CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 29, 2010

Laser ultraman!

laser sana laser sini..
aku rasa memang dah femes habis dah laser-laser ni.
hari-hari org dok sebut nama dia.
padahal dulu-dulu nama dia tenggelam timbul jek.

aku rasa sape2 yang mengikuti perkembangan semasa mesti tau isu laser ni kan.
Kalau tak tahu maybe korang bercuti kat outer space kot time tu.
Isu laser nilah yang dijadikan sebab kekalahan pasukan lawan kepada Malaysia masa pusingan pertama final Suzuki Cup hari Ahad lepas.
kononnye diorang kalah disebabkan konsentrasi terganggu akibat pancaran laser.

Ok fine.Aku tak menidakkan ada penyokong kita yang main laser tu.
tapi aku marah ah kalau diorang dok kata 'Malaysia main curanggggg'
apekah??
salah permain ke penyokong main laser?kenapa nak salahkan pemain plak?
Even jurulatih mereka si Alfred Riedl sendiri mengakui kekalahan mereka bukan disebabkan pancaran laser.


lepas habis je game malam tu, serangan bertalu-talu dilemparkan ke Malaysia.
Sampai aku dah tak sanggup nak bukak Twitter.
panas dowh twitter malam tu!
macam-macam jenis ayat mencarut keluar dari diorang.
siap jadi trending topic tuuuu...

perghhh..memang famous ah Malaysia pas ni.
DBSK yang popular tu pun dpt 2nd.
sian  dekat cassie(fanclub dbsk) dorang nk buat 7years anniversary dbsk as trending topic tetiba dicantas oleh Malaysia. eh termasuk korea plak.haha
terima kasihlah kepada anda semua wahai Indonesia kerana berjaya mengfamouskan Malaysia.
aku betul-betul tak paham dengan mentaliti diorang ni.
kot yer pon tak boleh terima kekalahan, tak perlulah nak canang satu dunia dek oiii. ayam-ayam nenek aku kt kampung pun tahu tau!


sebab dah terbukti yang bukan sahaja penyokong Malaysia yang main laser ni,
penyokong negara lawan tu pun sama juga.Malah mereka yang mulakan dahulu. mari tengok bukti ini.
Ni masa malaysia vs Indonesia di Indonesia dimana kita kalah 5-1


hah amik kau! canang lagi satu dunia.. korang ingat tak de bukti ke korang x main laser??
tapi kitorang takde pulak nak serang korang bertalu-talu sampai canag satu dunia.
lagi teruk kalah kot time tu. 5-1 tuuuu..
kesian dorang main penat punya hebat korang kata Malaysia menang sebab menipu?
sentap ah camnie..
Hailoh2. please laaa..
jangan nak panjangkan cerita.
aku tahu diorang ni bukan marah pasal benda ni je.
dari dulu lagi banyak isu yang diorang pertikaikan berkaitan Malaysia.
tapi tak perlu nak jadikan alasan kami menang sebab menipu yee..
Sebab aku sendiri menyaksikan game tu. dan aku sendiri tengok Malaysia main penuh bergaya.

Lagipun kan, pancaran laser dari jarak jauh tidak akan menjejaskan langsung penglihatan ya.
itu fakta dan tak boleh diubah. tak caye?tengok sini
lainlah kalau aku pergi kat tiang gol tu,pastuh berdiri depan si Markus tu pancarkan kat mata dia dalam jarak 2cm.


malam ni akan menjadi penentuan sapa yang bawak balik piala suzuki tu.
harap-karap tak kiralah siapa yang menang, keputusan tu takkan jadi kontoversi macam hari tu lagi.
sudah-sudahlah dengan menyalahkan orang lain.
Main bola pun nak perang ke??
mana semangat kesukanan babe???
haaa lagi satu,,
dengar cerita si Julia Perez artis Indonesia nak pakai baju khas sempena perlawanan malam ni.
Katenye baju tu boleh memancarkan laser untuk mengalih tumpuan pemain.
uiyooo.tak boleh belah kau! aku rasa kalau tak pakai baju lagi best.
bukan takat pemain kita, pemain diorang pun boleh terdistract.
hahaha.sungguh lah kau ni lawak Julia oiii. pergi audition raja lawak sure dpt punye kau.\

kepada penyokong Malaysia, aku harap kalau nasib tidak menyebelahi kita malam ni,janganlah kita nak kutuk-kutuk negara lawan. Diam itu lebih baik. Tak baik kita keluarkan kata-kata kesat.
Kalau menang jangan pula kita bermegah-megah. Bersyukur kepada Allah.

agak-agak ramai tak ultraman malam ni?laser ultraman power kottt.
Rasakan pancaran laser bertubi-tubi dariku!
mana-mana pasukan pun aku tak kasi gol.muahahahahaah

4 comments:

faiqah said...

hahhahaha..comel ape main laser otromen!hahahhaha

sitinurulafiah said...

laser ape nih syaq?tak paham.haha

SyaQila SharKy said...

faiqah: kena laser ultraman mati terus beb.haha

peah: kau x tgk bola ke??

sitinurulafiah said...

tgk2.owhh aku da paham,haha.
syaq jgn mara ye ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...