CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, December 12, 2010

macam mana nak tahu kita jatuh cinta???

aku pun tak tahu kenapa aku buat entry ni.
hahahah.
seriously tak tahu..
actually persoalan ni dah banyak kali bermain di benak fikiranku. chewaah~

kadang-kadang aku tertanya.
macam mana kita tahu yang kita suka or jatuh hati or tangkap cintan dengan seseorang?
ada orang kata " kalau kau pandang orang tu kau rasa dup dap dup dap. macam nak tercabut jantung"                   

ohh begitukah??
tapi bila aku pandang orang-orang kat bawah ni pun aku rasa  macam tu.how?takkan lah aku jatuh cinta kat diorang kot?? hohoh






                                            


ada juga orang kata " bila kau rasa macam di awangan means kau dah jatuh cinta."
ohhh~kalau kita rasa macam kita jalan2 atas awan tu kita dah jatuh cinta la ek??

bagi akulah kan, semua benda tu tak semestinya betul. 
contohnya kan, kalau kau pandang artis lelaki/perempuan dekat tv nak nak lagi yang hensem gila plus body ala2 ade six pack abs tu  sure kau akan rasa dup dap dup dap and rasa macam tengah jalan atas awan.
betul tak??ataupun kalau budak lelaki nampak megan fox kat tv tu kan. haaaa~
lagi satu bila anda sedang berjalan2 di mall,then tiba-tiba nampak seorang mamat yang cute+hensem+sweet ataupun girl yang hot+cun+anggun+ jelita. for sure la korang akan pandang dua tiga kali kan kan?
tipu gila ah kalau korang kata korang tak usha..hahaha 

jadi kawan-kawan macam mana ek kita nak tahu dalam banyak2 lelaki yang kita kenal, salah seorang dari mereka telah berjaya merompak hati kita????
love at first sight tu wujudke??
boleh ke kita jatuh cinta dengan sekali pandang je?
aku ada terbaca satu statement seorang mamat ni.dia kata, " bila first time saya nampak dia saya dah tahu she's the one"
yakin gila kan? hmmm.. tapi apa yang aku perhatikan kes2 jatuh cita sebegitu hanya berlaku kepada orang yang good looking je. betulkan kalau aku salah. 
cuba kalau girl tu not good looking or kategori biasa je ataupun dalam erti kata lain tak cun pun.
korang rasa wujud ke cinta pandang pertama sebegitu?

mungkin bagi orang yang biasa biasa je, tempoh untuk jatuh cinta tu taklah sesingkat tu.
kadang-kadang bila kita berkawan masa tu lah kita tahu tahap mana keserasian kita dengan dia.
kadang-kadang kita rasa kita serasi tapi mungki keserasian itu lebih menonjol dalam erti persahabatan.
bukan dalam erti percintaan. 
bila dalam tempoh berkawan tu kita rasa macam selalu tersenyum je selalu teringat kat dia selalu rasa bahagia bila bersama-sama bergelak ketawa masa tu lah anda akan mula terdetik " eh.aku dah fall in love ke?"

so apa nak buat bila anda rasa anda dah jatuh cinta? terus mintak jadi couple??
hohoh.
 persoalan tu akan dirungkai dalam entry seterusnya InsyaAllah...

jadi kawan-kawan what say you? 
macam mana anda tahu anda dah jatuh cinta?dan seberapa pastikah anda dengan cinta itu?





5 comments:

Muh41miN said...

haha..
asal kim bum tuh?

sitinurulafiah said...

hehe.da jatuh cinta kat kyuhyun.cmne? ;p

SyaQila SharKy said...

muhaimin: kimbum terkesima tgk aku kot.hahahahahaha

peah: jangan peah!!! kau kan ade eunhyuk.=p

♥ aeryn ♥ said...

persoalan yang sangat mnarik and slalu bermain dikepala i . for me, love at first sight will never happen! not at all . its not logic to fall in love on the spot . :D this is only my opinion . no offense ok ! :D

Anonymous said...

Grеаt dеlivеry. Great arguments.
Keeρ up the greаt effоrt.

Hеrе іѕ my weblοg ... rocket spanish ipad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...