CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 24, 2010

abang angsa dan adik angsa

Walaupun aku tahu akan ada manusia yang cakap "blog minah ni dah macam blog animal planet."sebab kerap post pasal haiwan,aku nak jugak cerita.
 eh mana ade banyak pon. aku baru cerita pasal kucing je haritu kan.

ok cerita ni bukan cerita kelakar.
ini adalah sebuah cerita sedih.
dan ianya benar bukan fiksyen
aku tengok ni dalam rancangan 'tv animal farm' yang nengetengahkan perilaku haiwan-haiwan yang unik.


kisah ni berlaku dekat sebuah kawasan kampung di korea.
ada seorang nenek ni dia ada bela 2 ekor angsa.
Angsa-angsa tu adik beradik.
abang nama Ruru dan adik dia nama Juju.
diorang ni memang sangat rapat.

ni bukan Ruru dgn Juju tau! konon2 jela.


Satu hari, Ruru dan Juju jalan-jalan kat kawasan rumah diorang.rumah nenek tulah..
Masa ni diorang ni kecik lagi.
tiba-tiba, Juju jatuh dan leher dia terseliuh.
Sejak dari hari tu, leher Juju jadi teleng.
Dia dah tak boleh nak jalan sebab tak stabil.
Sayap dia pun kecik je.tak panjang macam angsa lain.
Setiap kali dia jalan dia akan jatuh terlentang dan Ruru hanya boleh menjerit meminta tolong untuk Juju.

Sejak kejadian tu, Ruru tak pernah tinggalkan Juju sorang2.
Ruru akan tidur dalam bakul sekali dengan Juju untuk panaskan badan dia.
Dia jaga Juju sampai kadang-kadang tak tido dan makan.
Bila tuan dia kasi makan, Ruru tak akan makan selagi Juju tak makan.
Juju pulak memang kurang makan sejak peristiwa tu.
Juju selalu kena buli dengan ayam-ayam nenek tu.
Ruru yang selalu back up Juju.
Bila ada haiwan lain macam ayam dgn kucing  datang dekat Juju,Ruru akan halau.
Dia takut Juju dibuli. Sebab Juju ni memang lemah sangat.

Satu hari tu,tiba-tiba je Juju boleh jalan tapi terhuyung hayang.
yang aku kagumnya, Ruru ni memang nampak sangat sayang adik dia.
Dia biar Juju jalan depan supaya dia boleh perhatikan Juju.
Bila nak lintas longkang,dia tengok Juju lintas dulu,then baru dia akan lintas.
terharu betul aku tengok.
Diorang pun jalan-jalan sampai kat semak.

Tiba-tiba, Juju tersangkut dekat pokok dalam semak-samun tu.
dahlah hujan masa tu.
Juju menjerit kesakitan.Ruru pulak tak mampu nak buat apa-apa.
Dia nak tolong tapi ape je kan dia boleh buat.
Dia hanya mampu jerit.
Nasib baik krew program yang tengah shoot dekat situ nampak.
Krew tu tolong keluarkan Juju. kesian dia basah kuyup.
krew tu lap badan dia dengan towel.

Bila tuan dia balik, tuan dia rendam Juju dalam air suam bersabun.
Dia bersihkan badan Juju.
Keesokan harinya, tuan dia nak bawa Juju pergi jumpa doktor haiwan.
Masa dia nak masukkan Juju dalam kereta, Ruru menjerit-jerit nak ikut Juju.
Dia jadi tak tentu arah bila Juju takde depan mata dia.
Sampai tuan dia terpaksa suruh anak dia pegang Ruru.
Sampai je dekat hospital haiwan, doktor x-tray tulang leher Juju.
Memang rosak teruk dan kena bedah.
tapi dia tak boleh dibedah dulu sebab kurang darah.
doktor suruh Juju makan makanan berkhasiat dan bila dah sihat baru boleh bedah.

Bila sampai rumah, Ruru pun meluru dekat Juju bila nampak Juju.
Tuan dia buat satu kawasan yang agak besar untuk Juju dengan Ruru so that Juju tak merayau jauh-jauh dan jatuh lagi.



Serius bila aku tengok bond antara angsa-angsa tu aku rasa terharu sangat.
Even haiwan pun tahu sayang adik beradik.
Tapi manusia ada juga yang bertelingkah antara adik-beradik.
Ada juga manusia yang tak sanggup nak jaga adik beradik yang sakit macam Ruru.
Ruru ni bagi aku boleh jadi contoh yang baik.
Haiwan pun ada perasaan kasih sayang.

jadi kawan-kawan, adik-beradik ni bukan setakat share hubungan darah je tau.
kalau dia susah kita kena tolong.
walaupun kadang-kadang adik-beradik suka bergaduh.
mcm aku kan dulu selalu gaduh berebut peha ayam dengan kakak aku.
ada jugak gaduh rebut remote control  sebab nak tengok cerita favourite masing2.hahaha.
tapi gaduh macam mana sekalipun jangan sampai berdendam.
sebab kalau dendam tu dah menguasai diri, adik-beradik boleh jadi musuh.



2 comments:

nAzurAh said...

ada komen ni ha. haha tkjut kta nmpk soalan ko atas ni "ada komen kaaa??" haha
kta pun tgk hri tu kisah ni.nangis2 weh.. trharu kn?binatang pn syg mnyayang..manusia pn ada yg x gitu..
hearts tv animal farm!

SyaQila SharKy said...

comelkannn tv animal farm! aku sangat sukee..hehe..aku pun berlinang gak air mata time tgk tu.sedih dow

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...