CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 20, 2011

Ada apa dengan laptop?

Ini kisah seekor kucing yang pelik tapi comel bernama BOBOY.
kecomelan dan kepelikannya mampu membuatkan anda yang meroyan menjadi normal kembali.



Lihatlah keangkuhan beliau semasa duduk diatas kerusi.
terasa begitu handsome.


Kenapa aku kata beliau pelik?
Beliau sangat suka duduk didalam atau diatas tempat yang mempunyai ruang selesa dan mempunyai bentuk yang boleh diduduki.
Tidak kira dimana-mana sahaja kucing handsome ini bijak menggunakan segala ruang yang ada.
aku yakin kalau Boboy masuk Akademi Fantasia, beliau akan dipuji kerana bijak menggunakan pentas.
HUAHUAHUA.ok takde kaitan..

Mesti anda semua tertanya-tanya apakah benda yang ada ruang yang selesa dan ada bentuk yang boleh diduduki itu? Antara yang sempat aku capture,


1. Kuali lama yang sudah bocor.



Tempat dimana beliau mahu bersendirian
 terutama selepas gagal mengejar kucing betina.

   Ayah: Kesian..panas kat luar ni.
  lalu payung dicapai dan dijadikan tenmpat berteduh kucing yang putus cinta.
  Aku: HAHAHAHAHHAHAHAHA
 ohh ya.Kisah cinta beliau boleh dibaca di SINI




Kaki dah sopan bersimpuh tapi tangan??
sampai sekarang aku tertanya-tanya apa mimpi
yang beliau alami. lol


2. Bakul Majalah.


Tempat paling sesuai jika mahu meredakan keghairahannya (erk?)
mnggigit kaki tuannya kerana mahukan ikan rebus.






3. Beg baju

Tempat paling strategik dan empuk untuk bersantai sambil merapikan diri
dan  make up bulu-bulunya. 


Dan yang terakhir sempat aku capture ialah yang paling aku tak boleh terima.
Rasa sungguh tidak selesa dan macam nak lempang beliau laju-laju.
nasib baik aku pencinta haiwan tau!

4. LAPTOP!


Muka tak bersalah duduk atas keyboard laptop aku.

Aku baru je lepas sembahyang dan tengah tunggu download cerita korea aku habis.
Tiba-tiba nampak makhluk kecil ini dengan selamba dan innocentnya duduk bersantai atas laptop aku.
Apa yang menimbulkan kemarahan aku ialah dia telah menyebabkan download aku terhenti disebabkan berat badannnya berjaya menekan butang-butang keyboard itu.
tiba-tiba pulak Facebook yang muncul. pelik?
bijak sungguh dia bukak Facebook ya..


dan kadang-kadang apabila aku sedang enak melagha depan laptop dia akan duduk depan tu sekali.


Macam paham je tengok screen tu.


Selain jadi alas duduk laptop juga boleh dijadikan
 tempat mengeselkan bahagian badan yang gatal.



Ada apa dengan laptop sampai kucing aku sukaaa sangat dengan dia?
mungkinkah sebab warna mereka yang sama iaitu putih?
rimas kadang-kadang bila aku tengah menaip dia akan melompat atas keyboard tiba-tiba.
nak uji kekuatan laptop aku ke apa?

Wahhh rindunya dengan Boboy!
nak balik rumah jumpa dia.
Mama kata Boboy asyik duduk depan pintu bilik aku sambil mengiau.
Nak main laptop akulah tu.hahaha


2 comments:

dayaaaaaah! said...

WEYHHH! SUMPAAAAAH COMEL GILAAA! AKU GELAK TAK BERHENTI TGK GAMBAR DIA.

HAHAHAHHAHAA.


kalau aku kucing betina, aku nak kawin ngan kucing kauu. HAHAA.

SyaQila OsMaN said...

ok.nanti aku bagitau die.hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...