-pasal dapat homework time2 cuti ni.
and thanx la sebab kau consider aku best.
bwahahah~
ok.meh nak jawab intebiu nie..


1-Adakah anda rasa anda HOT?
saya memang hot and spicy okeyhh!


2-update wallpaper anda gune sekarang






3-cerita pasal gambar tu

ok seperti yang anda lihat ade nombor dua, kosong,satu dan kosong.
dan dihiasi oleh bunga-bungaan dan sedikit awan-awan biru.
ohh dan juga ade spesies rama-rama yang aku nampak mcm siput dari jauh.
ngeh3. actually ni theme 2010 aku cilok dari mane ntah.
nmpak cun+menarik aku pun guna.
b4 nie guna wallpaper kimbum(nk gak gitau an.haha)
tp sebab aku nak mengelakkan dup dap dup dap everytime bukak lappy, aku tukar. ;D

4-kali terakhir makan pizza

3 minggu lepas.. domino's pizza yang mama belanja.
prawn sensation meal. perghhh~


5-lagu terakhir yang anda dengar

hmmm..lagu just the way you are-bruno mars.
dengar kt blog manusia yang tagged aku ni.haha


7-selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama ape

Adik, Syaq(pronounce as Shark), Qila, and of course Syaqila la kan.

8-tag 5 orang

adeyh. ini yang aku blur jap. ok aku nak tag


haa.padan muka korang.hehe

9-siape orang no 1 dengan anda

My skewlmate dekat SSP Cyberjaya

10-katakan sesuatu pada orang no 5

weyh,rindu nk tengok cite korea dengan kau.haha


11-no 3 ada hubungan dengan sapa

dengan pakwe die yang aku xkenal.haha



12-bagaimana dengan no 2

dia pun skewlmate aku. skrg dia kat India.bakal doc!



13-kata-kata cinta kepada orang no 4

omaigodd. hahaha


14-fakta tentang orang yang aku tag

kebanyakannye skewlmate aku.
dan ada yang aku kenal dekat UM.





ok done! so kepada sape2 yg kena tagged pandai2 la korang ye.
nak biar ke nk jawab ke suke atila kan.hahaha
owh ye kat orang yg tagged aku ni, aku pun nak cakap ,
"kau lagila lame xdengar berite! :p"


Sunday, December 12, 2010

macam mana nak tahu kita jatuh cinta???

aku pun tak tahu kenapa aku buat entry ni.
hahahah.
seriously tak tahu..
actually persoalan ni dah banyak kali bermain di benak fikiranku. chewaah~

kadang-kadang aku tertanya.
macam mana kita tahu yang kita suka or jatuh hati or tangkap cintan dengan seseorang?
ada orang kata " kalau kau pandang orang tu kau rasa dup dap dup dap. macam nak tercabut jantung"                   

ohh begitukah??
tapi bila aku pandang orang-orang kat bawah ni pun aku rasa  macam tu.how?takkan lah aku jatuh cinta kat diorang kot?? hohoh






                                            


ada juga orang kata " bila kau rasa macam di awangan means kau dah jatuh cinta."
ohhh~kalau kita rasa macam kita jalan2 atas awan tu kita dah jatuh cinta la ek??

bagi akulah kan, semua benda tu tak semestinya betul. 
contohnya kan, kalau kau pandang artis lelaki/perempuan dekat tv nak nak lagi yang hensem gila plus body ala2 ade six pack abs tu  sure kau akan rasa dup dap dup dap and rasa macam tengah jalan atas awan.
betul tak??ataupun kalau budak lelaki nampak megan fox kat tv tu kan. haaaa~
lagi satu bila anda sedang berjalan2 di mall,then tiba-tiba nampak seorang mamat yang cute+hensem+sweet ataupun girl yang hot+cun+anggun+ jelita. for sure la korang akan pandang dua tiga kali kan kan?
tipu gila ah kalau korang kata korang tak usha..hahaha 

jadi kawan-kawan macam mana ek kita nak tahu dalam banyak2 lelaki yang kita kenal, salah seorang dari mereka telah berjaya merompak hati kita????
love at first sight tu wujudke??
boleh ke kita jatuh cinta dengan sekali pandang je?
aku ada terbaca satu statement seorang mamat ni.dia kata, " bila first time saya nampak dia saya dah tahu she's the one"
yakin gila kan? hmmm.. tapi apa yang aku perhatikan kes2 jatuh cita sebegitu hanya berlaku kepada orang yang good looking je. betulkan kalau aku salah. 
cuba kalau girl tu not good looking or kategori biasa je ataupun dalam erti kata lain tak cun pun.
korang rasa wujud ke cinta pandang pertama sebegitu?

mungkin bagi orang yang biasa biasa je, tempoh untuk jatuh cinta tu taklah sesingkat tu.
kadang-kadang bila kita berkawan masa tu lah kita tahu tahap mana keserasian kita dengan dia.
kadang-kadang kita rasa kita serasi tapi mungki keserasian itu lebih menonjol dalam erti persahabatan.
bukan dalam erti percintaan. 
bila dalam tempoh berkawan tu kita rasa macam selalu tersenyum je selalu teringat kat dia selalu rasa bahagia bila bersama-sama bergelak ketawa masa tu lah anda akan mula terdetik " eh.aku dah fall in love ke?"

so apa nak buat bila anda rasa anda dah jatuh cinta? terus mintak jadi couple??
hohoh.
 persoalan tu akan dirungkai dalam entry seterusnya InsyaAllah...

jadi kawan-kawan what say you? 
macam mana anda tahu anda dah jatuh cinta?dan seberapa pastikah anda dengan cinta itu?





Saturday, December 11, 2010

budak baru belajar

Weeeee~
rasa macam nak terbang kat atas awan lagi hari ni.
hahahah..

hatiku menari-nari saat menerimanya. (hyperbola siot)
lidah terkelu seketika.
bagai mimpi jadi kenyataan.
terasa bagai mahu menitis air mata tatkala memegangnya (ok ini sudah lebey)


sudah-sudahlah  dengan mood jiwang karat.
aku just nak menyatakan kegembiraan aku hari ni.
aku baru dapat gitar weyhh!
happy macam  nak makan korang semua.
pegi lari cepat.haha

kakakku yang baik hati telah menghadiahkn sebiji gitar. eh ke sebuah?
erm sebuah lagi best kot. oklah sebuah gitar.
haa dia belikan aku gitar weyh.. 

nilah rupa gitar yang dia beli. elok bersandar dkt super junior.haha


insan yang tak tahu ape2 pasal musik selain tahu menyanyi2 sumbang dalam bilik air dibaginye gitar.
kamsahamnida unnie! 
tapi ade ke patut dia kata kat aku ' pas ni pegila cari buku HOW TO LEARN GUITAR FOR DUMMIES'

aku memang blur habis ah pasal gitar.
atuk chord ke nenek chord ke kakak ipar tret ke langsung aku xtau.
pastu kan tadi aku pun carilah video guitar lesson kt utube.
then barulah aku sedar susah rupanya nak main gitar ni.
fingers kena tepat dan kuat. pastu kena pandai stretch fingers.
aku dah try agak susah kot!

selama ni aku dok ingat orang yang terer main gitar tu main ikut suka hati dia je.
tengok cm senang je dia gerak2kan jari tu.
gilak susah ohhhh!

memang agak impossible la kan untuk newbie mcm aku nak terer main lagu yuna ke, jason mraz ke kan.
buat masa ni kalau dapat main lagu Mary Had a Little Lamb pun sudah cukup hebat.
ye tak?
heheheeee...


tapi tidak mengapalah kan.
aku takkan putus asa!
semangat membara-bara dijiwa untuk menjadi seorang profesional.
okla.kalau xpro pun atleast xde la jahil sngt dgn gitar.heheh


mama: nanti kalahkan yuna dgn ana rafali! famous sikit mama.
aku: alaa.. man kidal pun boleh~*angkat kening sebelah*


tapi aku tak paham satu hal. apesal kalau aku kalahkan yuna ngn ana, mama yang famous? 
hmmmm~




Thursday, December 9, 2010

Boboy jumpa doktor

Semalam bawak boboy(kucing aku) pegi jumpe veterinarian.
boboy ni tiap 3 bulan sekali pegi jumpe vet untuk injection vitamin, cacing bla bla bla~
yang aku peliknye dia sangatlah cuak bila aku masukkan dia dlm travel cage pastu bawak masuk dalam keta.
padahal hari2 dia suka tido dalam tu.
mungkin sebab dia dah tau dia nak gi jumpa vet, dia dok guling2 dalam travel cage tu sambil berusaha keras nak bukak pintu dia.sampai terkangkang-kangkang
hahahha.

sampai je kat klinik veterinar tu, ramai giler tgh tunggu turn jumpe vet. mama kate before ni xdela ramai mcm nie.
mcm2 kucing aku jumpe. ade kucing demam xlalu makan pun tuan die bawak jumpe doc.
samapi mcm tu sekali sayang die kt kucing. terharu owhh kalau jadi kucing tu.
tuan dia siap balut dia dengan selimut macam balut baby tu ha. tgk muke dia pun sedey jek.
mmg mcm demam panas.

ntah kenapa aku pun xtau si boboy ni bila sampai je kat situ, dia dok mengiau tak berhenti.
malu gila aku kat sume org.
mana taknye, kucing2 lain sume dok senyap jek.
semua muka sabar menunggu kena examine dengan vet.hahaha
tapi boboy dok ngiau2 kesian.
ayah aku sampai cakap' boboy x suke ke jumpe kawan2 boboy? tgk diorang sume senyap.boboy je bising'
hahaha. pastu boboy cakap ' boboy tak nak kena inject!'
hahahaha.gila ah.kalau boboy cakap macam tu aku pengsan dulu.
disebabkan kebisingan boboy tu,ramai org2 kat situ pegi kat dia. sentuh2 dia.
ada budak2 yang nk pegang boboy. diorang kata boboy ni comel sangat! hahaha.bangge tuan dia jap.
xpasal2 boboy jadi famous kt situ.

ayah aku kunun2 nak kurangkan kenervousan si boboy dia gi ngadapkan travel cage boboy dgn sangkar yg ade 4 ekor kucing.  boboy terus terbeliak mata nampak kucing betina cantik.
lagilah dia nak keluar!hhahaha.
pastu xley bla ade sekor kucing jantan dalam sangkar yg sama pandang boboy mcm nk makan.
aku rase tu suami kucing betina tu.muahahaha.sker2 aku jek.
terus si boboy tu megiau suara jantan.ayokkk!

aku pun alihkn la dia dari situ,aku letak jauh2 sket. sampai je turn boboy jumpe vet, kitorang pun bawak masuk dia kat dalam.
tapi agak pelik la sebab masuk2 je dalam tu boboy senyap.
pastu bila vet tu datang, dia xde plak la nk jerit2 ke nak lari2 ke.
padahal boboy ni jenis takut kat orang.lagi2 yang die tak kenal.
pastu mama kata vet tu orang yang sama treat boboy sejak dia lahir.
owhhh..patutla tak takut.
abang vet tu check mata boboy,usap2 dia. dia kenal boboy tau! dia cakap
 'hai boboy! makan ok tak?'
pastu aku mcm, erk dia ni tanya boboy ke tanya aku?hahahaha.
'makan ok. xde problem' aku jawab pendek
'ok. erm, so hari ni dtg nk buat ape?
'nak wat injection yg 3 bulan sekali tu la..'
 'b4 ni pernah amik vaccination tak? yg setahun sekali?'
'huh? yang 3 bulan sekali tu lain ke?' mama jawab pelik
' yg tu vitamin dgn cacing. yg setahun sekali tu vaccination for viruses.so xpernah amik lagi la kn?'
'haah. belum2.'

pastu dia pun inject la boboy 2 kali. boboy selamba je. tak de plak mengerang sakit kena inject.
'good boy!' kena puji dgn vet.suke la dia.haha
pastu vet tu kasi kad klinik kat boboy.
 before ni tak dapat kad pun sebab tak amik lagi vaccination yang sekali setahun tu.
 dia catat tarikh boboy kena inject untuk vaccination lagi. iaitu pada 8/12/2011.
so next time pegi amik vaccination kena bawak kad tu.
yang aku rasa nak gelak kad tu siap suruh letak nama pet, species,breed, tarikh lahir bagai.
hhahaha.dah la aku xingat tarikh lahir dia.yg kitorang tau dia lahir bulan 10  tahun 2009. kitorang pon bantai je letak tarikh lahir dia 10/10/2009. ngahahaha

on the way balik rumah, aku rase kesian pulak tengok dia terkurung dalam cage tu.
aku pun bawak keluar. dia bukan main suke dan teruja sampai jenguk2 kepala kat tingkap.
suka dia tengok view kat luar.
memang jakun habis. sampai umah je dia tidur.huahuahua

seronok gak weyh gi klinik veterinar. bleh jumpa kucing pelik2.
ade kucing tu muka besar giler. bulu tebal sampai mata pun tak nampak.
ade gak yang badan mcm biasa.tapi ekor tiba2 kembang gila.

so kepada yang ada bela kucing kat luar tu,kita bukannye bela kucing setakat nak main dengan dia n bagi makan je tau!
 bawak la kucing pergi jumpe vet sekali sekala. dia pun macam kita.kalau tak jaga kesihatan dia mcm2 penyakit bleh dapat. silap2 jangkit kat kita.
dapatkan vaccination so that dia tak kan kena penyakit berjangkit ke apa.
permakanan dia tempat tinggal dia kita kena jaga elok2.
 akhir kata sayangilah kucing anda macam keluarga sendiri.
peace no war~

Meet Boboy the handsome cat!

Monday, December 6, 2010

Jumaat yang style part 2

ok seperti yang telah dijanjikan..
I'm back with part 2.haha
oh ye.. aku dah tgk harry potter!yeahaaa~
superb ah. baru la puas nengok bila dia buat part by part. tersusun rapi bagaikan susun silang kata.kahkahkah~
so far Emma Watson was great!  memang a good actress dan aku rasa dia better dari kristen stewart.
huahuahua.. sorry berbakul2 pada sape yang minat kat awek Edward Cullen tu ye.
Bella so kayu kot! ohoh. Sekali lagi sorry berbakul2.ngeheheh


dan boleh tak kalau aku nak dalam cite tu Harry kawen dengan Hermione?
Ron kawen la dengan Luna ke sape2 la.hahaha. suka suki jek kan nak buat ending sendiri. xperlu bajet JK Rowling ye Syaq. 




ok cukuplah dengan En Harry Potter kita punye story.kita teruskan lagi dengan agenda kita seterusnya.
 Aku masih dalam mood abes exam.hahaha
jadi nak cerita sikit mcm mana aku mengaharungi  kesusahan dan kepayahan detik2 pertama kali exam sebagai mahasiswa.


ok kepada sape2 yang tak tau course yang aku amik ni (biomedic) mmg memerlukan banyak hafalan.
sebagai seorang insan biasa, aku bukanlah jenis yang cepat ingat sesuatu ilmu. eycehhh.starting pon dah syahdu mahdu. aku memang memerlukan pengulangan demi pengulangan untuk berjaya menghafal sesuatu topik. cikgu nasir, betul ke ayat BM saya ni? ngeee~


beberapa hari sebelum exam memang dah meremang dah bulu roma aku.
semua benda yang aku buat semua macam orang kena sindrom angau.
tidur tak lena(sampai mimpi kena kejar dengan kertas soalan pon ade),
makan tak lalu( sampai sanggup makan sekali sehari.satu pencapaian yang luar biasa buat Nur Syaqila Osman.clap clap! haha)
mandi lupa nak sabun..haha.. xdek xdek.dusta belaka itu statement.
senang cita kehidupan sepanjang 3 minggu lepas ni macam fasa kecut perut la kan.lompat lompat lompat kecut perut.(selingan senam tari masa orientation week)kekekeke.


lepas habis satu demi satu paper rasa macam hati makin tenang dan gembira.
senyuman makin melebar
selera makan makin bertambah
tidur makin lena.last paper tidur paling awal dan bangun paling lambat.gila!


ok.meh sini  I nak story sikit pasal semua subject punya exam.


1) Hubungah Etnik
haa,sape kate subject universiti senang?silalah buang dan campak pandangan anda dalam dumping ground ye.
sangatlah salah. saya akui hubungan etnik memang hebat!soalan die perghhh.sehingga menjilat jari.( ni mesti kes dah tak tau nak jawab ape lagi sampai jilat2 jari je mampu)hahah. aku hanya baca soalan2 spot je untuk hubungan etnik. maafkan saya prof!  Nasib baikla keluar jugak soalan2 tu. aku memang kantoi tahap tera giga mega la bila dia tanya pasal tarikh2. kalau tanya tarikh kemerdekaan memang la aku bley jawab. soalan dia walaupun MCQ tp memang confusing weyyyhh. tahap yang kau kena perhatikan satu persatu perkataan yang digunakan dalam buku tu untuk cemerlang terbilang dalam exam dia. ya.begitu caranya ye.haha


2) Anatomy
 haa.Inilah yang wat aku tension dok kena mengahafal nama2 tulang kejadah,muscle2 yang bukan 3 atau 4 ye kawan2. kalau setakat kau tau perkataan BONE tu memang kau xleh la nak jawab menda dalam exam. kalau setakat tau 'perghh mamat tu ade six pack abs dowh! cantik ah muscle dia' kau memang patut tutup kertas soalan anatomy dan keluar exam hall serta merta. berdoalah lecturer tetap kasi kau markah kesian 1/2 markah.tu pun sebab masih mengagahkan diri masuk dewan exam.kahkahkah. soalan anatomy bagi aku ade jugakla yang susah.tu sebab aku tak ingat! gila geram weyhh.ade jugak soalan yang tak expect keluar.nasib baik la ade terbaca sekali imbas. Overall ok kot. tp xtau la nak cakap bab histology. sebab aku sendiri pun confius dengan apa yang aku nampak dalam microcope nikon tu.eycehh..nk gtau gak brand die.haha
untuk pengetahuan saudara saudari sekalian histology ni macam kita study  microscopic structure of animal or plant tissues. 


3) Cell Biology
yang ni plak aku mmg kantoi sket bab genetic. gile soalan petala kelapan ratus punya pelik. selalunya kalau die nak suruh buat crossing dia akan bagi la hint2 mcm 'homozigous dominant ke heterozygous dominant ke kan. tapi yang ni mmg die kasi clue mcm kita kena work out sendri la ape benda alleles dia. mana tak aku stare jek kat soalan tu mcm jatuh cinta pandang pertama.pastu aku pun wat la teory sendri.agak2 boleh pakai tak? boleh la boleh la..hahaha. nasib baikla part cell bio tu dapat buat la jugak.kalau tak mau aku menangis berlagu2 rock R&B ballad sume ah mase jawab soalan tu.


4) Physiology
Amaran keras: SUBJECT PALING BERHANTU!
ohohohoh.. tanya la kat semua dak2 biomed ke farmasi ke rata2 gerun dengan ini subject. memang dah kalau name pun nak dekat2 psikologi tu memang psiko giler la kan. rata-rata orang cakap,
'fisio tak susah kalau kita paham' tapi macam mana kalau kita dah paham benda tu tapi kita still tak dapat kaitkan dengan soalan yang ditanya? kadang2 kita kena pandai cari kaitan soalan yang ditanya dengan apa yang kita belajar. kalau kita paham konsep, bolehla dikaitkan.Itupun belum tentu betul.kena tgk gak cara kita explain. ni lah yang kitorang takut sangat dgn fisio ni. soalan dia memang application punya type. nasib baiklah soalan final ari tu xteruk macam masa conass. mase conass aku dapat result best giler.hahaha.tak pernah2 dalam sejarah aku dari tadika ampai la sekarang ni dapat result best giler mcm tu.


5) Medical Microbiology
Microbiology ni subject paling hot! haha.subject pun ada yang hot ok~
kenapa dia hot ye? sebab dia best. sebab saya suka.kahkahkah
ni lah subject kegemaran daku! aku memang sukakanya.dan microb pun sukakan aku.ok rasa nak lari pegi toilet sbb nak muntah.exam dia oklah. boleh buat dengan penuh ketenangan abadi.HAHAHA


6) Laboratory Maths
subject yang paling paling lepak sekali. saya rasa bahagia study lab maths walaupun hakikatnya saya memang benci maths. mengapa boleh saya jatuh cinta pandang pertama dengan lab math? haaaa~ntah.aku pun xtau. maybe sebab subject2 yang lain aku kena banyak ingat dan hafal.tapi yang ni mcm lepak jek. paling2 pun hafal formula. dia tak kan keluar la soalan macam algebra ke kan.tu memang aku angkat bendera putih awal2.soalan dia based on lab work.mcm basic chemistry camtula. kira2 molarity sume tu.yang paling bahagianya ialah lab math paper last sekali. so memang mcm tak sabar jumpa bakal suami punye kes.lol


itulah dia serba sedikit(sedikit la sangat kannn) tentang exam.haha
jadi sebagai penutup nak tepek sikit la beberapa keping gambar howt yang aku ambik lepas lab maths punye exam.(kalu tak hot pun buat2 hot jela ye)






Itu dia sengihan gumbira abes exam.

'Make sure aku cun dalam gambar ok' kate dayah.

'awww..soalan tadi senang sangat nyah oiii!

yeahh!aku dah boley marathon cite korea banyak2.haha

dan akhir sekali pahlawan 5 bersaudara!kekeke.lihatlah muke masing2 bersinar  lepas bertempur di medan perang.








Friday, December 3, 2010

Jumaat yang style part 1

ok.u may leave now...
teka teki: apakah maknanya pernyataan di atas ??
sape2 boleh teka aku belanje domino pizza! 

jawapan: maknanya exam dah abisssss!
yeahh..saudara/saudari yang jawab tu boleh la claim coupon domino yang berlambak dekat saya.hahaha.eh kasi coupun tu kire belanje la kan?sebab ade potongan harge?heeeee~

hari Jumaat( hari ni laaa) bersamaan 3 December 2010 maka tamatlah peperiksaan semester 1. 
Aku dah abes exam!!!
horayyyyyyy~*sambil lompat smpai syiling*
kali ni boleh tepuk tangan banyak2 ok!
aku rasa macam nak terbang kat awan2 biru tu sekarang jugak.haha.

eh apsal ade part 1 di tajuk entry ini ye?? 
sebab aku jealous harry potter buat movie 2 part..Aku rase mcam nak lawan die.hahaha.
ok sudah merepek. sila maafkan penulis sebab dia happy sangat exam dah abis.
ok serius balik. *sambil merenung tajam ke lappy*
sebenarnya ada lagi part2 yang akan menyusul selepas ini disebabkan cik lady bug nak pegi keluar berjalan2 mengambil angin sepoi sepoi bahasa di Times Square setengah jam dari sekarang.
Oleh itu cik lady bug sedang mengejar masa.
Jadi sampai disini sahaja post untuk hari ini. 
kita berjumpa lagi di lain hari dan waktu yang lain juga.
kahkahkah~
macam xperlu kot post sekarang.tapi blog aku suker hati akuu lah ye dak??





tak payah mengigil dah kalau soalan luar alam di tanya
dan tak payah lagi menunduk bisu (ke tidur?) bila x reti jawab physiology.
notakaki: so far aku xpernah buat lagi la macam yang dalam gambar nombor 2 tu.hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...